CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiada Seorang Pun Anak Kuswadinata Warisi Bakat Lakonan, Hanya Bakat Memasak

3-8-2022 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4562| Komen: 26

Description: Saya dulu selalu kena halau dengan arwah papa, apabila masuk ke dapur nak tengok dia memasak," kata Jasmin Kuswadi, 37, anak kepada pelakon era 1960-an, Allahyarham Kuswadinata yang kini berniaga di K ...
Saya dulu selalu kena halau dengan arwah papa, apabila masuk ke dapur nak tengok dia memasak," kata Jasmin Kuswadi, 37, anak kepada pelakon era 1960-an, Allahyarham Kuswadinata yang kini berniaga di Kompleks Muhibbah, Taman Nirwana Ampang.


Jasmin berkata, apapun dia bersyukur kerana dapat juga mewarisi bakat memasak Allahyarham bapanya itu yang cukup dikenali pada kalangan rakan artis dan penggiat seni sebagai individu yang 'pakar' di dapur.


Jasmin dan suami, Mohd Osman (gambar kiri). Kenangan Allahyarham Kuswadinata dan isteri, Kamariah (gambar kanan) Foto: Harian Metro

"Arwah papa saya, walaupun orangnya serius dan banyak melakonkan watak 'jahat' dalam filem serta drama, tapi dia seorang lelaki dan bapa yang budiman, baik hati, ringan tulang, pandai memasak dan cekap menjaga anak-anak dalam semua sudut.


"Sama ada pakaian, makanan dan segalanya untuk saya serta adik-beradik yang lain, papa yang urus dan jaga. Hinggakan, ramai menyifatkan ibu saya, Kamariah Mohd Said adalah wanita sangat bertuah kerana mempunyai suami seperti papa yang mahir membuat kerja rumah dan cekap menjaga anak," katanya kepada Harian Metro.

Jasmin yang terbuka berkongsi kenangan bersama Allahyarham bapanya berkata, dia bersama adik-beradiknya yang lain memang tiada seorang pun berminat dalam lakonan dan kesemua mereka hanya mewarisi bakat memasak arwah.

"Alhamdulillah, saya dan semua adik-beradik, kami pandai memasak. Untuk berlakon pula, memang tak ada yang mewarisi walaupun saya pernah ikut papa berlakon dalam telefilem Erti Sebuah Kebebasan ketika berusia 15 tahun.

"Saya tak minat berlakon sebab tidak gemar menunggu di set penggambaran. Arwah papa pun tak beri galakan kepada kami adik-beradik untuk mengikut jejak langkahnya sebagai pelakon. Tapi, alhamdulillah, saya ikut jejak langkah papa sebagai tukang masak," katanya.

Berbicara mengenai perniagaannya, Jasmin berkata dia bersama suami, Mohd Osman Amirrudin sudah aktif berniaga pelbagai makanan seperti roti canai, roti sarang burung extravaganza dan makanan barat, hasil air tangan mereka sejak dua tahun lalu.

Katanya, tapi yang paling istimewa juga dia turut menyediakan resipi hidangan arwah bapanya seperti sambal, kuah dal, kari ayam, kari daging dan banyak lagi dengan harga sangat berpatutan serta rasa yang enak.

Menurut Jasmin, selepas susah payah diharungi akibat penularan Covid-19 sebelum ini, tetap ada hikmah di sebaliknya.

Kata ibu enam anak ini, dia bersyukur perniagaannya semakin mendapat perhatian apabila mempunyai 'repeat customer'.

Terdahulu, Allahyarham Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang cukup dikenali dengan panggilan 'abang Kus' menerusi filem Seniman Bujang Lapok meninggal dunia pada 16 Februari 2013 ketika berusia 74 tahun kerana masalah buah pinggang dan kanser usus. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembacagosip 3-8-2022 10:44 AM
Arwah pak cik kuswadinata ni handsome betul masa muda ye. berlakon pun bagus....menjiwai...org zaman dulu waima hang kebun pun berlakon x kayu
Quote ketupatnasi 3-8-2022 10:55 AM
pembacagosip replied at 3-8-2022 10:44 AM
Arwah pak cik kuswadinata ni handsome betul masa muda ye. berlakon pun bagus....menjiwai...org zaman ...

