CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Noki K-Clique Teringin Nak Kahwin Dengan Wanita Berpurdah

3-8-2022 10:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3016| Komen: 25

Description: Mula dikenali sebagai rapper dan penyanyi kumpulan K-Clique, nama Noki kini kian menjadi sebutan dalam dunia lakonan. Selepas muncul dalam drama sulungnya, Oh My Hantaran yang ditayangkan di TV9 tahun ...
Mula dikenali sebagai rapper dan penyanyi kumpulan K-Clique, nama Noki kini kian menjadi sebutan dalam dunia lakonan. Selepas muncul dalam drama sulungnya, Oh My Hantaran yang ditayangkan di TV9 tahun lalu, ramai penerbit dan pengarah mula memberi kepercayaan terhadap bakat dimiliki.


Bagi Noki, 28, atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, dia bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah SWT dan berharap akan terus merendah diri walaupun namanya kian popular dan menjadi sebutan ramai.

Foto: IG

"Alhamdulillah, Allah bagi rezeki seadil-adilnya. Bukan untuk saya sahaja, tetapi untuk rakan lain dalam K-Clique. MK pun makin selesa dengan apa yang dia buat. Untuk saya, memang tak dijangka berada pada tahap sekarang sampai pernah menang Anugerah Juara Lagu (AJL) dan dapat bertanding di pentas berprestij itu sebanyak dua kali.


"Bagaimanapun, tak mustahil apa yang kita dapat sekarang bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik semula. Hidup ini umpama roda dan kita tak semestinya akan selalu di atas dan begitu juga sebaliknya.

"Apa pun yang dibuat sekarang, saya berharap terus merendah diri bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi untuk keluarga tersayang di Sabah," katanya.



Menurut Noki yang muncul menerusi lagu Gila bersama Kaka Azraff dan Loca B, dia bukan datang daripada keluarga yang senang.

"Saya nak senangkan keluarga. Saya menyasarkan nak belikan mereka rumah. Belum tercapai lagi, insya-Allah dalam perjalanan ke arah itu. Dalam keluarga, saya antara yang berkemampuan untuk membantu mereka walaupun saya anak bongsu.

"Saya tak kisah tinggal seorang diri di Kuala Lumpur, kerja keras dan susah macam mana sekalipun, tidak mengapa asalkan dapat beri kesenangan kepada keluarga. Kadang-kadang rasa 'sesak', tapi tak semua orang tahu. Mungkin itu sebab kenapa Tuhan pilih saya nak bantu keluarga dari hidup yang tak berapa senang. Allah nak saya bantu keluarga sebab saya diberi rezeki yang lebih dari masa ke masa," katanya.


Ditanya mengenai soal peribadi, Noki mengakui dirinya masih tidak mempunyai teman wanita.

Bagi Noki, bukan terlalu memilih atau belum terfikir untuk ke arah yang lebih serius dalam kehidupan iaitu perkahwinan, sebaliknya pada usia masih muda itu dia mahu menstabilkan kewangan sendiri sebelum berganjak ke fasa seterusnya.



"Keluarga di Sabah pun sudah bertanya bila nak kahwin apa semua. Tapi, saya bukan cakap tak nak kahwin. Saya tunggu nak stabilkan ekonomi diri dan pada masa sama tunggu jodoh sesuai.

"Sekarang ini teman wanita pun saya tiada. Kalau ada mesti orang dah nampak saya dengan siapa sekarang. Saya tak mahu tergesa-gesa dalam soal jodoh. Saya pun sedar yang diri pun tak betul sangat sekarang. Jadi, kita perbetulkan diri dahulu.

"Tapi, kalau tanya mengenai wanita idaman, saya dambakan seorang yang berpurdah. Kalau boleh yang tahu banyak mengenai agama, aurat apa dan tak perlu pun saya ajar. Namun, kalau saya nak 'demand' begitu dalam keadaan saya pun tak sempurna, saya kena sedar diri juga dan perlu terus memperbaiki diri menjadi orang yang lebih positif setiap masa," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 3-8-2022 10:46 AM
Muda lagi. Tengok muka cam suka stok2 sexy. Rupanya suka yg berpurdah ek...
Quote olezzeli17 3-8-2022 10:50 AM
Nasib Lofa dh kawen.
Quote akuMNdia 3-8-2022 10:55 AM
naper nak yg berpurdah..?
berpudah tu bkn wajib pun.
Quote chinta89 3-8-2022 11:22 AM
berpurdah ni dh mcm satu anggapan "nk tutup kecantikan wajah" ala2 watak Aisha dalam filem Ayat2 Cinta

so dia ni nk cari yg cantik la ek? kalau dpt yg berpurdah tp x cantik ko nak tak?
Quote chinta89 3-8-2022 11:23 AM
nampak awal2 ye lepas tanggungjawab bab agama

"Tapi, kalau tanya mengenai wanita idaman, saya dambakan seorang yang berpurdah. Kalau boleh yang tahu banyak mengenai agama, aurat apa dan tak perlu pun saya ajar. Namun, kalau saya nak 'demand' begitu dalam keadaan saya pun tak sempurna, saya kena sedar diri juga dan perlu terus memperbaiki diri menjadi orang yang lebih positif setiap masa," katanya.
Quote lattehazelnut 3-8-2022 11:28 AM
akuMNdia replied at 3-8-2022 10:55 AM
naper nak yg berpurdah..?
berpudah tu bkn wajib pun.

Mak dia tudung labuh n family dia mcm alim2 gak la..
Tu yg bila dia bina badan n topless mcm oookkkk..
Quote akuMNdia 3-8-2022 11:35 AM
lattehazelnut replied at 3-8-2022 11:28 AM
Mak dia tudung labuh n family dia mcm alim2 gak la..
Tu yg bila dia bina badan n topless mcm oookk ...

kalau tu alasan dia nak yg berpurdah jgn plak dah dapat nnti timbul citer berskandal dgn pempuan seksi plak.

Quote SherryZass 3-8-2022 11:59 AM
Nak calonkan jahlop, tapi dia dah kahwin Bolehlah tu nokss, asalkan bukan kau yg berpurdah
Quote princessmiang 3-8-2022 12:03 PM
Ok ptg ni incess shopping purdah kat mydin
Quote hyie 3-8-2022 12:10 PM
princessmiang replied at 3-8-2022 12:03 PM
Ok ptg ni incess shopping purdah kat mydin

good luck sistah! Dah boleh start berangan cium ketiak si noki puas2 yach
Quote Mary_jane 3-8-2022 12:17 PM
Ada ler tu nanti calon nya, kan ke ramai pompuan berdenyut dengan cendawan enoki, eh dengan noki ni.
Quote reporter_kalut 3-8-2022 01:07 PM
Pompuan skrg harap je berpurdah tapi zero. Kaki kencing, kaki putar alam, kuat mengumpat, kuat fitnah. Purdah tak menjamin bahagia bhai.. Dusta semata..
Quote Minami2013 3-8-2022 01:16 PM
Dah kenapa

Quote Lavender_Violet 3-8-2022 03:02 PM
Muda lagi bro...
Tengah popular ni cari duit bnyk2 dulu....kata nak senangkan family kan
Ppuan ni bila ko bnyk duit lagi mudah ko nak pilih
So tak payah nak gelabah teks sangat nak kahwin tu
Quote ReginaGeorge 3-8-2022 03:05 PM
Macamana nak eja fettish? Fetish ke fettish?
Quote prizadane 3-8-2022 03:07 PM
lain macam fetish dia ni.. hadoi! nasib baik jahlop dah kahwin. kalau tak, confirm jah geletis kat dia ni
Quote lasagna 3-8-2022 03:32 PM
lattehazelnut replied at 3-8-2022 11:28 AM
Mak dia tudung labuh n family dia mcm alim2 gak la..
Tu yg bila dia bina badan n topless mcm oookk ...

ohh ptt ler statement cenggitu..
Quote makadek 3-8-2022 03:53 PM
Lemas makan pn asyik terselak selak
Quote rosedemon 3-8-2022 06:02 PM
napelah kenan yg berselubung2 ni. ee kowserrrr

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.286618 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top