CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Not Even In My Dream - Reaksi Mahadi Ditanya Macam Mana Naik Kereta Dengan Heliza

12-1-2022 01:17 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 20393| Komen: 99|Original author: LilRose

Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, 38, mendedahkan pernah patah hati apabila dimaklumkan keluarga hasratnya memperisterikan Heliza Helmi mungkin terkubur.

Katanya, ketika bertemua ibu bapa Heliza di sebuah restoran, dia dimaklumkan bahawa penyanyi dan aktivis kemanusiaan itu tidak bersetuju menerima lamarannya.

“Saya bukan nak main-mainkan dia, saya nak halalkan hubungan, jadi saya beranikan diri lamar dia.


Kredit foto: IG

“Apabila saya approach, dia tak bagi keputusan secara on the spot. Beberapa hari selepas itu ibu bapa dia datang jumpa.


“Mereka kata Heliza tak setuju. Waktu tu saya macam... oh yer ke? Orang dah tak nak, takkan saya nak terhegeh-hegeh,” katanya ketika ditemui mStar baru-baru ini.

Bagaimanapun, Mahadi dapat menarik nafas lega selepas mengetahui sudah terkena prank.

"Mereka nak tengok saya punya reaksi macam mana, ikhlas atau main-main. 

"Masa tu saya sedih juga, tergamam. Tapi nasib baik hanya main-main dan Heliza sebenarnya memang nak (kahwin). Alhamdulillah,” katanya.


Kredit foto: IG

Bukan sahaja tidak melalui fasa bercinta sebelum berkahwin, malah mereka tidak pernah keluar dating berdua!

“Kawan saya juga ada bertanya macam mana saya keluar dengan dia berdua dalam kereta.

“Jawapannya, not even in my dream sebab memang kami tak pernah keluar berdua naik satu kereta... memang tak sebab dia sangat menjaga (pergaulan), kami tak pernah keluar dating,” katanya.

Lepas ni Datuk Seri boleh dating puas-puas dengan Datin Seri ya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote talitamplom 12-1-2022 01:39 AM
Cringenya lahaiiii lepas nikoh ni. Skala nguapan level infiniti. Lepas ni apa pulak. Reaksi Mahadi Ditanya Macam Mana Sekatil.. Serumah.. Sekerusi.. Sebantal.. Sebilik Air.. Sedapur.. Sestor.. Segaraj.. Seyard Dengan Heliza pulak ke. Mampuihhhh macam ni satu Msia kena tau
Quote anony-mous 12-1-2022 02:04 AM
Boring yach!!! Untung sapa dpt heliza, lawa , kulit bersih, kurus, perangai pon herlok. Tp hat laki ni mcm red flag di mata iols
Quote nakkomenjugak 12-1-2022 02:05 AM
Hmm yang kaya2 jenis shady ni memang kuat rebonding
apak lemak, laki acik lijah
hmmm
Quote che-cikL 12-1-2022 02:23 AM
Lepas ni ada thread mengenai makhluk yg sama atas topik masak sarapan apa, makanan apa pulak.
Quote dudaberhias 12-1-2022 03:03 AM
kapel penonggeng no. 2 paling kepam seantero malaysia selepas sohai... 1 anak tangga je membezakan...
Quote oggy 12-1-2022 03:15 AM
So kita nak kena mengadap cerita dua orang ni sampai hujung tahun ke
Quote jejaka_hensem 12-1-2022 04:44 AM
Kata couple terislamik,tapi apesal pulak keluarga perempuan yg dtg jumpa dia?
Quote kiah_mai_pulak 12-1-2022 06:28 AM
simpan je lah cerita tu utk ank bini ko je,, geliii yakmattttt tahu nk semua org tahu.. lainlah kau tu patah amin ke prince mateen ke.,, yihhhhh
Quote SANKURIANG 12-1-2022 06:56 AM
Esok keluar lak citer....Heli masak sambal sardin, paling sedap pernah saya makan. Pastu lusa kuar lak citer, Madi nak mandi, Heli la tolong mandikan.
Ingat senang ke nak kawen? Millionaire...dia dok tayang2...nanti jgn terkejut..ada yg try menyondol lak....udah2 le reporter pun...sibuk tanya kat kapel religion rider ni....
Quote kitmal 12-1-2022 07:04 AM
Tak habis lagi ke...bukan dulu katanya malu malu ..tak nak heboh>>>..sekarang ni semua jadi bahan
Quote iluma 12-1-2022 07:28 AM
mmg setiap hari kena ada topik ke pasal diorg ni
bukak FB sama
timeline iG sama
bak kata akak aku meloya da
Heliza tu mcm gedik
Quote MatDeghem 12-1-2022 07:31 AM
dudaberhias replied at 12-1-2022 03:03 AM
kapel penonggeng no. 2 paling kepam seantero malaysia selepas sohai... 1 anak tangga je membezakan.. ...

Nombol tiga siapaa eh? Tanya je
Quote my_irina 12-1-2022 07:48 AM
oggy replied at 12-1-2022 03:15 AM
So kita nak kena mengadap cerita dua orang ni sampai hujung tahun ke

sampai misi naik  5 kilo tercapai kot??
rata fyp tiktok kuar misi naik 5 kilo makan sana sini
balik2 makanan mamak...balik2 arab...

Quote Bunga88 12-1-2022 07:52 AM
Cane org camni leh beli matching2 tau saiz sume? Xkan sekelip mata je melainkan dah plan lama..
Quote yoshimitsu 12-1-2022 08:11 AM
x suka tgk mata heols...xtau nape...mayb sbb celak kot
Quote bulalof 12-1-2022 08:16 AM
depa je yg rasa nikmat kawin dlm dunia ni gamaknya....
Quote incess.my 12-1-2022 08:17 AM
Halah halah....
Quote rain2169 12-1-2022 08:24 AM
ye laaa... semoga berbahagia...
doa saya untuk awak, heliza and suami..
Quote Mooverine 12-1-2022 08:26 AM
Bagi chance sampai hujung minggu ni la, baca pasal mereka 2 ni.
anggap ja hadiah wedding...
kalau next week ada lagi berita-berita sampah.. memang saya kutuk hahahha

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.058627 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top