sumber foto : BERNAMA
Pusat pengajian pondok pertama di Wilayah Persekutuan yang dikenali sebagai Pondok Moden Al-'Abaqirah bakal ditubuhkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Dengan tujuan untuk melahirkan generasi agamawan yang mampu menguasai pelbagai bidang ilmu, pondok tersebut akan dibuka di Kampung Baru pada bulan Ogos depan.
Menurut Menteri Di jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, konsep pembelajaran pondok moden ini adalah berteraskan kitab-kitab turath dan disokong dengan pembelajaran akademik. "Walaupun MAIWP akan menanggung sepenuhnya kos pembelajaran termasuk penginapan dan makanan,"
"namun yuran pendaftaran sebanyak RM500 akan dikenakan sebagai simbol komitmen pelajar untuk mengikuti pengajian selama empat tahun di pondok itu nanti." Bagi pengambilan pelajar, calon mestilah seorang warganegara Malaysia, lulus dengan baik Pentaksiran Tingkatan 3 atau setaraf dengannya, serta mempunyai minat dalam mendalami ilmu Islam. Pihak MAIWP akan menyiarkan iklan bagi pengambilan pelajar sesi pertama itu di laman web rasmi MAIWP dan akhbar-akhbar tempatan dalam masa dua minggu daripada sekarang. - CARI Infonet |
9
Bagus |
5
Marah |
16
Terkejut |
19
Sedih |
7
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT