Mula dikenali sebagai rapper dan penyanyi kumpulan K-Clique, nama Noki kini kian menjadi sebutan dalam dunia lakonan. Selepas muncul dalam drama sulungnya, Oh My Hantaran yang ditayangkan di TV9 tahun lalu, ramai penerbit dan pengarah mula memberi kepercayaan terhadap bakat dimiliki.
Bagi Noki, 28, atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, dia bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah SWT dan berharap akan terus merendah diri walaupun namanya kian popular dan menjadi sebutan ramai. "Alhamdulillah, Allah bagi rezeki seadil-adilnya. Bukan untuk saya sahaja, tetapi untuk rakan lain dalam K-Clique. MK pun makin selesa dengan apa yang dia buat. Untuk saya, memang tak dijangka berada pada tahap sekarang sampai pernah menang Anugerah Juara Lagu (AJL) dan dapat bertanding di pentas berprestij itu sebanyak dua kali.
"Bagaimanapun, tak mustahil apa yang kita dapat sekarang bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik semula. Hidup ini umpama roda dan kita tak semestinya akan selalu di atas dan begitu juga sebaliknya. "Apa pun yang dibuat sekarang, saya berharap terus merendah diri bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi untuk keluarga tersayang di Sabah," katanya.
|
"Tapi, kalau tanya mengenai wanita idaman, saya dambakan seorang yang berpurdah. Kalau boleh yang tahu banyak mengenai agama, aurat apa dan tak perlu pun saya ajar. Namun, kalau saya nak 'demand' begitu dalam keadaan saya pun tak sempurna, saya kena sedar diri juga dan perlu terus memperbaiki diri menjadi orang yang lebih positif setiap masa," katanya.
akuMNdia replied at 3-8-2022 10:55 AM
naper nak yg berpurdah..?
berpudah tu bkn wajib pun.
lattehazelnut replied at 3-8-2022 11:28 AM
Mak dia tudung labuh n family dia mcm alim2 gak la..
Tu yg bila dia bina badan n topless mcm oookk ...
princessmiang replied at 3-8-2022 12:03 PM
Ok ptg ni incess shopping purdah kat mydin
lattehazelnut replied at 3-8-2022 11:28 AM
Mak dia tudung labuh n family dia mcm alim2 gak la..
Tu yg bila dia bina badan n topless mcm oookk ...
ADVERTISEMENT