CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ahirine Ahirudin Suka Muay Thai Dan Sukan Permotoran, Cari Pasangan Sama Minat

2-8-2022 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4759| Komen: 25

Description: Di sebalik wajahnya yang jelita, siapa sangka pelakon baharu, Ahirine Ahirudin cukup meminati sukan lasak seperti sukan Muay Thai dan aktiviti permotoran.
Di sebalik wajahnya yang jelita, siapa sangka pelakon baharu, Ahirine Ahirudin cukup meminati sukan lasak seperti sukan Muay Thai dan aktiviti permotoran.

Ahirine, 26, berkata, dia melihat seni mempertahankan diri cukup penting kerana ilmu itu dapat melindungi diri wanita daripada sebarang kejadian tidak diingini.


Foto: IG

"Keadaan sekarang ini kita sukar nak jangka, lebih-lebih lagi apabila melibatkan penderaan.

"Seni mempertahankan diri juga dapat dijadikan alat keselamatan sekiranya berdepan dengan kejadian tidak diingini," katanya kepada mStar.




Ahirine ditemui pada majlis pra tonton filem Gadis Jolobu The Movie di GSC The Starling, Petaling Jaya pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Ahirine juga memberitahu disebabkan minatnya itu, dia mencari lelaki idaman yang mempunyai hobi sama dengannya.



"Kalau ada minat sama itu bagus, tetapi sekiranya hobi berbeza, setidak-tidaknya berilah sokongan.

"Maklumlah saya menceburi bidang sukan yang didominasi lelaki, jadi tentu saya perlu semangat daripada pasangan," ujarnya.



Pun begitu, Ahirine mengakui buat masa ini dia lebih suka menikmati kehidupan solo dan tidak merancang mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.

"Biarlah saya nikmati kehidupan dahulu, karier lakonan pun baru bermula. Tapi kalau dah jodoh, siapa saya untuk menolaknya, bukan?," ujarnya.



Ahirine sebelum ini pernah membintangi filem Remp-It 2 dan aktif berlakon aksi lasak ngeri dan pelakon 'body double'.

Filem Gadis Jolobu The Movie akan menemui penonton di pawagam GSC di seluruh negara pada 4 Ogos ini, manakala platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY tidak lama lagi.


Menerusi filem ini, Datuk Hattan membawa watak Atan, Joey Daud (Ajoi), Khir Rahman (Acong) dan Ahirine (Jijah).

Gadis Jolobu The Movie memaparkan kisah tiga bujang terlajak yang rapat sejak kecil dan berusaha mencari jodoh di kampung halaman.



Sumpahan ‘lambat sunat, lambatlah kahwin’ sering bermain dalam fikiran menyebabkan mereka berusaha mencari jodoh walaupun menghadapi pelbagai dugaan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 2-8-2022 10:56 AM
Ini ke anak Rocky Bru tu.
Quote babelina 2-8-2022 11:16 AM
whoarrrrrryusssssssssssss...
Quote anilanil 2-8-2022 11:26 AM
Retis bbnu yg jelita mata aiols nampak sophia barakbah (tatau eja) je. Btw apa motif dak ni gi work out with full make up?
Quote miemiecha 2-8-2022 12:04 PM
YA TUHANNN
sape nih? selain tek tunjang ke depan, mek x nmpk lain dah
Quote rosedemon 2-8-2022 12:14 PM
not my taste
Quote hareeeesah 2-8-2022 12:19 PM
vanillaninja: Ini ke anak Rocky Bru tu.


Ha’ah ni anak dia.. mmg jiwa kental mcm mak pak.

Dulu rocky bru tu bff btul dgn ee skarang dah x geng ke? Tiber masuk topic ee plak
Quote Lavender_Violet 2-8-2022 12:21 PM
Siapa kah sheols yinni???
Rocky bru apaknya tu pun meols tak kenal
Quote pembacagosip 2-8-2022 12:23 PM
oh kira heroin cerita gadis jolobu tu dia la eh...
Quote Orix 2-8-2022 12:26 PM
kenal dia ni sbb tgok life at thinker
Quote She-Ra 2-8-2022 12:34 PM
anilanil replied at 2-8-2022 11:26 AM
Retis bbnu yg jelita mata aiols nampak sophia barakbah (tatau eja) je. Btw apa motif dak ni gi work  ...

retis kann.. harus la gigih jaga penampilan dan muka walau di mana jua berada cuma kalau iols bertembung dgn dia, soheh tak kenal
tp tak semua retis gini.. ada je yg tak mekap langsung atau pakai gincu jeeee

Quote KBW2 2-8-2022 01:37 PM
lerrr anak rokybru kan niiii? Kehkehkehkeh akhirnya jadi pelakon drama melayu jah ya?
Quote KBW2 2-8-2022 01:38 PM
Muka apak sangat
Quote dudaberhias 2-8-2022 03:37 PM
siapa sheolss ni nyahh??

maaf kaka tak cukup tua untuk kenali sheols...

buat acik2 yang kenal tu di minta pergi ke sephora sekarang dan minta dekat sale assistant tu nak beli estee lauder advanced night repair untuk titik tiap2 malam dekat muka supaya wajah tak berkedut atau jadi sisik tenggiling... lepastu banyakkan makan sayur sayuran supaya tak menopos awal...

sekian...
Quote winky1 2-8-2022 04:42 PM
KBW2 replied at 2-8-2022 01:37 PM
lerrr anak rokybru kan niiii? Kehkehkehkeh akhirnya jadi pelakon drama melayu jah ya?

Hahaha kan
Quote nfaaa 2-8-2022 04:50 PM
laahh jd pelakon plak dah. iol mmg follow IG dia, dia mmg suka benda2 extreme ni. ingat femes sebab brand ambassador and anak Rocky Bru je. tayah aa belakon. rasa mcm tak kena.
Quote lattehazelnut 2-8-2022 04:52 PM
Apo kau mencarut ni?

Sumpahan ‘lambat sunat, lambatlah kahwin’ sering bermain dalam fikiran menyebabkan mereka berusaha mencari jodoh walaupun menghadapi pelbagai dugaan. -CARI
Quote SherryZass 2-8-2022 05:09 PM
whoryussss.. rupa dia tak konsisten pulak disetiap gambar itu...
Quote 4cupcakes 2-8-2022 11:10 PM
Geng2 thinker studio.. dia ni rapat dgn si aqiid tu.. jadi? Kesimpulannya siapa pilihan hatinya?
Quote reporter_kalut 2-8-2022 11:12 PM
Kalau dia mimpi ngeri habis lunyai kena smackdown

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.053592 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top