CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ramai Artis Bergaya Sakan, Harap Tajaan Je Tapi Poket Kosong"

3-8-2022 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3435| Komen: 22

Description: Gelaran artis tidak membawa apa-apa makna sekiranya individu terbabit menempuh kehidupan sukar tanpa pendapatan lain lebih kukuh.
Gelaran artis tidak membawa apa-apa makna sekiranya individu terbabit menempuh kehidupan sukar tanpa pendapatan lain lebih kukuh.

Bagi penyanyi dan pelakon Sharzura Shamsiralan atau Zura, sekarang bukan zaman seseorang artis bergaya dengan imej dan penampilan semata-mata sedangkan poket kosong tanpa wang.

Foto: Harian Metro

"Tak perlu nak pertahankan ego sangat. Cari jalan alternatif dengan berniaga dan sebagainya demi untuk kelangsungan hidup. Apa guna bergaya sakan jika hanya harapkan tajaan.

"Lain artis era dulu kerana diiktiraf sebagai artis sebenar. Berbeza sekarang di mana banyak yang 'up' diri sendiri, reka sendiri cerita di media sosial untuk orang bercakap.


"Mereka pasti takkan ke mana. Begitu juga artis lama takkan ke mana kalau hidup hanya harapkan tajaan dan bantuan," katanya tegas.

Zura, 43, yang pernah menganggotai kumpulan The Girls bersama Farisha, Ita dan Hanim di bawah kendalian komposer Nasir Ahmad Nawab pada penghujung 1990-an, mahu setiap artis keluar dari kepompong dengan menceburi bidang perniagaan.

"Bukan maksudnya artis tak perlu jaga personaliti atau menunjuk. Zaman sekarang, tak relevan nak jaga imej tanpa sebarang usaha lain untuk menambah pendapatan.

"Artis sekarang kena berdikari dan menepis ego dengan berniaga. Macam saya sendiri juga berniaga pelbagai produk seperti pakai preloved, kosmetik dan pelbagai lagi.

"Tak dinafikan ada mulut-mulut yang mengata. Tapi, demi kelangsungan hidup saya tak perlu nak ambil kisah. Sekarang zaman duit. Sekali buat live dapat RM150 pun bermakna kepuasan untuk diri sendiri," katanya.

Pelakon drama Dirgahayu, Setitis Air Mata Ibu, Air Mata Syurga dan telefilem Aku Ingin Ke Syurga yang menetap di Kelantan ini selesa berdikari dalam kehidupannya.

"Saya cari duit, tak meminta kat orang pun. Walaupun selepas ini saya jual nasi lemak tepi jalan, saya tetap usaha sendiri tanpa susahkan orang.

"Soal populariti, orang memang tahu kita penyanyi yang berkarya. Bakat dan kebolehan takkan hilang. Sekarang dah lebih lima tahun saya berniaga, syukur dapat tampung kehidupan.

"Tak dinafikan mula-mula orang tohmah macam-macam, tapi sejak 2013, setiap tahun saya mengeluarkan single dan muzik video," katanya.

Lagu-lagu yang pernah dihasilkan ialah Lumrah Cinta pada 2013, Kau Bukan Siapa-Siapa (2014), Demimu Aku (2015), lagu raya Lebaran Ya Lebaran (2016) dan lagu loghat Kelantan, Kelateku Bahagio (2017) dan Cinta Tiada Restu (2020).


Foto: Harian Metro

"Dalam seni yang pentingnya ialah karya dan hasil. Kita kena ada lagu baharu setiap tahun. Saya berbangga ada lagu baharu hasil titik peluh sendiri dengan kerjasama komposer dan penulis lirik terkenal.

"Ia tanpa sekatan iaitu dengan kemahuan dan modal sendiri. Nak harapkan tajaan memang susah. Sekarang pun jarang dengar artis diambil oleh syarikat rakaman.

"Kalau tiada orang nampak pun, yang penting kita sentiasa berkarya. Biasalah kalau kita dah tiada baru orang kenang, cungkil balik. Saya tak sasarkan lagu meletup cuma nanti walaupun lama orang tetap kenang," katanya.

Zura memulakan karier nyanyian bersama Angkatan Seni dan Kebudayaan Kelab Yayasan Negeri Sembilan pada 1998.

"Ikutkan saya sinonim dengan artis 1990-an. Bersama The Girls kami buat 'tour' seluruh negara. Cuma rezeki saya untuk buat single hanya hadir pada 2013.

"Saya tak pernah patah semangat bila tak dihargai dan buat saja kerja. Untungnya kerana suami pun pemuzik, sekali gus memudahkan karier saya.

"Walau dinafikan dengan pelbagai cara, saya tetap kekal dengan imej sebagai penghibur. Pada saya, jauhkan sikap dengki tengok orang lain serta jangan berpuak-puak dalam seni," katanya yang kini dalam proses menyiapkan single terbaharu selepas ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote samshik 3-8-2022 11:14 AM
Bazir page je.. Next!!
Quote GegarVaganja 3-8-2022 11:34 AM
Sapo betina ni

Quote cikatilia 3-8-2022 12:42 PM
ni bukan alang2 sendu ni..
mmg haram xkenal sapa ko kak..
tgk lagu kat youtube ala2 mcm nyanyi dlm tandas gitu


Quote babelina 3-8-2022 12:46 PM
sapa nie..... xknal......
Quote ReginaGeorge 3-8-2022 12:47 PM
Apa yg zura ckp tu memang betul. Tapi apa kata zura jangan pakai filter 100 kali tapis?
Quote ibu_haritz 3-8-2022 12:47 PM
tergamak ye dia pakai rantai mcm tu
sebesor alam
Quote rain2169 3-8-2022 01:11 PM
semua warga cari tak kenal dia.....
Quote matbad 3-8-2022 05:58 PM
ya rabbi sapa plak dh ni muka mcm main lukis2 adoyaiii
Quote rosedemon 3-8-2022 06:04 PM
zura2 nama pon desaaa,ko ckp mmg btol tp sbb ko xlwa org maleh nk layan
Quote Nozot 3-8-2022 06:18 PM
Muka guna produk timbang kilo sangat...next
Quote fadz84 3-8-2022 06:21 PM
Sejuk beku betul ni.. langsung x knl
Quote nakkomenjugak 3-8-2022 07:58 PM
whoisyuhhhh???
Quote .HannahMontana. 3-8-2022 08:02 PM
artis-artis Malaysia ini 99% memang xde pelajaran tinggi  punnn

xde satu artis pun yang  benar-benar  boleh dibuat contoh

semuanya celaka haramjaddah xde ubat melainkan mati sahaja !!!!!!!!!
Quote September14 3-8-2022 08:07 PM
Nozot replied at 3-8-2022 06:18 PM
Muka guna produk timbang kilo sangat...next

Haha setuju muka mcm pakai tabita
Quote hzln 3-8-2022 08:17 PM
Sesungguhnya harian metro telah melakukan jenayah alam sekitar,, brp byk pokok di hutan perlu ditebang semata utk hasilkan kertas bagi print artikel panjang berjelaaaaaa ttg whoareyussssssssssss ini?
Quote slyfynx 3-8-2022 08:26 PM
Sapekah makcik inneh?
Quote bankerpencen 3-8-2022 09:19 PM
Makcik mana pulak
Quote reporter_kalut 3-8-2022 09:22 PM
Ni acik the girls. Tak penah popular.. Tapi byk job kat stage show sb manager derang anak mat nawab.
Quote Nozot 9-8-2022 12:00 AM
September14 replied at 3-8-2022 08:07 PM
Haha setuju muka mcm pakai tabita

Kan..hahahahaha .lama tak dengar tabita

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.132112 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top