CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada DNA Khinzir Dalam Vaksin - Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya

26-10-2015 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5812| Komen: 24




sumber foto :      http://www.themalaysiantimes.com.my/                                        



Masyarakat tidak perlu khuatir kerana tiada vaksin yang diberikan kepada bayi baharu lahir mengandungi sebarang asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir.


Ini kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap sampel vaksin bagi memastikan tiada sampel yang mengandungi DNA haiwan itu.


Pengesahan itu telah dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya di Dewan Rakyat siang tadi.



Beliau menjawab soalan Dr. Che Rosli bin Che Mat (PAS-Hulu Langat) yang meminta Menteri Kesihatan menyatakan adakah benar wujud Gerakan Antivaksin serta hujah mereka dan sejauh mana kebenaran ibu bapa muda yang menolak pemberian vaksin kepada anak mereka sejak bayi.


"Kita periksa semua sekali vaksin yang diberikan oleh KKM dan memang tak ada langsung DNA khinzir, kita pun faham dan saya tahu tidak boleh bagi, mungkin timbul masalah apabila masyarakat terbaca buku oleh Jerry D Gray, seorang mualaf dan bekas tentera yang menulis tentang perkara ini."



Berita selanjutnya : mstar.com.my

11

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
15

Sedih
20

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote crunchez 26-10-2015 03:17 PM
nak jadi organik katanya
Quote GhostWalking 26-10-2015 03:20 PM
Sekarang ni berapa jenis vaksin kena amik?dulu berapa jenis?
Quote naina 26-10-2015 03:54 PM
Tapi ramai betol baby kena campak sekarang ni.anak buah aku baru lengkap vaksin 6 bulan terus dpt.demam ngn campak skali.guane tu?
Quote chazey 26-10-2015 04:04 PM
Kalau ada DNA babi pun apa masalahnya? Manusia jadi jahat sebab mak pak fail bentuk anak jadi manusia di samping diri sendiri fail menjadi manusia yang baik - bukan sebab DNA babi. Ko tengok Lava tu tak makan babi pun konon tapi punyalah busuk hati.
Quote ultra78 26-10-2015 04:04 PM
Bukankah zaman sekarang ni vaksin dibuat dari bakteria?
Quote bluehedgehog 26-10-2015 04:22 PM
babi pun mampu memberi jasa kepada manusia, tp masi kena dikutuk meleis tiap2 hari di porum ni...
Quote peachRose 26-10-2015 04:32 PM
Edited by peachRose at 26-10-2015 04:34 PM

i dont knowlah about dna khinzir bagai..
tapi iols dah lama nak persoal knp sampai 5 vaccines diberikan sekaligus kpd seorg baby yg cinonet tu?iols merujuk kpd vaksin difteria, kancing gigi (tetanus), batuk kokol (pertussis), polio dan jangkitan Haemophilus influenza type b.[backcolor=rgba(255, 255, 255, 0.952941)] Vaksin ini diberikan sebanyak 4 dos kepada kanak-kanak pada usia 2, 3, 5 dan 18 bulan.
cuba fikir logik..agak2mampu ke immue system tubuh kecil tu nak handle sampai 5 viruses yg masuk dlm bloodstream sekaligus...?
cuba kita lihat anak2 kecil..biasa kalau demam ke, kita gi cek doc akan cakap kena infection this or that..biasa a single patogen je...tu pun dah demam2 bagai...
then how about anak2 kecik ni yg sampai 5 patogen kita introduce ke dalam badan diorg???
takke nanti akan ada somekind of disasterous effect kpd sistem immune dan physiology tubuh anak2?
ce pikir..
Quote -electrifying- 26-10-2015 04:39 PM
Risau dengan kesan sampingan pon antara sebabnya kenapa mereka menolak vaksin diberikan kepada bayi/anak mereka.
Quote dani-rox 26-10-2015 06:57 PM
Cakap banyak pon tak guna... Parents zaman sekarang ni lg pandai dari doktor.
Hujah2 anti vax dah di debunked pon masih ada yg degil. Ye lah, anak ko sukati ko tp dgn penyakit negara dunia ketiga yg lama tak dengar dah berleluasa, dgn kami ni sekali terjebak ko tau tak?!
Quote fire_place 26-10-2015 07:05 PM
ANTI-VAKSIN.
---------------------

(Maaf, post ini agak panjang)

Seperti biasa gelaran ANTI-VAKSIN dijaja di segenap pelusuk dunia dan digambarkan sebagai imej yang jahat seolah-olah ibu bapa ini memegang watak antagonist yang cuba membunuh anak sendiri dan masyarakat lainnya.

