CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyanyi Diserang Strok Lepas Buat Regangan Leher

12-1-2022 12:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2051| Komen: 14

Seorang penyanyi wanita di Britain mengalami strok selepas meregangkan lehernya, lapor akhbar Daily Star.

Helen Ferrell, 32, mengalami ‘sakit yang amat teruk’ di belakang kepala selepas menggerakkan kepalanya dari satu sisi ke sisi lain, lapor laman berita Manchester Evening News.


Kredit foto: Wales Online

Tanpa memikirkan apa-apa, Ferrell tidur seketika dan didapati hilang keupayaan untuk bercakap atau berjalan setelah dia sedar.

Penyanyi professional wanita itu ternyata diserang angin ahmar selepas pembuluh darahnya terkoyak.  


“Saya rasa diserang strok selepas dikejutkan pasangan saya sehari selepas melakukan regangan. Sebaik sahaja bangun, saya mula rasa sakit di telinga, mengeluarkan bunyi yang kuat seperti berdengung. 

“Doktor beritahu saya mengalami strok selepas pembuluh darah utama terkoyak ketika meregangkan leher. Ketika berada di wad, saya cuba menyanyi dan sedar tidak mampu mengawal pita suara," jelas Ferrell. 


Kredit foto: Wales Online

Aktiviti regangan yang dilakukan telah disyorkan oleh pakar kiropraktiknya selepas dia mengalami ketidakselesaan pada bahagian leher sebelum ini. 

Ferrell dikejarkan ke unit kecemasan setelah tersedar dari tidur dan lengan kanannya bergoyang tanpa kawalan dengan ‘sakit teruk selama kira-kira tiga jam’.

Ferrell menjalani terapi dan kini boleh berjalan semula. Rawatan dijalankan memakan perbelanjaan sebanyak £7,000 (RM39,913)..

Bagaimanapun, penyanyi itu tidak tahu bila dia boleh bernyanyi semula. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 12-1-2022 03:05 AM
Kiropraktor dia buat apa? Tarik leher ka?
Quote Shazid 12-1-2022 07:11 AM
Kesiannya...serem jgk lps ni nk buat regangan leher
Quote venom1 12-1-2022 07:24 AM
selalu kat kedai gunting rambut diaorang akan regangkan leher kita ke kiri dan ke kanan sampai berbunyi
Quote noell 12-1-2022 08:16 AM
venom1 replied at 12-1-2022 07:24 AM
selalu kat kedai gunting rambut diaorang akan regangkan leher kita ke kiri dan ke kanan sampai berbu ...

aku haramkan anney2 tuh pegang leher aku nak urut ka renggang scary wehhh
Quote prettyuglybabe 12-1-2022 10:02 AM
takutnya.. dah la i sakit tengkuk ni..
nak kata salah bantal, seminggu dah sakit..
makan ubat pun tak jalan..
Quote gam_gajah 12-1-2022 11:52 AM
prettyuglybabe replied at 12-1-2022 10:02 AM
takutnya.. dah la i sakit tengkuk ni..
nak kata salah bantal, seminggu dah sakit..
makan ubat pun ta ...

Pegi la jumpa doc, buat mri. Takut kena slipped disc bahagian cervical
Quote Artemesiaa 12-1-2022 02:06 PM
venom1 replied at 12-1-2022 07:24 AM
selalu kat kedai gunting rambut diaorang akan regangkan leher kita ke kiri dan ke kanan sampai berbu ...

Bahaya buat macam tu boleh tergeliat jadinya
Quote Jitu 12-1-2022 02:31 PM
aduh seriau pulak rasa
Quote acikku 12-1-2022 02:52 PM
alamak...dahla mmg habit kruk2 kan leher kiri kanan
Quote acikhan 12-1-2022 02:57 PM
haku da la ari2 wat x Kira siang atau mlm pastu lega je biler krap kruk nie tau... pastu kerap sakit tengkuk x pun sakit belakang area bahu kiri kanan
Quote Skuau 12-1-2022 03:00 PM
taubat x nk buat lg....selalu buat pas bgn tido....
Quote acikhan 12-1-2022 03:03 PM
gam_gajah replied at 12-1-2022 11:52 AM
Pegi la jumpa doc, buat mri. Takut kena slipped disc bahagian cervical

terus haku google cervical nie sebijik haku Rasa tiap2 ari tau uuu...
Quote stingerkaypoh 12-1-2022 03:05 PM
Memang bahaya. Siap dpt gelaran Master pun ada. Silap2 tak kena gaya boleh ada masaalah saraf.
Quote gam_gajah 12-1-2022 04:23 PM
acikhan replied at 12-1-2022 03:03 PM
terus haku google cervical nie sebijik haku Rasa tiap2 ari tau uuu...

Toksah la pi urut ke chiro ke. Tgk kat ig drshahirpain, dia byk mengadap patient yg lps pegi chiro jadi lagi teruk. Uols pegi la jumpa doc ye, semoga ada penawar sakit uols tu.

Skrg byk option rawatan utk slipped disc ni, bukan operate je. Ada laser, rfa etc. Slipped disc pun dh jadi penyakit yg common, bebudak pun ada kena sebab byk main gadget, tu pun kena kat cervical jugak. Kat fb pun ada grup utk penyakit ni, blh la baca diorg share info kat situ

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.170276 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top