Baru-baru ini, pasangan selebriti hangat, Zahirah Macwilson dan suami, Aiman Hakim Ridza ada menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-4 pada 20 Februari. Momen-momen indah ketika perkahwinan mereka turut dikongsikan aktres Zahirah Macwilson untuk tatapan peminat di samping ucapan sayang buat suaminya itu. Tulis Zahirah, dia akan tetap memilih Aiman sebagai suami dalam apa jua keadaan sekalipun.
Namun, apa yang mencuri perhatian adalah apabila bapa Zahirah, pelakon Zainol Macwilson ada berkongsi cerita mengenai apa yang terjadi pada malam anaknya itu diijabkabulkan empat tahun yang lalu. "Pada malam kakak dan Aiman ‘diijabkabulkan’, papa nyaris nak ‘cemarkan’ majlis disebabkan kehadiran beberapa ‘individu toksik’. "Tapi Alhamdulillah dengan sifat kesabaran dan terlalu sayangkan anak serta bakal menantu pada malam tu, papa ‘gadaikan maruah’ dalam bahasa Inggeris ‘swallow my pride’ demi kebahagiaan anak dan menantuku." Zainol dalam pada itu turut memohon doa orang ramai terutamanya peminat agar pasangan selebriti yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama sahaja lagi itu dikurniakan kebahagiaan berpanjangan. Sekadar info, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza selamat bergelar suami isteri pada 20 Februari 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Isaac Raees. SUMBER : Instagram/Beautifulnara
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|