Paling tak lupa dialog "...bukan orang lain, madu kau jugak.. "
Quote tomiko_haza 3-8-2022 10:56 AM
abang kuss...
Quote samshik 3-8-2022 10:58 AM
Die ngan arwah Ed Osmera kachak betui..
Quote asfaz 3-8-2022 11:01 AM
pembacagosip replied at 3-8-2022 10:44 AM
Arwah pak cik kuswadinata ni handsome betul masa muda ye. berlakon pun bagus....menjiwai...org zaman ...

Kan..hebat pelakon dulu kita boleh igt dialog dan watak diaorg
Salah sorang pakcik yg "saya tahu ni,ini huruf M" #pendekarbujanglapok
Quote sarah_ary2 3-8-2022 11:05 AM
Hensem arwahnya and x pernah pulak dgr berita berita kurang baik on arwah. Suka tgk lakonan arwah dr muda sampai sekarang
Quote Lavender_Violet 3-8-2022 11:07 AM
Lama dah dia meninggal...2013...rasa macam baru jek
Quote prettyuglybabe 3-8-2022 11:08 AM
abang kusss...


Quote chinta89 3-8-2022 11:21 AM
aku suka btl tgk lakonan dia n rakan seangkatan. best je org dulu2 berlakon.
Quote Safirania 3-8-2022 11:26 AM
Watak abg kuss bini 2 tu paling ku ingat
Quote sue_liah 3-8-2022 12:04 PM
walaupun hensem orang nya, belakon pun bagus..xda la nak curang2 ni
elok je jaga anak bini , pandai masak lagi
Quote prince_marhaen 3-8-2022 12:11 PM
Edited by prince_marhaen at 3-8-2022 12:13 PM

Antara pelakon lelaki kacak & paling jantan, kalah aktor zaman sekarang, Jins Shamsuddin, Kuswadinata, Mustapha Maarof, ED Osmera & Nordin Ahmad... OMGGGGG kacak betul...! P Ramlee tu manis ada lah...tapi diorang ni kacak..
Quote She-Ra 3-8-2022 12:13 PM
ketupatnasi replied at 3-8-2022 10:55 AM
Paling tak lupa dialog "...bukan orang lain, madu kau jugak.. "

ini mmg lawak hahhahahaaaa

Quote pembacagosip 3-8-2022 12:17 PM
ketupatnasi replied at 3-8-2022 10:55 AM
Paling tak lupa dialog "...bukan orang lain, madu kau jugak.. "

abg bidin..................
Quote pembacagosip 3-8-2022 12:18 PM
asfaz replied at 3-8-2022 11:01 AM
Kan..hebat pelakon dulu kita boleh igt dialog dan watak diaorg
Salah sorang pakcik yg "saya tahu  ...

dialong2 dorang cara lontaran mmg syok cerita lama, walaupun x ada kaler hitam putih je
Quote kucingitam 3-8-2022 12:43 PM
beriya la aku tgk budak lelaki tu apsal takde rupa abg kus..rupanya anak dia yang perempuan...hahaha..aduihai..
Quote crazypink 3-8-2022 02:45 PM
abg kus ... handsome masa muda tp suka tgk Mustapha Maarof sgt handsome

*blh try nanti g kedai anak arwah abg kus dekat jer

Quote kiter_09 3-8-2022 04:16 PM
Pelakon lama kasmadiana bkn anak kuswaninata ni ke
Quote nevberg 3-8-2022 04:37 PM
baru ni tengok sikit punya gila..dia ngan yusuf haslam jadi kawan..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.141733 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top