CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Peniaga Berang Budak Rosakkan Alat Permainan! Mak Ayah Tak Tegur Langsung, Sibuk Makan, Main Telefon

3-8-2022 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1658| Komen: 23

Description: Siapa tak panas hati apabila barang yang dijual mengalami kerosakan dan tiada mana-mana pihak tampil untuk bertanggungjawab.
Siapa tak panas hati apabila barang yang dijual mengalami kerosakan dan tiada mana-mana pihak tampil untuk bertanggungjawab.

"Tak ada niat nak beli, jangan bagi anak masuk. Sebab ini kedai, bukan pusat asuhan. Banyak barang aku lingkup pasal anak hangpa (anda)," kata seorang wanita dalam loghat utara, menerusi video yang dimuat naik di laman sosial sehingga mencetuskan pelbagai reaksi.

Namun rungutan peniaga di sebuah gerai menjual permainan itu disalah ertikan oleh segelintir pihak kerana didakwa dia hanya mengalu-alukan pengunjung yang mahu membeli sahaja.

Bercakap kepada mStar, peniaga berkenaan, Siti Suhani Md Daud memberitahu, dia mula membuka gerai permainan di sebuah tapak perniagaan di Pulau Pinang, sejak Mac lalu.


Wanita berusia 26 tahun itu berkata, luahan tersebut dibuat selepas memendamnya selama dua minggu sejak gerainya bergabung dengan kedai-kedai makan lain di lokasi sama.

"Masalah timbul apabila segelintir mak ayah bersikap lepas tangan membiarkan anak-anak mereka bersendirian di gerai mainan saya, dan mereka beratur beli makanan.

"Mak ayah duduk makan di meja. Apabila selesai makan, mereka sembang atau tengok telefon. Anak-anak hanya dipanggil untuk makan atau balik," katanya ketika dihubungi mStar.

Siti Suhani yang berasal dari Sungai Pinang, Georgetown itu bagaimanapun menjelaskan dia tidak pernah menghalang sesiapa untuk datang ke gerainya.

"Saya tak kisah kalau orang yang datang ke gerai tidak beli apa-apa. Saya faham kadang-kadang mereka ambil masa untuk buat keputusan sebelum belikan untuk anak-anak mereka.

"Tapi saya tak faham sikap mak ayah yang jadikan gerai saya macam taska. Mereka sibuk fokus pada makanan dan telefon, kalau apa-apa yang berlaku di gerai mereka tak akan tahu atau bertanggungjawab," ujarnya yang lebih dikenali sebagai Siti Suhani Online Mall.

Dia yang menjual permainan sejak 2017 berkata, keadaan bertambah buruk sekiranya anak-anak pengunjung 'mengamuk' atau tantrum apabila permintaan untuk membeli permainan tidak dipenuhi.

"Apabila mengamuk, habis dihempuk dan dicampak mainan di gerai. Itu belum lagi anak-anak pengunjung yang jenis lasak bermain, sampaikan ada mainan kucing saya rosak dijatuhkan.

"Ada juga mainan buaya yang diusik mulutnya secara kasar berulang kali sampai patah. Apabila jadi macam tu, mak ayah tak akan nak beli sebab mereka sibuk di meja makan.

"Saya tak tergamak nak minta ganti rugi. Macam mainan buaya tu dah patah 10 kali, kalau sebuah harga RM11, jadi saya kerugian RM110 untuk mainan tu sahaja," katanya sambil menambah gerainya menjual permainan pada harga serendah RM2.



Selain itu Siti Suhani yang merupakan ibu kepada empat anak turut terpaksa membaiki permainan yang dirosakkan oleh anak-anak pengunjung, tetapi sebahagiannya tidak boleh dijual semula.

"Mana-mana mainan yang patah atau rosak, saya terpaksa buang dalam tong sampah. Mainan yang dah defect (kecacatan) hanya dijadikan sebagai demo atau display.

"Ada mak ayah apabila tahu mainan dah dijahanamkan, mereka cepat-cepat tarik tangan anak mereka dan berlari keluar, atau selamba campak mainan yang tak mahu dibeli.

"Apabila anak mengamuk atau menangis sebab tak dibelikan mainan, mak ayah marah atau pukul anak mereka di hadapan saya. Kasihan saya tengok," katanya dengan nada kesal.

Maka sebab itulah kata Siti Suhani, anak-anak tidak seharusnya dibiarkan bersendirian di gerai mainannya sekiranya tiada pengawasan daripada ibu bapa.

"Paling sedih apabila ada pelanggan tegur kenapa saya buka kedai mainan sebab mereka nak makan pun tak senang. Saya senyum saja sebab saya hanya cari rezeki di situ.

"Itu belum lagi bandingkan harga mainan yang dijual online adalah lebih murah. Mereka kena faham saya buka gerai kena bayar sewa dan tanggung kos lain.

"Dugaan berniaga, kalau mainan yang rosak tu saya reda. Saya anggap ada rezeki yang lain. Boleh je masuk tak beli apa-apa, tapi mak ayah tolonglah pantau anak-anak," katanya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 3-8-2022 11:27 AM
pindah je la location kedai tu jauh sikit dari kedai makan..
or else jangan letak barang atas tanah or tempat rendah..
kalau nak letak jugak, guna display box so sorang pun tak boleh sentuh..
Quote stingergrumpy 3-8-2022 11:28 AM
Habeeb jewels boleh gajikheun pengawal bersenapang utk kawal  kedai....you can do the same puan....
Quote rikiruj 3-8-2022 11:35 AM
Ayah dgn emaknya mesti jawab… dah budak2, itulah sifatnya suka main mainan..
Quote Artemesiaa 3-8-2022 11:39 AM
Bila adap sopan santun tak diajar dan tak dititik beratkan lagi makin banyak nampak hasilnya kini.
Quote lattehazelnut 3-8-2022 11:40 AM
Bubuh la sign once broken considered sold..
Sorok sikit demo or tempat kanak2 kecik xleh capai..
Quote n3ar 3-8-2022 11:44 AM
dah kenapa korang salahkan akak ni, patut salahkan mak ayah yg reti buat anak tak reti jaga...main lepas jer sedangkan dorang tengah mengadap telefon jer
Quote bottombikini 3-8-2022 11:49 AM
ayat biasa..alah budak2 apa tau

Quote nini_azmi 3-8-2022 11:52 AM
Anak kecik2 tu tak payah nk beria mkn kat kedai. Mana nak mkn, nak control anak lg. Sudahnya mkn pun tak kenyang.

Aku kalu nmpk kedai mainan ni mmg lari jauh2
Quote I.K.A888990 3-8-2022 12:39 PM
kesian kat peniaga mcm ni
mak bpk apa kesah janji pn
Quote ezacbee 3-8-2022 01:41 PM
Sama cam kedai aku, anak2 dorang usik lampu, usik display aku.. mak bapak cuma cakap eh jangan~..
Xde pun nak ketuk tangan anak2 dok menjalar usik semua tu. Aku nak sound tapi ada customer lain nak kena siapkan design.

Xtau jenis mak bapak apa ni... Rasa xbersalah biarkan anak2 sepahkan harta orang.
Quote Samerosie 3-8-2022 01:51 PM
Sebelum ni tak bergabung dgn kedai makan tak de masalah kan...so kenapa bergabung?  Is it because bila jauh, tak de orang datang?  Anyway, memang tak patut parents biarkan anak2 derang merayau ke kedai orang lepas tu rosakkan barang.  Patut minta ganti rugi.
Quote Lista 3-8-2022 02:02 PM
Bukan tu je...masuk kedai selamba jatuhkan barang2 kat rak kedai..berselerak atas lantai.
Mak bapak buat tak tahu je.
Spesies apatah anak2..kongkang, lorong takde buat perangai mcmni.
Bila tegur kat makbapak masam pulak muka.
Poyo bongkak tak sedar diri.
Nilah pengalaman aku keja salesgirl dulu.
Quote mclaren 3-8-2022 02:06 PM
Ya tuhan kenapalah wujud parenta macam ni. Moga ditarik rezeki2 parents yang macam ni yang takde hati perut tengok waris2 mereka rosakkan periuk nasik orang lain.... Amin.
Quote jas7512 3-8-2022 02:09 PM
Mak bapak yg selfish doakan aje anak dia mampus cepat...br blh fikir dr sudut pov org lain agaknya
Quote mimi_mimpi 3-8-2022 03:56 PM
I ade butik... same je. I kene hadap makbapak, anak2 dibiar belari2 main nyorok2 kat celah2 baju. Nasib tak baik ade la baju yg tekoyak. Pemikiran makbapak b40 mmg slalu cmni.
Quote twins 3-8-2022 04:13 PM
memang patut la pun dia mengomel... jual barang2 mainan mcm tu berapa sen la sangat untungnya punn.... kalau jahanam kerja dek budak2.. untung jualan habis dek kos yg rosak jer....
Quote imanjannah 3-8-2022 04:24 PM
mmg ramai parents gini kan, sikap yg sama juga bila gi beraya rumah org
Quote She-Ra 3-8-2022 04:29 PM
iols yg takde anak ni pun kalau bwk anak2 buah berjalan, mmg tidak le nk ke kedai mkn berhampiran dgn kedai menan ni.. jenuh nak tutup mata dorang kang

andai terpaksa dh takde pilihan, nk tanak kena ke kedai makan bersebelahan kedai menan, makanya,  kawal la bebudak tuu.. benda kita boleh halang kot
Quote rosedemon 3-8-2022 05:55 PM
mak pak skrang mana dulik. tau buat anak je

Lihat semua komen(23)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

16-8-2022 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.069446 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top