CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Hisap Sejak Umur 13 Tahun, 3 Kotak Sehari-Perokok Tegar Menyesal, Hilang Peti Suara, Hidap Kanser Tekak

2-8-2022 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 778| Komen: 17

Description: Kuala Lumpur: "Menjadi perokok tegar menyebabkan saya kehilangan nikmat yang amat mahal iaitu kehilangan peti suara dan keupayaan untuk bertutur seperti manusia biasa.
Kuala Lumpur: "Menjadi perokok tegar menyebabkan saya kehilangan nikmat yang amat mahal iaitu kehilangan peti suara dan keupayaan untuk bertutur seperti manusia biasa.


"Bertutur menggunakan alat khas yang dipanggil electrolarynx menyebabkan suara yang dikeluarkan seakan robot," luah bekas perokok tegar Shamsul Rizal Ramli.

Lelaki berusia 46 tahun ini pernah disahkan mengidap kanser tekak tahap tiga sehingga peti suaranya terpaksa dibuang.

Shamsul, Foto:Harian Metro

Menceritakan kisah dia bermula sebagai perokok tegar, Shamsul yang juga Presiden Persatuan Laryngectomee Malaysia berkata, dia mula kenal rokok seawal usia 13 tahun kerana pergaulan bersama rakan sebaya.

Katanya, lama kelamaan merokok mula dianggap kebiasaan sebaik tinggal di asrama dan universiti kerana di luar kawalan ibu bapa.

"Apabila mula bekerja, saya mula menjadi 'heavy smoker' dengan anggaran dua hingga tiga kotak sehari dengan perbelanjaan dikeluarkan kira-kira RM300 hingga RM400 sebulan.

"Keadaan ini hanya berkurangan apabila saya bertukar profesion sebagai seorang guru namun masih kekal dengan sekotak rokok sehari," katanya kepada Harian Metro.

Katanya, awal 2014 dia mula merasakan sesuatu yang tidak kena dengan suara yang menjadi semakin perlahan sehingga sukar untuk menjerit.

Beliau berkata, keadaan itu bertukar lebih serius menyebabkan suaranya bertukar menjadi serak namun ia dianggap perkara biasa kerana merokok.

"Pada pertengahan 2014 suara semakin teruk dan memutuskan untuk berjumpa dengan pakar di sebuah hospital swasta sebelum disahkan ketumbuhan pada bahagian dalam tekak.

"Pemeriksaan lanjut di sebuah hospital kerajaan menerusi pemeriksaan biopsi ternyata ketumbuhan di tekak adalah kanser peti suara tahap tiga," katanya.

Shamsul berkata, keputusan itu bukan sesuatu yang boleh diterima dengan mudah kerana beranggapan mereka yang merokok lebih kuat tidak berdepan masalah kesihatan sepertinya.

Katanya, kemuncak kepada kanser itu berlaku apabila dia diserang sesak nafas dan pemeriksaan lanjut mendapati ketumbuhan semakin membesar dan hampir menutup salur pernafasan.

"Doktor tiada pilihan lain kecuali melakukan pembedahan membuang keseluruhan peti suara.

"Akhirnya pada Oktober 2014 saya menjalani pembedahan membuang peti suara atau Total Laryngectomy dan alhamdulillah kanser berjaya dibuang.

"Kini saya baru selesai menjalani pembedahan memasang peti suara tiruan yang membolehkan saya bertutur lebih baik berbanding elektrolaryng yang mengeluarkan suara seakan robot," katanya.

Tambahnya, keputusan memperkenalkan akta baharu anti tembakau memang tepat supaya generasi akan datang tidak didedahkan dengan sebarang produk tembakau atau rokok elektronik.

Katanya, tiada istilah bertukar rokok tembakau kepada 'vape' dengan alasan mahu mengurangkan ketagihan merokok.

