CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mati Awal Kalau Hidup Bersendirian Lebih 7 Tahun

13-1-2022 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1541| Komen: 13

Satu kajian mendakwa lelaki yang hidup bersendirian selama lebih tujuh tahun berdepan risiko kematian awal.


Kajian itu malah mendapati perceraian memburukkan situasi dengan mengakibatkan masalah kesihatan dalam kalangan lelaki pertengahan umur.

Lapor Daily Mail, kajian itu mendedahkan lelaki dalam kategori berkenaan mempunyai tahap keradangan lebih tinggi dalam badan mereka.


Gambar hiasan

“Tindak balas biologi terhadap tekanan ini dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan seperti risiko kematian lebih awal, serangan jantung, strok, kanser dan demensia,” jelas laporan itu.


Kajian membabitkan seramai 4,835 individu berumur 48 hingga 62 tahun itu, antara lain meneliti perceraian, putus cinta dan tempoh hidup bersendirian antara 1986 dan 2011.

Lelaki yang mengalami putus cinta sebanyak dua kali atau lebih sepanjang tempoh itu didapati mempunyai tahap interleukin 6 dan protein C-reaktif iaitu 17 peratus lebih tinggi dalam darah mereka yang menunjukkan keradangan.

Ia amat berbeza dengan lelaki mempunyai hubungan perkahwinan yang stabil.

Bagaimanapun, tiada peningkatan dalam tahap keradangan bagi golongan wanita yang mengalami pelbagai keretakan hubungan mahupun hidup bersendirian untuk tempoh masa lama.

“Bukti menunjukkan lelaki lebih bergantung kepada wanita berbanding sebaliknya. Jadi, dalam situasi ini, golongan lelaki lebih terdedah jika kehilangan mereka,” kata pengarang kanan kajian dari Universiti Copenhagen, profesor Rikke Lund.

Hasil kajian itu disiarkan dalam Journal of Epidemiology and Community Health.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 13-1-2022 04:24 PM
Sebab itulah Eb ambil nasihat inih...

Tak nak mati awei.
Quote jas7512 14-1-2022 01:17 AM
Yalah kot....lelaki mmg bergantung hrp kat bini.....arwah father i mmg arwah mak i yg uruskan mkn pki dia....berhidang...bergosok etc...mujur x tlg ptg kuku je....tugas my father klu kat rumah...gembur dan jirus tanam2an...angkat baju ...lps mak meninggal ada kami cdg my father utk kahwin baru..   sbb dia dah biasa ada org jaga dan tmn berbual...tapi..my late father x remarried after my mum meninggal..after 7 years dia pulak pass away..al  fatihah
Quote Dwdrum 14-1-2022 09:59 AM
jas7512 replied at 13-1-2022 09:17 AM
Yalah kot....lelaki mmg bergantung hrp kat bini.....arwah father i mmg arwah mak i yg uruskan mkn pk ...

Takziah... Arwah ur daddy sama case seperti my uncle... Dia ikut my aunty selepas 25 days meninggal...
Quote tumpanglalu74 14-1-2022 01:01 PM
Pendekar-Bujang-Lapok.jpg
Quote kakikuDibibirmu 14-1-2022 01:15 PM
@Jitu tersenyum sinis
Quote tumpanglalu74 14-1-2022 01:25 PM
kakikuDibibirmu replied at 14-1-2022 01:15 PM
@Jitu tersenyum sinis

Lama tak nampak Kak Kaki..
Quote jas7512 14-1-2022 01:28 PM
Dwdrum replied at 14-1-2022 09:59 AM
Takziah... Arwah ur daddy sama case seperti my uncle... Dia ikut my aunty selepas 25 days meningga ...

Takziah juga utk u....some lelaki mmg rindu kat bini sampai ke mati kan....baru2 my mother passed away....my father said to us...kami masak x sama mcm arwah mum...huhu
Quote batmana 14-1-2022 01:42 PM
tgk kt kg2 aja senang..
ramai je janda2 kematian suami..smpai ada persatuan ibu tunggal bagai

lelaki? ada ke pertubuhan bapa tunggal?...

sbb mmg normal lelaki cepat mati, penyakit byk, slalu eksiden, blum  cmpur kes kobid lagi..mcm2 la sbbnya.
Quote tumpanglalu74 14-1-2022 03:31 PM
Pok3..  Bujang lapok.
Quote Bedah.Cun 14-1-2022 04:34 PM
Ifan janda tue mesti mengalami keradangan jugak. Menengoknya meroyan pasal janda sepanjang masa
Quote Jitu 14-1-2022 08:21 PM

1.jpg
Quote zjen 14-1-2022 10:28 PM
jantan tak dtg bulan ...  so tak byk buang kotor dlm badan
Quote Vellfire 14-1-2022 10:33 PM
iyer ke..
jiran aku dah lama bujang tua
sihat lagi leh broommm sana broommm sini
hmm tak padan  dgn umur masih bawak motor ala2 mcm awiee

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.064853 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top