CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kesesakan Jalan Tiada Kaitan Dgn Bilangan Kereta, Semuanya Kerana Pemandu

19-9-2016 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5059| Komen: 9|Original author: TS LOO

Description: Pengguna jalan raya adalah punca utama mengakibatkan kesesakan jalan raya, malah menyifatkan kebanyakan pemandu kereta sebagai " Monkey Driver" yang bertindak lambat dan mempunyai daya tumpuan yan ...


Setiap pengguna jalan raya pasti ketahui, setiap hari waktu kemuncak berlaku kesesakan jalan raya adalah ketika waktu pergi kerja dan lepas kerja. tempoh kesesakan ada kala sampai dua jam lamanya. 


Jika hari hujan dan terdapat kemalangan jalan raya, kesesakan lagi teruk sehinggakan kereta yang terkandas di jalan kelihatan tiada penghujungnya, menyebabkan pengguna jalan raya terasa amat menyeksakan tapi tidak dapat buat apa-apa.

Mungkin sesetengah orang akan beranggapan, ketika itu berlaku kesesakan jalan raya adalah disebabkan terlalu banyak kenderaan di jalan raya. Tetapi baru-baru ini terdapat sebuah video yang tersebar luas di laman sosial menunjukan punca utama kesesakan jalan raya sebenarnya adalah disebabkan pengguna jalan raya sendiri, tidak ada kena mengena kepada bilangan kereta. 

Video tersebut bukan sahaja memberi beberapa contoh yang membuktikan pengguna jalan raya adalah punca utama mengakibatkan kesesakan jalan raya, malah menyifatkan kebanyakan pemandu kereta sebagai "Monkey Driver" yang bertindak lambat dan mempunyai daya tumpuan yang sementara sahaja. 



Antara contoh berikut, yang mana satu pernah dilakukan oleh diri anda? 


1)  Perubahan lampu Trafik dari merah jadi hijau tidak selaras dengan gerakan kereta

Kita sering akan menemu kesesakan jalan ketika berada di persimpangan jalan yang mempunyai lampu isyarat, lazimnya lampu hijau akan bertukar dengan cepat, seolah-olah sengaja menukar jadi merah apabila sampai giliran seseorang itu, namun keadaan itu boleh diselesaikan dengan mudah sahaj. 

Ketika menunggu lampu merah tukar jadi hijau di persimpanan jalan, kita biasanya gemar membuat sesuatu kerja untuk menghabiskan masa yang terluang ketika menunggu, akhirnya mengakibatkan semasa lampu tukar jadi hijau, kita akan kelam kabut untuk menggerakan kereta kita. Biarpun tempoh lambat yang hanya beberapa saat sahaja itu, sebenarnya merupakan punca utama kesesakan jalan raya di kawasan lampu trafiik di persimpangan jalan. 

Kalau kita lebih menumpukan perhatian pada keadaan di jalan raya, ketika tukar lampu hijau, segera menggerakan kereta dengan kelajuan yang sama dengan kereta di hadapan kereta kita, ianya akan membolehkan lebih banyak kereta yang sesak di belakang kereta kita ada peluang melepasi supaya kesesakan dapat dikurangkan. Kalau anda merupakan kereta yang pertama, anda harus lebih beri perhatian pada penukaran lampu isyarat trafik, ini kerana respond lambat pemandu kereta dengan keadaan trafik di jalan raya adalah saling berkaitan. 

sumber foto: Youtube


2. Daya Tumpuan Mudah Terganggu

Dipercayai pengguna jalan raya keika memandu kebanyakkan mempuayai satu tabiat yang teruk, di mana setiap kali berlaku kemalangan di jalan raya, pastinya akan perlahankan kenderaan masing-masing untuk memandang.

Selain kemalangan di jalan raya, satu lagi situasi yang membolehkan kita hilang tumpuan sehingga perlahakan pergerakan kereta adalah pemandangan mempersonakan di sepanjang perjalanan. Berikutan kita semua merupakan pemandu yang mempunyai tumpuan sementara waktu, jadi memang amat sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian pada keadaan di jalan raya. Ini juga adalah salah satu sebab utama menyebabkan trafik di jalan raya tidak lancar. 

