CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Chong Wei Raih Gelaran Siri Super Terbuka Perancis

26-10-2015 01:05 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4011| Komen: 11

Description: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meraih gelaran Siri Super pertamanya musim ini selepas muncul juara di Terbuka Perancis di Stade Pierre de Coubertin, Paris, semalam.


sumber foto : http://assets.bharian.com.my/



Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meraih gelaran Siri Super pertamanya musim ini selepas muncul juara di Terbuka Perancis di Stade Pierre de Coubertin, Paris, semalam.

Chong Wei yang genap berusia 33 tahun empat hari lalu menang selepas menundukkan pemain nombor lima dunia, Chou Tien Chen dari Taiwan 21-13, 21-18 dalam pertarungan 47 minit.

Ini adalah gelaran pertama Siri Super buat Chong Wei dalam tempoh 16 bulan selepas kali terakhir memenanginya di Terbuka Jepun pada Jun 2014.

Kemenangan ini pasti suntikan terbaik buat bekas pemain nombor satu dunia itu selepas kemampuannya mula dipertikai dalam tiga penampilannya di Siri Super - Terbuka Jepun, Terbuka Korea dan Terbuka Denmark - termasuk gagal melepasi pusingan kelayakan di Terbuka Korea, bulan lalu.




1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 26-10-2015 01:29 AM
Congrats lcw.
Quote alieyrina 26-10-2015 07:07 AM
Napa geng china x masuk kah...?
Quote Vellfire 26-10-2015 08:16 AM
tahniah lcw  
Quote imransulaiman 26-10-2015 10:02 AM
Congratulations Datuk Lee...!
Quote kodokbawang 26-10-2015 10:21 AM
sebagai langkah permulaan utk merebut kembali takhta no 1 balik..congrate LCW
Quote axl_bach 26-10-2015 10:23 AM
alieyrina replied at 26-10-2015 07:07 AM
Napa geng china x masuk kah...?

SuperDan pun kandas di peringkat awal rasanya aritu......CL aku x pasti plak masuk ke x

Quote hacks_oren 26-10-2015 10:24 AM
hmm... kesianlah chong wei ni...
patut dia dh jadi mcm Lin Dan...
pilih je tournament yg besar2... bukan hempas pulas tuk terbuka siri lagi dah...
tapi nak buat macam mana... malaysia cuma ada dia ja...
hadap sajalah DLCW...
Quote -electrifying- 26-10-2015 10:53 AM
Harap lepas ni berhati2 la mengambil apa2 suntikan ye LCW
Quote tuun 26-10-2015 04:34 PM
Tahniah!Masih berbisa dan harap teruskan perjuangan untuk menjadi no. 1 dunia kembali.
Quote Senja#merah 26-10-2015 07:54 PM
Tahniah,sudah agak lama tidak medapat sebarang kejuaraan.jadikan ini sebagai agimat untuk meraih kejuaraan seterusnya
Quote mbhcsf 26-10-2015 07:55 PM
well done!!!

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.070788 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top