Penantian selama dua tahun akhirnya membuahkan hasil apabila Youtuber terkenal Alief Irfan dan isteri Bella telah menimang cahaya mata sulung pada 3 Ogos lalu. Awal Februari lalu, Bella telah membuat kejutan kepada suaminya, Alief memaklumkan kehamilannya dan ini mengundang sebak ramai serta terharu dengan reaksi suaminya yang sangat gembira dengan perkhabaran itu. Memetik mStar, Bella memberitahu buat masa ini dia dan suami memilih untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka di media sosial.
Bella atau nama sebenarnya Nur Nabilah Aliah, 26, berkata mereka enggan bayi kembar yang baru berusia dua bulan itu terpalit dengan komen negatif netizen. “Bella minta maaf sebab belum tunjuk lagi wajah anak kepada semua sebab saya ada perasaan takut dan ada anxiety serta bipolar, dekat sosial media tak semua orang suka kita atau benci. “Kadang-kadang orang benci kita tapi takut dia buat perkara buruk dekat anak pula, kalau ikutkan saya nak kongsi dan bukannya kedekut... kalau jumpa dekat luar pun untuk tengok anak Bella dan Alief tak ada masalah. “Lagipun biarlah mereka membesar dahulu dalam beberapa bulan kemudian akan dedahkan kepada semua, saya harap anda semua hormat keputusan Bella ini,” kata Bella kepada mStar. Pasangan Muhammad Aliff Irfan Aziki, 25 dan Nurul Nabilah Aliah Hazman, 27 mendirikan rumah tangga pada Februari 2020 dan dikurniakan sepasang cahaya mata kembar bernama Ayla Malaiqa dan Ayden Maleeq. - CARI |
meah_kelabu replied at 17-11-2022 10:57 AM
alip ni kereta mahal bersusun
tp rumah family dkt kelantan tu..hurmmmmm
so sbnarnye mmg betul2 kaye ...
meah_kelabu replied at 17-11-2022 10:57 AM
alip ni kereta mahal bersusun
tp rumah family dkt kelantan tu..hurmmmmm
so sbnarnye mmg betul2 kaye ...
ADVERTISEMENT