Kerana apa mereka diperlakukan sedemikian rupa? Kerana ibu bapa ini tidak berjaya dipengaruhi untuk dipaksa menyuntik kuman najis toksin ke dalam badan ANAK SENDIRI.

Dan seperti biasa juga para doctor, saintis dan researchers di dalam video ini (https://www.youtube.com/watch?v=pnxAsrAK2hw) di discredit dan digelarkan “quack” kerana menemukan hasil kajian yang tidak menyebelahi vaksin. Mereka juga dikatakan TIDAK JUJUR memberi konklusi kajian hanya kerana hasil kajian mereka (sekali lagi) tidak menyebelahi vaksin.

Jika dulu memang kesan sampingan vaksin mampu DIBISUKAN. Orang ramai tidak tahu TERDAPAT beberapa jenis penyakit yang dihidapi anak mereka sebenarnya adalah berpunca dari vaksin. Lepas disuntik vaksin (terutamanya 3 serangkai), pelbagai penyakit develop, lung infection, blood infection, autoimmune disease (ASIA) dan sebagainya, malang sekali dunia hari ini semuanya di hujung jari. Segala aib, keburukan, salahlaku bukan hanya di dalam kelambu, tapi turut tersebar di ruang maya.

“Kenapa di Malaysia tidak ada kes-kes Adverse Effects Following Immunization (AEFI)?” Bukan tidak ada, tetapi ibu bapa tidak dimaklumkan tentang kesan sampingan vaksin. Di akhbar Sinar Harian SAHAJA terdapat 3 kes kanak-kanak lumpuh dan 1 kes barah setelah menerima suntikan, tetapi seperti biasa mode penafian DIAKTIFKAN, disalahkan cara pengendalian, disalahkan cara penyediaan, tarikh luput, administrasi, KEBETULAN and the list goes on.

“Kau dulu kena cucuk tak? Ada lumpuh dan kurang upaya ke sekarang ni?” Tahukah kita bahawa setiap genetic manusia berbeza-beza, setiap jujukan DNA, setiap factor alahan, epigenetic, metilasi DNA dan sebagainya sistem tubuh manusia berbeza-beza? Jika keturunan yang sihat dan mempunyai sistem imun yang sedia kuat insya Allah tidak akan mengalami AEFI serta-merta dan sebaliknya jika bayi yang mempunyai sistem imun sedia lemah, bayi-bayi ini tidak dapat berkompromi terhadap kuman virus serta logam berat di dalam vaksin.

Kebanyakan kes-kes kematian Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) adalah selepas tempoh bayi mendapatkan suntikan 3 serangkai sama ada DTaP atau MMR, tetapi tidak ada seorang pun yang ingin menyiasat adakah ianya berpunca dari vaksin ataupun tidak, walaupun ianya terdapat di dalam package insert Tripedia yang telah ditarik balik kerana mengundang kontroversi, begitu juga dengan merkuri yang dikatakan telah ditarik balik, sedangkan masih ada beberapa jenis vaksin yang mengandungi merkuri.

http://vaccines.procon.org/view.resource.php?resourceID=005206

Tidak hairanlah bilamana US yang merupakan negara yang mencatatkan program vaksinasi tertinggi merupakan antara negara yang mempunyai kadar kematian bayi paling tinggi di dunia. Sepatutnya makin banyak vaksin, makin kebal bayi-bayi dan penduduk sesuatu kawasan. Apatah lagi US negara maju yang tidak mempunyai masalah sanitation, hygiene and nutrition.

Walaubagaimanapun, Malaysia masih mencatat KEJAYAAN kekal hidup dalam penafian dikala negara-negara membangun lain seperti US telah lama mewujudkan program pampasan kepada mangsa-mangsa vaksin dan merekodkan kes-kes AEFI sehingga beribu-ribu pages. Sekurang-kurangnya nasib anak-anak mereka terbela, tidak seperti nasib anak-anak di Malaysia.

Infant Mortality Rates (IMR) and Vaccine doses routinely given. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3170075/

Di bawah ini ada beberapa kes kesan sampingan vaksin yang berjaya didedahkan oleh akhbar yang discredited and banned oleh golongan pencinta vaksin.

1. http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/lumpuh-selepas-terima-suntikan-1.437267

2. http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/muhamad-muhaimin-lumpuh-anggota-badan-selepas-terima-suntikan-1.63554

3. http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/tangan-remaja-14-tahun-dipotong-1.362496

4. https://www.facebook.com/thesiakapkeli/posts/1036594809696873
(Ini pula kisah susulan bapa kepada adik Nur Zetty dari fan page Siakap Keli, sila baca bahagian komen di bawah post ini, terdapat banyak lagi pengakuan-pengakuan secara tak langsung yang mengatakan anak mereka, anak jiran mereka, anak saudara, adik mereka mengalami nasib yang sama, iaitu lumpuh dan hilang upaya setelah menerima suntikan 3 serangkai.)

Ini baru beberapa kes terpencil yang MENDAPAT LIPUTAN SAHAJA. Belum dikira lagi ada antara bayi-bayi kami yang mengalami Swollen Lymph Node, infection seawal kelahiran selepas mendapatkan suntikan BCG (live bakteria M. Bovis yang telah dilemahkan), belum dikira lagi bayi-bayi kami yang tiba-tiba sawan kejung selepas suntikan 3 serangkai, atopic eczema, sepsis, bronchiolitis, brain inflammation, bayi yang menangis lebih dari 3 jam (kononnya diganggu jin iblis syaitan), encephalopathy, serta SIDS (kematian) yang disenaraikan oleh vaccine manufacturer sendiri juga dinafikan, apatah lagi mahu menganalisa sedikit pun kaitannya dengan vaksin. Tinggalah ibu-bapa ini menanggung akibatnya sendirian seperti kes adik Nur Zetty.

Apabila tidak ada yang ingin tampil bertanggungjawab untuk further investigate dan lorongkan laluan kepada ibu bapa malang ini bagi membuat report, dan apabila ibu bapa ini merujuk kepada symptom AEFI, tempoh inkubasi berdasarkan package insert dari PENGELUAR VAKSIN, mereka dituduh pula sebagai self-diagnosed, check background dan kredibiliti parents demi memperlihatkan betapa unreliable-nya kata-kata seorang awam yang tidak berlatarbelakangkan medic dan hanya mendapatkan informasi dari search engine.

Namun apabila doctor-doktor saintis sendiri yang tampil memberi penjelasan seperti video di atas, bahkan mereka yang bukan calang-calang dari medical/science background pun turut diperlekehkan juga. Persoalan sebenarnya tak perlu ada credibility atau tidak, tak perlu ada medical background atau tidak, tak perlu ada lesen MMC atau tidak, tak kira apa dan siapa latarbelakang anda, selagi anda menolak vaksin selagi itu anda discredited, unreliable and quack. Walaupun anda mengkaji bidang immunology sehingga lebih 30 tahun sepertimana Dr. Yehuda Shoenfeld.

Manakala di dalam Garis Panduan Farmakovigilans Keselamatan Vaksin ini dinyatakan bahawa kesan sampingan AEFI tidak mempunyai had masa, bahkan mampu berlaku bila-bila masa dalam tempoh seumur hidup manusia. Yup, SEUMUR HIDUP MANUSIA. Tidak semestinya hari ini suntik, wajib kena sejurus lepas disuntik. Boleh download Garis Panduan Keselamatan Vaksin dari laman web KKM ini, turut dinyatakan sekali tempoh inkubasi, tapi tidak sebanyak yang disenaraikan oleh manufacturer sendiri, hanya sekadar panduan umum.

http://www.moh.gov.my/images/gallery/Garispanduan/Garispanduan_Farmakovigilans.pdf

Jika di US pampasan kepada mangsa-mangsa vaksin melebihi 3.5 billion sehingga hari ini, di Malaysia kita ada ZERO pampasan, bukan sahaja zero, bahkan mahkamah vaksin dan skim pampasan untuk mangsa vaksin juga tidak wujud sama sekali. Once again, TIDAK WUJUD. Maka kemana perginya nasib anak-anak yang lumpuh dan hilang upaya setelah divaksinkan ini?

Lebih menyayat hati jika anak tersebut divaksinkan atas dasar dipaksa dan terpaksa mengikut kehendak mainstream, ada ibu bapa yang diugut untuk dibuat polis report atas alasan “neglect”, diancam, dikeji dan berbagai lagi tohmahan jahat dilemparkan kepada ibu bapa yang MEMILIH untuk menolak suntikan yang dikatakan sebagai imunisasi ini, tapi sebaliknya membinasakan anak-anak yang mempunyai system imun yang lemah dan tidak mampu bertoleransi terhadap kuman virus dan synergistic toxicity dalam vaksin.

Sedangkan Ithmid yang recommended by RasuluLlah, TETAPI juga dikatakan TIDAK SESUAI untuk SEMUA golongan manusia. CIPTAAN ALLAH dari sumber alami pun bahkan TIDAK SESUAI dengan SEMUA tubuh badan manusia. Nasihat Baginda dalam kaedah RAWATAN adalah “should not be generalized”, inikan pula vaksin-MANMADE yang dihasilkan dari kuman virus, logam berat dan dibiakkan dalam najis TETAPI ingin DIPAKSA dan generalized ke atas SEMUA bayi?

Kalau ciptaan Allah TIDAK semuanya sesuai dengan manusia, adakah ciptaan manusia BOLEH SESUAI dengan SEMUA manusia? Adakah manusia lebih hebat dari Allah? Umpamanya mereka ingin memaksa SEMUA manusia mengenakan SATU SAIZ KASUT (ciptaan mereka), sedangkan saiz kaki manusia Allah cipta berbeza-beza.

https://www.youtube.com/watch?v=nEWjsxFKFo4

Sebab itulah timbulnya pelbagai penyakit kesan dari vaccine induced. Tetapi salah siapa?:

1. Genetik keturunan. (Salah Tuhan yang mencipta genetic berpenyakit dan tidak mampu berkompromi terhadap kuman najis toxoid dan logam berat vaksin)
2. Allergic factors. (Salah Tuhan yang cipta bayi ini alahan dengan bahan yang terkandung di dalam vaksin)
3. Takdir Tuhan. (Salah Tuhan yang membuat takdir anak-anak ini merana selepas disuntik vaksin)
4. Manakala Vaksin (manmade) yang mengandungi kuman virus, toxic chemicals heavy metals dan dicemari najis perumah kekal suci dan maksum, dengan ucapan “Kita hanya berusaha, selebihnya DIA yang tentukan.”

Tipikal minda yang didoktrinkan,
Vaksin = Usaha
Usaha = Vaksin

Saya quote kenyataan Dr. Suzanne Humphries:
“Kenapa PRODUK yang SEBEGITU HEBAT DIPAKSA ke atas manusia sejagat?”

Dan jika PRODUK ITU SEMEMANGNYA BAIK, kenapa golongan pemaksa with a “very good intention” ini do an evil action, sangat agresif menyerang peribadi ibu bapa prochoice, celupar dan biadab dalam MEMAKSA manusia lain mengambil PRODUK yang BAIK tersebut? Yes, PRODUK, bukannya AGAMA (yang jamin kejayaan manusia dunia akhirat). Agama Islam yang ternyata benar DARI Allah sekalipun Allah tak paksa hambanya, inikan pula produk ciptaan manusia yang terlalu banyak kelemahan dan terbukti banyaknya kesan sampingan?

Sehinggakan golongan ini tidak kenal sesama saudara, memulaukan ahli keluarga, melayan umpama musuh, menghina dan menyebarkan kebencian sesame Muslim, semata-mata kerana orang lain tidak mahu mengimani “kepercayaan” mereka?

Apa-apa pun, semoga video di atas tadi dapat merungkai sedikit sebanyak persoalan dan memberi manfaat, sesungguhnya kefahaman itu dari Allah jua.

Disclaimer: Post ini tidak bertujuan mempengaruhi sesiapa supaya tidak memvaksinkan anak, sebaliknya hanya mengajak masyarakat untuk sama-sama berfikir, ambil tahu dan meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya. Supaya masyarakat tahu kenapa wujudnya golongan antivaksin diluar sana dan kenapa wujudnya prochoicers di Malaysia.

Bukan hanya menuding jari tanpa sendiri tahu apa punca permasalahan, apatah lagi menghina ibu bapa lain hanya kerana terikut-ikut dan terpengaruh dengan dakyah manusia yang taksub akan kepercayaan mereka. Semoga kita tidak mudah terpedaya dengan fitnah dunia yang ingin memecahbelahkan ummat.

VAKSIN ATAU TIDAK, setiap ibu bapa melindungi anak-anak dengan cara mereka tersendiri. Belajar menghormati PILIHAN manusia lain, insya Allah anda juga akan dihormati.

