Oleh : LTS
Nilai ringgit Malaysia jatuh lagi dan kali ini menyusut ke paras terendah dalam tempoh 17 tahun berikutan kebanyakan mata wang negara Asia menyusut dengan harga komoditi rendah semalam. Ringgit susut 0.1 peratus kepada 3.8140 setiap dolar, paling lemah sejak September 1998. Selain itu, nilai mata wang baht Thailand turut mencatatkan penyusutan manakala dolar Singapura menunjukkan peningkatan. Memetik laporan daripada Mstar, penyusutan itu didorong harga komoditi yang lemah ditambah pula kepada kebimbangan terhadap eksport lembap Malaysia. Berdasarkan laporan Bernama, memandangkan kejatuhan harga minyak dan komoditi dan prospek kenaikan kadar faedah AS lewat tahun ini, bukan satu yang mengejutkan melihat penurunan nilai ringgit.
Menurut Dr. Shane Oliver, Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Pakar Ekonomi di AMP Capital Investors, ini merupakan perkara yang baik kerana ia akan meningkatkan daya saing antarabangsa Malaysia. "Termasuk membantu mengurangkan import dan meningkatkan kuantiti eksport yang sekali gus membantu mengimbangi penurunan pendapatan berkaitan komoditi." Tambah Oliver, mengenai penurunan ringgit, ia sukar untuk melihat lantunan semual yang berterusan sehingga harga komditi kembali meningkat dan ia mungkin mengambil masa beberapa tahun. Pada masa yang sama, bank pusat dikesan di pasaran cuba untuk mengehadkan kerugian dalam mata wang Asia setakat ini. Data bank pusat pada 23 Julai menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia jatuh kepada $100.5 bilion pada 15 Julai daripada $105.5 bilion pada 30 Jun lalu. - CARI Infonet |
26
Bagus |
36
Marah |
40
Terkejut |
33
Sedih |
17
Lawak |
48
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT