CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Denda RM10,000 Jual Walkie-Talkie

13-1-2022 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1267| Komen: 11

Description: Gara-gara menjual sembilan buah walkie-talkie, seorang peniaga diperintahkan membayar denda RM10,000 selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Gara-gara menjual sembilan buah walkie-talkie, seorang peniaga diperintahkan membayar denda RM10,000 selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.


Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Seng Hok Siong, 43, yang membuat pengakuan itu sebaik sahaja dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.


Hok Siong (berbaju biru) diperintahkan membayar denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah menjual kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui oleh Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 iaitu sembilan buah walkie-talkie jenama Baofeng pelbagai model.


Tindakan itu dilakukan tertuduh pada 4 Julai 2020 dan 5 Mei 2021 di Plaza Melaka Sentral dalam daerah Melaka Tengah.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Peraturan 16(1)(b) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 dibaca bersama Peraturan 16(3) Peraturan-peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Peraturan 37 Peraturan-peraturan sama.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya sekali. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 13-1-2022 02:57 PM
Nape takleh jual walkie talkie? Confused den
Quote sharlenetexas 13-1-2022 03:00 PM
swimswim replied at 13-1-2022 02:57 PM
Nape takleh jual walkie talkie? Confused den

Kena ada lesen ke?

Baofeng ni china mari ke? Dulu2 kat mana2 semuanya motorola.

Quote mikasa 13-1-2022 03:11 PM
Umah aku pun pakai jenama ni. Yang paling miraj beli kat shoppe. Harap seller tak kantoi.

Bukan boleh acces pun channel polis atau yg lenting2 kalau setakat pakai walkie talkie murah
Quote Dovahkiin 13-1-2022 03:14 PM
Baofeng ni kira mcm walkie talkie mainan je. Bukan kuat sgt pun range. Aku guna kalau aku duduk atas, bini dok bawah. Kalau dia nak apa2, dia walkie talkie je.
Quote rikiruj 13-1-2022 04:07 PM
Agaknya pasal walkie talkie china tu pakai frekuensi spectrum yg tak dibenarkan utk kegunaan walkie talkie di malaysia.  Lain negara lain standard kegunaaan frekuensi spektrum walaupun selalunya sama.
Quote sambaldurian 13-1-2022 08:16 PM
Teringat pulak citer ak baca, psl pemandu pelancong Msia yg bwk rombongan g Hatyai kena tahan psl walkie talkie. Buat naya je.
Quote TOPwind 13-1-2022 08:43 PM
sambaldurian replied at 13-1-2022 08:16 PM
Teringat pulak citer ak baca, psl pemandu pelancong Msia yg bwk rombongan g Hatyai kena tahan psl wa ...

thailen tak bele oi toki toki ohh
Quote raxief 13-1-2022 08:51 PM
aku ada gak sebijik baofeng ni.. lama dh x on, memekak je geng2 taman ni berborak style org tua.. xleh masuklah aku
Quote Decaffeinated 13-1-2022 09:04 PM
Malaysia darul tak boleh

apa pun tak boleh. di sini haram di sana haram

Quote nuryakmal 13-1-2022 09:05 PM
Walkie talkie mmg kena ada lesen except ada 1 jenis yg tak perlu. Tak ingat apa. Sbb kalau yg hi end punya boleh dengar authority punya frequency and thus mengancam keselamtan negara. That why ada negara mmg haramkan penggunaan walkie talkie by public without license.

Malaysia kena denda 50k rasanya
Quote Radzor 13-1-2022 09:59 PM
Jenis FRS boleh la, yg jenis channel dah preset tu pilih channel 1 sampai 16 ke..
Yg tak boleh yg radio amatur tu. Boleh taip frequency mcm button hp nokia 3310 tu. Kena ada lesen.
Tp agaknya klu seller mesti kne ada lesen skmm utk jual apa2 wakitoki pun.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.049319 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top