P/s: "Islam datang dalam keadaan dagang dan asing. Dan ia akan kembali asing sebagaimana kedatangannya. Maka BERUNTUNGLAH orang-orang yang asing itu”. - Hadith Riwayat Muslim.

Dan, kami dah rasa dicerca dihina menjadi makhluk “ASING” seperti sabda Baginda ini dalam mempertahankan KEYAKINAN kami terhadap apa yang Baginda bawa.
Quote fire_place 26-10-2015 07:07 PM
Baru dpt dlm group wasap..aku dok marah n nasihatkan lah..aku bg contoh kwn laki aku punya bini,xnak vaksin anak sbb itu ini lah..sudah tu siap ckp ank ni sy yg mengandung,sakit lahirkan.suka hati sy..

Last2 haritu sakit masuk sepital xbaik2, kat sepital bertekak pulak,pasal depan org2 suami dia sembur bini yg keras kepala psl vaksin ni.xtahan gamakny
Quote dani-rox 26-10-2015 07:29 PM
Bagi yg suka rujuk website whale.to psl gerakan anti vax ni;

Whale.to is a website run by English pig farmer John Scudamore. Scudamore has a long history of trying to insert links to his website on Wikipedia under the username Whaleto, but a few years ago this was put to an end when someone added whale.to to a spam block list. This means no one can link to it in any Wikipedia article, which led to Scudamore whining about being suppressed (obviously) by the "Church of Satan." It is a notorious dumping ground for all things pseudoscientific... as well as a few other things. Like the complete text of the Protocols of the Elders of Zion, documentations of Illuminati mind control plots, and articles about the Catholic world conspiracy. It contains every (and we do mean every) half-baked pseudoscientific theory ever concocted.
Shockingly, it was used as a source by the plaintiffs in the Autism omnibus trial, and it has seen increasing use as a "source" by anti-vaccinationists and propagators of the vaccine-autism "connection" (which should be a clue right there to the validity of their claims).

There are numerous conditions that posts on anti-vaccination sites suggest are caused by vaccines. The infamous conspiracy site Whale.to lists a variety of other conditions and diseases, indicating that these are linked to vaccines, despite the lack of evidence for these alleged connections. The listed conditions include, among others, hair loss, Leprosy, Foot and Mouth Disease, and genetic disorders, for example, Down's Syndrome. Also listed are the site are conditions that vaccine opponents more commonly claim are associated with vaccine administration, such as eczema, epilepsy, and seizures. For a parent mistrustful of authority and willing to accept these claims, vaccines can sound very scary indeed.

- Reiss Rubinstein and Lois Weithorn
Quote pooh~key 26-10-2015 07:30 PM
chazey replied at 26-10-2015 04:04 PM
Kalau ada DNA babi pun apa masalahnya? Manusia jadi jahat sebab mak pak fail bentuk anak jadi manusi ...

akak like berjuta juta juta juta juta juta juta kali komen sis ni.
Quote Al-Patih 27-10-2015 04:57 AM
usah risau....kat parlimen ramai dah kono vaksin tu.....perangai serupa
Quote unhas 27-10-2015 06:48 AM
Kat sepital skang kes2 yg dah lama xde ada balik. Mekasih la kat anti vaccers.time taknak vaccine ape doktor ckp semua ditolaknye. anak dah sakit tau pulak nak cari doktor. Bukan knowledge korang lg tinggi ke? Hampeh anti vaccers ni.:
Quote bluehedgehog 27-10-2015 07:43 AM
only berlaku di mesia
Quote nad014 27-10-2015 09:19 AM
berani betul....tak vaksin anak.
Quote renko 27-10-2015 09:28 AM
bila ank sakit
terhegeh2 lak bwk g sepital
kenapa xbancuh ubt sendiri
belajar pon setakat dr gugel da berlagak pandai kalahkan doktor
Quote talapia 27-10-2015 09:35 AM
geng2 doktor dah ramai menyampah dengan anti-vaccine group ni... tolak vaccine.. sebab takut AEFI. walhal risiko AEFI tu jauuuuh lg sikit berbanding manfaat yg diberi vaccine tu. Ha.. dapatla skrg macam2 penyakit muncul balik.. dengan pendatang asing bersepah2... dorang mane ada vaccine... sesenang je bole sebarkan kat mereka yg tak protected. Paling kesian pada bayi2 yang immune sistem masih lemah.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.058173 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top