"Kesihatan adalah nikmat paling mahal yang perlu dijaga dengan baik kerana hanya kekesalan saja yang boleh diungkapkan sehingga keadaan menjadi kritikal," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 2-8-2022 12:13 PM
tanggunglah ko. rest in rip
Quote domestobot 2-8-2022 12:17 PM
rugged la ko bang, dapat merasa realiti hidup camtu. semoga berbaloi.
Quote Orix 2-8-2022 12:31 PM
3 kotak sehari ya robbi
Quote Decaffeinated 2-8-2022 12:33 PM
Ok la 3 kotak dari umur 13 tahun skrg dah 46.
Kalau aku start skrg just nice.
Quote shernazz 2-8-2022 01:18 PM
Salah sundiri..
Nak nasihat perokok lain pung tak guna..
Haha..sebab sama.sama.merokok juga kan...
Quote FOTHER-MUCKER 2-8-2022 01:38 PM
Kawan saya seorang Dr tidak pernah merokok pun pernah mengidap kanser tekak. Selepas buat operation tidak dibenarkan bercakap dalam masa 2 minggu ataupun tiga minggu tak silap saya. Sekarang sudah kembali normal.
Quote AshkieLa 2-8-2022 01:45 PM
mcm Val Kilmer laa "iceman' top gun tu laa kan..
hilang peti suara sbb kanser.
tapi dia ni tak tau la punca rokok jugak ke ape.
Quote salimrock 2-8-2022 05:15 PM
Orix replied at 2-8-2022 12:31 PM
3 kotak sehari ya robbi

mcm ada sedikit fiksyen je kt situ,


Quote syamzana 2-8-2022 05:40 PM
serupa naga dah 3boxes sehari tolak tido kejenya mmg merokok je la ye
xbau asap ke satu badan
Quote lattehazelnut 2-8-2022 05:44 PM
Edited by lattehazelnut at 2-8-2022 05:49 PM

Mampu pulak budak sekolah beli rokok 3 kotak sehari..
Biasalah dakyah nak ban rokok..
Ok.jpg
Quote kepompong 2-8-2022 05:45 PM
aik. ini adalah iklan ke
Quote I.K.A888990 2-8-2022 06:20 PM
tanggung la sendiri
Quote yoppoy 2-8-2022 10:36 PM
Dia hisap rokok lagi tak sekarang
Quote green~tea 2-8-2022 10:42 PM
First time dengar hisap rokok 3 kotak sehari..

My late dad & ex both chain smoker... diorang pun takat 2 kotak sehari jurrr
Quote Goodluckdontcry 2-8-2022 11:17 PM
Kata den utk ko mamat..walau kejam..tp hadap jela..

2 words..
PADAN MUKA..

Bak kata kumpulan band Indon, Kotak..

Mmg ko pantas dapatkan...
Quote Adrif 3-8-2022 12:19 AM
ayah I pun heavy smoker.

dalam 5 minit tu. boleh sedut 2-3 puntung rokok. lemas! dah la bau busuk.

bila dia start on lighter, kami satu family pakat angkat kaki. tak tahan asap

tengah duduk sembang2 kat meja makan pun, dia on lighter ja, terus angkat pinggan.

cucu main kat ruang tamu, dia datang duduk nak tengok je, on lighter, semua dukung anak masing2 masuk bilik.

mula2 dia kecik hati. lama2 dia paham orang tak suka rokok dia.
masalahnya heavy smoker ni, diorang punya hidung tak bau busuk asap rokok dia tu.
pastu, lidah tak rasa apa. aku buat air, dia bantai nya tuang gula bersudu-sudu nak rasa manis.
aku masak, dia bantai nye tabur garam macam baja pokok. masin ya amat, baru dia kata sedap ada rasa.

kalau rokok habis, bad mood.
serius aku benci dengan rokok, perokok, vaper semua ni

lagi2 sejak aku asma teruk. macam ikan atas darat nak sedut nafas tak leh
Quote ultra78 3-8-2022 12:52 AM
Kawan sebaya dengan saya pun sudah meninggal dunia. Di universiti dahulu dia heavy smoker. Tak rasa dia berhenti merokok bila dah kerja dan ada duit sendiri.

Lihat semua komen(17)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

16-8-2022 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.070213 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top