CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Mohd Razif Bin Mohd Yusof, Pulang Kan Irsyad & Qalesya! - Dina Nasir

16-12-2015 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 39972| Komen: 404


Oleh : Fyruz Hanna

Sayu hati melihat wanita muda ini membawa dua anak kecil menaiki motor dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kajang.

Walaupun menjadi bualan netizen namun Dina Nasir tekad menunggang motosikal pada 12 Disember lalu dengan meletakkan anak lelaki di bahagian kerusi khas dan mendakap anak bongsunya. Dina tekad setelah diceraikan suami tanpa diketahui alasannya.

Bagaimanapun, setelah menjadi viral, bekas suami datang (14 Disember 2015) untuk merampas anak mereka dengan alasan mahu menghantar mereka ke hospital. 


Baca luahan Dina dibawah:

Hanya barang-barang serta baju-baju yang tak berbasuh ini sahaja harta yang ibu ada. Masih ada bau masam busuk anak-anak ibu belum mandi. Ibu rindu anak-anak ibu, Irsyad dan Qalesya. 

14 Disember 2015, jam 8.05 malam.
Selepas keluar dari Restoran Upin Ipin, Bandar Tasik Permaisuri, bekas suami telah dapat berjumpa dan melepas rindu dengan kedua-dua anak. Sama seperti hari yang saya usahakan pada 10 Disember 2015 lepas, untuk ketemukan anak-anak dengan ayah mereka.
Selepas usai suap anak-anak makan, disangkakan bawa bersama-sama anak-anak pergi ke HUKM untuk mendapatkan rawatan serta ubat-ubatan kerana Irsyad selsema, Qalesya selsema dan batuk. Rupa-rupanya satu perangkap. Anak-anak saya dirampas! Saya dibawa paksa, nyaris-nyaris masuk ke bilik kalis bunyi dan nyaris diberikan suntikan. Sedangkan dari awal saya bertanya dengan baik dan tenang apakah tujuan saya diperlakukan sedemikian rupa? Sedangkan saya hanya demam selsema berjangkit dari anak-anak. Hanya dengan izin Allah swt, jua saya dapat meloloskan diri. 
Saya dikepung sebegitu rupa serta dilipat lengan sehingga sakit lengan saya. Tidak sesakit secebis hati ini yang terluka, berjalan di tepi jalan di dalam hujan, tanpa kasut kerana kasut sudah tercabut ketika bergelut. 

“Mohd Razif bin Mohd Yusof, pulangkan anak-anak saya Irsyad dan Qalesya!”
Seorang bekas suami yang kaki pukul, yang telah banyak kali memukul saya sehingga pernah sampai keguguran. Awak tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak-anak saya. 

“Ja’ronah Binti Abd Halim, awak seorang mak yang zalim. Aib di hadapan manusia tidak seaib dosa di hadapan hadrat Allah s.w.t. di akhirat kelak.
“Siti Hamizah Binti Nasir, awak hanya di Manchester, awak tak hadapi keganasan rumahtangga yang kakak alami. Saya sihat, kenapa tuduh saya gila. Saya tak reka cerita yang bahawasanya Razif pukul saya sedangkan ada jiran-jiran yang dengar saya dipukul bekas suami dan saya menangis. 
“Keluarga awak pun ramai perempuan, Razif. Saya tidak sakit, Allah s.w.t. kurniakan saya akal fikiran yang waras. Tidak sangka kesemua orang yang rapat di sekeliling saya punya hati rohani haiwan, bukan hati insan yang bersih. Doa saya satu sahaja, mudah-mudahan Allah s.w.t. tunjukkan kebenaran,”
Muhammad Aqil Irsyad, Puteri Qalesya, ibu rindu kamu sayang. Kasih sayang Allah s.w.t. serta kasih sayang ibu sentiasa bersama kalian berdua. 

Kisah ini mendapat 4675 perkongsian sehingga artikel ini ditulis. -CARI Infonet.

Sumber: FBDinaNasir

25

Bagus
23

Marah
17

Terkejut
22

Sedih
13

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (127 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mommymonster82 16-12-2015 01:17 PM
Iols rasa dia ni ada sakit mentallah...imiginasi kot.. sbb pernah baca gak ada kes mental camni...
Quote CARI-SFG 16-12-2015 01:18 PM
mommymonster82 replied at 16-12-2015 01:17 PM
Iols rasa dia ni ada sakit mentallah...imiginasi kot..

siapa yang sakit mental tu? Suami ke isteri?
Quote DARSITA 16-12-2015 01:18 PM
Harap dpt bantuan secepat mungkin.
Quote mommymonster82 16-12-2015 01:19 PM
CARI-SFG replied at 16-12-2015 01:18 PM
siapa yang sakit mental tu? Suami ke isteri?

Si isteri tu....

Quote CARI-SFG 16-12-2015 01:22 PM

kenapa @mommymonster82 ckp mcm tu? kenal ke dengan isteri ni?
Quote DARSITA 16-12-2015 01:23 PM
Edited by DARSITA at 15-12-2015 09:25 PM

Its easy to walk away when its just you...but when you have kids...you don't come first anymore. They do. On the other hand...women who leave don't do it because they've given up...they leave to protect their own sanity so they can be a good parent.  They make a choice to also put their kids first and preserve whatever is left of themselves...in the hopes that things will be better down the road and to give their kids the best of them.   
Quote wannoorazlina 16-12-2015 01:23 PM
mommymonster82 replied at 16-12-2015 01:17 PM
Iols rasa dia ni ada sakit mentallah...imiginasi kot.. sbb pernah baca gak ada kes mental camni...

ntah2 cik_es
Quote Sasha 16-12-2015 01:24 PM
kesian dia..
Quote Changa 16-12-2015 01:29 PM
bila ada konsep feeling nak kena suntik, masuk biklik kedap bunyi pelbagai itu,,,ada unsur2 kementalan di situ dek.....
feeling nak kena suntik itu sangat menunjukkan mental yang tidak sihat iya
Quote mommymonster82 16-12-2015 01:29 PM
CARI-SFG replied at 16-12-2015 01:22 PM
kenapa @mommymonster82 ckp mcm tu? kenal ke dengan isteri ni?

Eh xdelah..sbb me ada baca2 kat blog lain pasal kenyataan family pompuan ni jugak..thats why ke tulis me rasa.....rasa2lah...

Kat atas tu pon ada dia tulis dorg tuduh dia gila...

Tapi lagi 1 me musykil sbb lepas kes viral abang bawak anak naik motor jauh2 tu... tetiba citer dia pon kuar jugak. Sama macam abang tu...so agak adalah persamaan disitu mcm kes2 mental yg me pernah baca..

Harap2 di cuba gi dapatkan rawatan dulu utk cek keadaan mental dia....kalu dah sah dia sihat bolehla fight utk dapat anak tu balik..n family dia jgn biar..
Quote lavatuah 16-12-2015 01:31 PM
jahat nya laki dia sejak berskandal dgn maid indon jiran sebelah...

patut la si bini dah cam pompuan ilang akal...

offline n online..



Quote mommymonster82 16-12-2015 01:34 PM
wannoorazlina replied at 16-12-2015 01:23 PM
ntah2 cik_es

Saper cik es tu u?
Quote pinksarah 16-12-2015 01:35 PM
mommymonster82 replied at 16-12-2015 05:29 AM
Eh xdelah..sbb me ada baca2 kat blog lain pasal kenyataan family pompuan ni jugak..thats why ke tu ...

Mana baca kisah family pompuan ni?

Klu betul dia x gila,kenapa si lelaki tu tidak dihukum?

Cara dia claimed dianiaya sebegitu rupa serupa drama melayu je..

I rasa pompuan mi mungkin lah x boleh terima hakikat di tinggalkan bekas suami,lalu meroyan for attention..

Kena dgr juga pihak lg satu kisah apa yg berlaku sebenarnya..


Quote mommymonster82 16-12-2015 01:35 PM
Edited by mommymonster82 at 16-12-2015 01:38 PM
pinksarah replied at 16-12-2015 01:35 PM
Mana baca kisah family pompuan ni?

Klu betul dia x gila,kenapa si lelaki tu tidak dihukum?


Jap ek me cari


Ok dah jumpa..try baca sini
http://www.tawaurians.com/2015/12/adik-kandung-wanita-bawa-motosikal-dari.html?m=0
Quote Pajeri_Nenas 16-12-2015 01:36 PM
Mana polis Cari ni?
Quote wannoorazlina 16-12-2015 01:38 PM

kisah ni top kat board MPS
kisah sorg forummer yg dok cerita kisah seram
katanya pengalaman sendiri
alih2 kantoi tu hanya imaginasidia semata-mata
katanya ada mental prob sikit
Quote mommymonster82 16-12-2015 01:39 PM
wannoorazlina replied at 16-12-2015 01:38 PM
kisah ni top kat board MPS
kisah sorg forummer yg dok cerita kisah seram
katanya pengalaman send ...

Owh.....ok ..ada2 me baca yg kata ada jin tu ek?
Quote lavatuah 16-12-2015 01:41 PM
dulu ada laki...lu berforum siang malam tak ingat dunia....sekarang

dah kena tinggal dgn laki...baru nak meroyan sana sini..

bodoh punyer bahlol..


Quote nakedeyes9 16-12-2015 01:42 PM

Nak bace jugak. Share ye klo jumpe. Thanks
Kesian juga klo mental

Lihat semua komen(404)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.098079 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top