Description: Tular di TikTok sebuah video memaparkan seorang lelaki yang wajahnya seiras Datuk AC Mizal ligat menari mengiringi persembahan nyanyian Ayu Damit.
Tular di TikTok sebuah video memaparkan seorang lelaki yang wajahnya seiras Datuk AC Mizal ligat menari mengiringi persembahan nyanyian Ayu Damit.
Rakaman itu menghiburkan warga maya dan mereka mulai berjenaka selebriti yang sinonim dengan watak Inspektor Mazlan itu sebenarnya sedang menjalankan operasi penyamaran.
Terpanggil menjawab komen nakal warga maya mengenai video itu, Ac berseloroh mengatakan dirinya 'kantoi' melakukan kerja sampingan.
"Ini bukan saya. Lentik saya lain. Saya tak cukur ketiak," tulisnya.
Warga maya turut tertanya-tanya dan mulai mencari media sosial penari berkenaan kerana ingin melihat dengan jelas sejauh mana keseirasan lelaki berkenaan dengan AC.
Sementara itu, AC dan anaknya Reeve Damien berada di konti radio Hot FM bagi mempromosikan lagu Mine kolaborasi ayah dan anak.
Di Instagram stesen radio itu, sebuah video dimuat naik memaparkan tiga penyampai radio, Damien dan AC menari mengikut rentak lagu.

[ig]https://www.instagram.com/tv/CYoctEQFeyu[/ig]