Lebih kurang 700 kambing biri-biri disusun dalam barisan bagi menghasilkan formasi berbentuk jarum suntikan di sebuah ladang di Schneverdingen, selatan Hamburg, Jerman.
Formasi itu merupakan antara usaha kerajaan Jerman untuk menggalakkan lebih banyak penduduk menerima suntikan vaksin Covid-19. Media tempatan melaporkan, kesemua haiwan itu disusun dalam barisan menggunakan umpan roti. Panjang formasi jarun suntikan itu mencecah 100 meter dan ia dihasilkan peladang dikenali sebagai Wiebke Schmidt-Kochan. Katanya, dia menghabiskan masa beberapa hari bagi melatih kambing biri-birinya untuk membentuk formasi tersebut. “Saya meletakkan kepingan roti atas garisan yang membentuk formasi jarum suntikan. “Kemudian, kesemua kambing biri-biri itu diletakkan mengikut garisan tersebut dan saya gembira kerana semuanya berjalan lancar,” katanya. Sehingga kini, jumlah penduduk Jerman yang sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19 adalah seramai 71.2 peratus. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT