sumber foto : http://uf.cari.com.my/ Pawagam Lotus Five Star Cinemas (LFS) mengambil langkah mempamerkan notis larangan penggunaan kerusi berkembar atau "couple seat" bagi pasangan bukan muhrim dan yang belum berkahwin. Pawagam yang terletak di Seri Iskandar itu mengeluarkan notis berkenaan atas arahan dari pihak pengurusan pawagam atas nasihat dari Majlis Daerah Perak Tengah dan telah mula berkuatkuasa sejak pawagam tersebut mula beroperasi dua tahun lalu. Menurut satu laporan dari laman Portal Perak News, pawagam tersebut adalah satu-satunya pawagan di kawasan tersebut dan pengunjungnya adalah mereka dari sekitar daerah Perak Tengah. Memandangkan Seri Iskandar menjadi kawasan tumpuan golongan generasi Y berikutan bandar itu menempatkan institusi pengajian tinggi, tidak hairanlah pawagam itu menjadi tempat untuk pelajar-pelajar mendapatkan hiburan. Pawagam LFS mempunyai 12 kerusi berkembar dan tujuh bilik pawagam. Rata-rata pasangan yang sudah berkahwin ketika ditemui berkata ia(notis larangan) adalah langkah yang terbaik bagi mengekang gejala sosial dari berleluasa dalam kalangan generasi muda. Lain pula bagi golongan belia, ramai dari mereka yang menyifatkan tindakan itu tidak wajar. "Bagi golongan belia, ramai yang berkata ianya tidak wajar dan pengunjung wajar diberikan kebebasan dalam menilai tingkah laku dan berfikir secara matang.", kata laporan terbabit. Mengulas perkara terbabit, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahukan operasi panggung wayang dikaji semula kerana ia merupakan satu bentuk maksiat yang merosakkan akidah. "Panggung wayang itu sendiri sudah maksiat, apakah lagi duduk di kerusi bersama itu menggalakkan orang untuk buat maksiat di dalam panggung. "Sepatutnya tidak perlu diberi lesen, mereka bukan hendak tengok wayang tetapi mahu beromen di dalam itu," katanya ketika dihubungi.
|
19
Bagus |
29
Marah |
10
Terkejut |
8
Sedih |
14
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ajinomotonosuga replied at 21-7-2015 01:50 PM
salah istilah muhrim tu laaa alien.. MAHRAM
muhrim tu oang pakai kat mekah tuh..ihram tuh
Maideen. replied at 21-7-2015 01:57 PM
Orang bukan Islam tak apa aji sebab depa bukannya jenis yang bila duduk sebelah sebelah terus nak ...
ADVERTISEMENT