CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Asyik Serius Je, Fendy Bakry Jadi Pak Lawak Pula-Menjadi Ke Tak?

2-8-2022 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2169| Komen: 11

Description: Sudah hampir 10 tahun Fendy Bakry bertapak dalam industri seni hiburan tempatan sebagai pelakon.
Sudah hampir 10 tahun Fendy Bakry bertapak dalam industri seni hiburan tempatan sebagai pelakon.

Sepanjang bergelar anak seni, bekas peserta pertandingan Hero Remaja 2011/2012 itu sudah pun mewarnai kanvas layar lakon dengan deretan buah drama popular seperti Syurga Bukan Percuma, Mr. Grey, Besan Tiga Segi, Tak Sempurna Mencintaimu dan Hati Yang Dikhianati.


Foto: IG

Dalam drama yang dilakonkannya, rata-rata Fendy akan membawakan watak lelaki serius atau adakalanya romantik, sesuai dengan genre drama yang dipersembahkan.

Namun, untuk pertama kalinya, Fendy atau nama lengkapnya Mohd Affandi Nor Bakri bakal tampil dengan sebuah drama terbaharu yang memerlukan transisi ketara. Dia juga harus mencabar diri melakonkan watak komedi yang begitu asing dengan dirinya.


Teruja, namun pada masa sama bimbang. Itu perasaan yang dapat disimpulkan oleh pelakon berusia 34 tahun itu apabila diberi peranan sebagai Kholid dalam drama Guard Komando siaran TV9.



Fendy mengakui wataknya sebagai Kholid dalam drama tersebut sangat mencabar kerana pertama kali memainkan karakter komedi sekali gus menguji sejauh mana bakatnya sebagai seorang pelakon.

“Bila ditawarkan watak untuk berlakon dalam drama komedi, saya jadi bimbang kerana terfikir sama ada saya mampu atau tidak untuk membuatkan penonton ketawa memandangkan ini kali pertama saya membawakan watak kelakar.



“Selepas berbincang dengan isteri, saya rasa ini peluang yang baik untuk saya mencuba sesuatu yang baharu. Sebelum ini saya sudah biasa dengan drama berkaitan kisah-kisah cinta.

“Jadi saya harap penonton dapat menilai sendiri bakat saya apabila membawakan watak dalam genre komedi,” katanya kepada Pose!

Ditemui sidang media virtual drama Guard Komando baru-baru ini, Fendy turut berkongsi keseronokan sepanjang terbabit dalam penggambaran drama yang turut dibintangi pelakon senior, Shamsul Ghau Ghau, Mark Adam dan Jiggy Masin itu.



“Saya seronok sepanjang terbabit dalam penggambaran drama Guard Komando ini kerana kami saling membantu, rapat dan umpama sebuah keluarga besar. Saya juga dapat membiasakan diri dengan pelakon-pelakon lain.

“Walaupun saya tiada asas berlawak dan dikata seorang yang serius, tapi saya tidak bersendiri apabila di set penggambaran.



“Saya mesti bergaul dengan semua pelakon lain dan kami dapat mewujudkan keserasian yang baik sebagai satu keluarga.

“Sampai sekarang pun, kami masih bertanya khabar,” kata pelakon yang pernah membawa pulang trofi Artis Baharu Lelaki Popular 2018 itu.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 2-8-2022 11:52 AM
Ooo ingatkn dia mmg dari program rajalawak
Quote rosedemon 2-8-2022 12:16 PM
hm okayyy next
Quote encikWawad 2-8-2022 01:31 PM
bila kau sendu. watak pondan pun kau akan sapu atas alasan - kepelbagaian watak.
Quote prince_marhaen 2-8-2022 02:12 PM
Kepam dan berkerakkkk...nextttttttttttttttt!!!!
Quote dudaberhias 2-8-2022 04:23 PM
nak bagitahu dah takde job ke tu...
Quote reporter_kalut 3-8-2022 02:04 AM
Jangan lupa tayangan kisah acik2 kepam forum di KLMEDIA portal dan YouTube nanti. Kita tengok acik kepam mana nak jln dulu.. Misi kami selak org yg suka menyelak..
Quote dekmieDandy 3-8-2022 09:36 AM
prince_marhaen replied at 2-8-2022 02:12 PM
Kepam dan berkerakkkk...nextttttttttttttttt!!!!

pernah nampak IRL, memang berkerak rupanya, sebab ada skin condition kot
tapi acik gomen sebelam ni tetap lar 'ehhh hensemnya'
Quote prince_marhaen 3-8-2022 09:43 AM
dekmieDandy replied at 3-8-2022 09:36 AM
pernah nampak IRL, memang berkerak rupanya, sebab ada skin condition kot
tapi acik gomen sebelam n ...

acik-acik gomen yang rembes bila jumpa kat booth jualan hari gaji gomen tu..ucop mentor pun diorang kata berair cikpet....yihhh!
Quote pembacagosip 3-8-2022 10:05 AM
ramainya nak jadi pelawak tapi kualiti tu penting
Quote intan244 3-8-2022 11:14 AM
minat dia ni. kelakar sgt ritu berlakon citer apa ntah kat astro, ngan azar
Quote reporter_kalut 4-8-2022 11:02 AM
Dah semua pakat nak jd pak lawak pulekss..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.080277 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top