Add Image Caption Here


3. Memotong kereta Sesuka Hati

Memotong kereta merupakan situasi yang sering dialami oleh kita semua, jika keadaan mengizinkan, contohnya dalam keadaan di mana tiada kenderaan di tepi lorong, tindakan memotong kereta biasanya tidak akan menimbulkan kesesakan jalan raya. Tetapi memotong kereta semasa waktu kemuncak kesibukan trafik, bukan sahaja mengganggu kelajuan kereta dan perasaan pemandu yang lain, malah menambahkan lagi gangguan kesesakan trafik di belakang.

sumber foto: Youtube


4. Mengekori Belakang Kereta Dengan Rapat

Selain sikap memotong kereta sesuka hati amat dibenci orang, tindakan mengekori belakang kereta dengan rapat juga merupakan satu lagi perbuatan tidak mematuhi peraturan, kebanyakan kemalangan trafik berlaku semuanya disebabkan mengekori terlalu rapat. Mungkin ramai beranggapan jika sempat tekan brek kereta, maka kemalangan tidak akan berlaku. Namun, berikutan mengekori terlalu rapat dan juga tekan brek secara tiba-tiba, kereta belakang juga tekan brek secara tiba-tiba, ini umpama kesan domino, jadi keadaan trafik menjadi bertambah tidak lancar.

sumber foto: Youtube


Secara kesimpulan, mengekalkan kelajuan kereta dan jarak yang selamat, menjadi seorang pengguna jalan raya yang bertanggungjawab, bagi membantu menyelesaikan masalah kesesakan trafik.

Akhirnya, paparan video tersebut menyelar pemandu yang tiada kesabaran bahawa kenderaan yang automatik akan lebih melancarkan keadaan trafik berbanding mereka, sambil mengatakan jika tiada "monyet" memandu kereta, masalah kesesakan jalan raya turut tidak akan berlaku. Sejauh mana kewajarannya?- CARI


 


9

Bagus
8

Marah
10

Terkejut
10

Sedih
6

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 19-9-2016 06:04 PM
Betul tu sikap, ada kereta berenti tepi jalan sebab tayar pancat pun boleh buat jalanraya jadi sesak sebab ramai perlahankan kereta mereka sebab nak tengok apa hal jadi kat kereta tu
Quote ninnakarinna 19-9-2016 08:57 PM
50% sikap..faktor2 lain ialah infrastruktur jln dan penguatkuasaan..kalau penguat kuasaa kerap, org akan ubah sikap tu..mula2 terpaksa..lama2 jd budaya..ini x..yg penguatkuasa pun bawa keta rupa tu jgk..yg amik rasuah lg 1 hal..sekian laporan sy
Quote HazeLJoseph 20-9-2016 12:11 AM
Plus masing2 selfish,tahu naknpotong line,dia paling nak cepat,dia sajalah yg priority padahal org lain pon bayar road tax .
Quote Sandal 20-9-2016 06:38 AM
Letak je timer kat atas trafik light, baru la org boleh agak sikit.
Aku penah tgk ada trafik light pakai timer, tapi tak banyak.
Takde kesungguhan di pihak kerajaan nak mengurangkan jem.



Quote surwanis 20-9-2016 01:29 PM
aku bab org potong tym tgh beratur tu paling geram...
nape nko potong Q....aku pepenat beratur...dahla aku bwk kete manual....cilakak betul..
Quote milanhawkin 20-9-2016 06:04 PM
i rasa enforcement kt malaysia ni kureng ler. patutnya government kena go all out utk enforcement kt jalan2 raya kt malaysia ni especially ibu kota.

ini yg byknya speed trap.
Quote HazeLJoseph 21-9-2016 12:38 AM
Sandal replied at 20-9-2016 06:38 AM
Letak je timer kat atas trafik light, baru la org boleh agak sikit.
Aku penah tgk ada trafik light  ...

Kat melaka banyak

Masalahnya bila ada timer ni... nadi tempat derang berlumba pula satu hal lagi,then jenis2 yg drive laju,tinggal 3 second nak juga jalan.Padahal jalan yang satu lagibtu dah mula count hijau orang dah siap jalan dah.. crash!
Quote kecikgurl 21-9-2016 10:21 AM
surwanis replied at 20-9-2016 01:29 PM
aku bab org potong tym tgh beratur tu paling geram...
nape nko potong Q....aku pepenat beratur...da ...

nih aku paham sgt..kte nih bawak manual gigih saket kaki kejap2 menekan kt bawah tu...dia dtg ngan kete auto dia...bg signal na masuk depan..semak btul...
Quote Inezkhalidi 22-9-2016 06:02 PM
Jarak antara kenderaan ni memang masalah juga. Bila kita dekat takut terlanggar orang depan, bila jarak jauh sikit, entah mangkuk mana dok datang menyelit pulak.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.054164 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top