CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Lama Sepi, Rupanya IG Fattah Anas Dah Dijual Untuk Bayar Hutang Tertunggak

5-9-2021 02:16 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 47118| Komen: 130|Original author: Oleh: LilRose

Description: Masih ingat pada adik Fattah Anas yang mula tular selepas masuk ke dalam sangkar dan berlakon menjadi kucing pada 2018?
Masih ingat pada adik Fattah Anas yang mula tular selepas masuk ke dalam sangkar dan berlakon menjadi kucing pada 2018?

Nama Muhammad Fattah Anaz Mohamad Firdaus, 5, menyepi selepas bapanya menghidap penyakit misteri akhir tahun lalu.


Menceritakan kepada mStar, bapanya, Mohamad Firdaus Mohamed kini sudah sembuh sepenuhnya pada Julai lalu. Rasa macam mati hidup balik, katanya.


Kredit foto: IG

"Berbulan-bulan saya mengalaminya sampai lupa apa yang dah jadi. Dah sihat ni saya bersyukur sangat nak teruskan kehidupan dan kuatkan iman dengan mendalami ilmu agama daripada mereka yang berpengalaman seperti ustaz," katanya.

Tambahnya, dek kerana penyakit misteri itu dia terpaksa menjual akaun Instagram fattahanas_boyyeah yang mempunyai 1.2 juta pengikut pada Jun lalu pada harga 'lima angka' selepas hilang punca pendapatan menerusi bisnes dan reviu di media sosial.


"Saya jual IG (Instagram) tu bagi membayar hutang rumah, kereta dan motosikal yang tertunggak termasuk refund ke atas reviu-reviu yang terpaksa dibatalkan kerana saya sakit.

"Selepas jual IG dan barang-barang dalam rumah, Alhamdulillah segala-galanya dapat diselesaikan secara perlahan-lahan," katanya yang menjual akaun itu pada harga 'lima angka'.

Dia bagaimanapun reda dengan apa yang berlaku dan percaya pada rezeki Allah SWT.



"Sebelum ini pun kami tak kejar jumlah followers, tapi kami bersyukur ramai mengikuti saya dan Fattah Anas.

"Nak lepaskannya, ada hikmah. InsyaAllah ada rezeki nanti, dulu pun kami dikurniakan rezeki. Saya percaya takdir Allah.

"Jadi, tak berat untuk saya melepaskan IG tersebut. Saya terus fikir dan buat keputusan yang terbaik dengan menggunakan jalan terakhir yang dapat membantu," katanya.



Difahamkan, kira-kira seminggu lalu Firdaus memulakan bisnes percetakan baju secara kecil-kecilan dari rumah.

"Bila fikir balik sekarang zaman online. Nak tak nak, saya perlu kembali aktif di laman sosial. Tapi perlahan-lahan, masih baru lagi," ujarnya.

Siapa rindu dengan keletah Fattah Anas, boleh tinjau akaun baru mereka, fattahanas_family dan fattahanas_family2.



Makin bulat Fattah Anas! - CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulanbulat 5-9-2021 02:27 PM
Pakai niqah dah bini dia.

Jeles sgt kot?
Teirngat video dia maki bini dia pastu upload ke igstory
Quote kakigojes 5-9-2021 02:37 PM
Amboi pic atas tu tajam
Quote makadek 5-9-2021 02:38 PM
bulanbulat replied at 5-9-2021 02:27 PM
Pakai niqah dah bini dia.

Jeles sgt kot?

Nmpk mcm baran kn
Quote Suchi 5-9-2021 02:41 PM
bulanbulat replied at 5-9-2021 02:27 PM
Pakai niqah dah bini dia.

Jeles sgt kot?

Kenapa dia maki bini dia?
Depa ni pun one hit wonder kan lepas tu terus sendu jelaa
Quote OyaTonggek 5-9-2021 03:16 PM
baru meols tau IG blh jual..polowes meols 10 ketul agak2 bleh jual bape angka ye?
Quote nia_salina 5-9-2021 03:18 PM
naik sebab anak lpstu mcm cultural shock. lpstu merepek repek. kesian budak tu
Quote Kurex 5-9-2021 03:21 PM
Amboi puting abg....
Quote krustykrab 5-9-2021 03:58 PM
bulanbulat replied at 5-9-2021 02:27 PM
Pakai niqah dah bini dia.

Jeles sgt kot?

Lah...apa punya jantan ...sb tu la kot dpt cash
Quote kaedahnya 5-9-2021 04:04 PM
sebelum ni bapak fattah ni kerja apoo?
Quote mama_neko 5-9-2021 04:38 PM
bukan budak ni ka yang apak dia curah air ais nak bagi menangis ka apa? smpai kena kecam.. sedih dpt apak cmni, anak ibarat ATM machine ja...
Quote mamajawie 5-9-2021 04:46 PM
Aku x penah suka marketing jual anak ni..
Quote AbukRokok 5-9-2021 04:54 PM
OyaTonggek replied at 5-9-2021 03:16 PM
baru meols tau IG blh jual..polowes meols 10 ketul agak2 bleh jual bape angka ye?

RM1..take it or leave it

Quote OyaTonggek 5-9-2021 04:58 PM
AbukRokok replied at 5-9-2021 08:54 AM
RM1..take it or leave it

Kahhhhh!! Haha!
Quote Cece1234 5-9-2021 05:05 PM
Bapak dia keje apa?
Quote LadyCarefree 5-9-2021 05:07 PM
Cece1234 replied at 5-9-2021 04:05 PM
Bapak dia keje apa?

Kerja jual anak sbg konten la kiranya.
Quote LadyCarefree 5-9-2021 05:12 PM
OyaTonggek replied at 5-9-2021 02:16 PM
baru meols tau IG blh jual..polowes meols 10 ketul agak2 bleh jual bape angka ye?

Lama dah dari dulu orng jual beli IG. Tu kdg2 bisnes baru tp followers banyak. Antara sbb juga iols xde follow ig sesiapa sana sini.
Sebenarnya mcm xetika je sbb followers tu follow sbb konten atau owner akaun tu. Tiber jadik follower produk timbang kilo pulak. Cuma kalau dah verified takleh tukar nama. Macam IG si alip sokree yg konon akaun fanbase dia tu awat tetiber dia ada fanbase ratus ribu. Bila check history nama2 akaun rupanya asalnya tu akaun IG si kucingnya dodi. Macam2 dah tukar jadi IG jual periuk pun pernah.  
Quote cmf_premierleag 5-9-2021 05:27 PM
x kuasa aku nk folo akaun2 makpak jual anak ni sbg content
Quote MsPercy 5-9-2021 06:07 PM
Sakit misteri die tu, sakit sihir ker? Ke sakit penyakit ain org dengki?
Quote Normabaru 5-9-2021 07:27 PM
bulanbulat: Pakai niqah dah bini dia. Jeles sgt kot?Teirngat video dia maki bini dia pastu upload ke igstory

Hasanah sgt la sakit..rokok tetap xtinggal.hmm

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.247504 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top