CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jururawat Koma Hampir 2 Bulan Akibat Covid-19 Pulih Lepas Diberi Viagra

4-1-2022 07:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2341| Komen: 9

Wanita koma 45 hari di unit rawatan rapi (ICU) selepas dijangkiti Covid-19 pulih selepas diberikan Viagra, lapor Mirror.co.uk.


Monica Almeida, 37, yang juga seorang jururawat diberi pil perangsang itu seminggu selepas disahkan koma.


Kredit foto: Mirror

Menurutnya, Viagra membantu membuka saluran pernafasan dan membolehkannya bernafas.

Jururawat pakar pernafasan itu kini sedang pulih di rumah selepas dibenarkan meninggalkan hospital pada 25 Disember lalu. 

Ibu kepada dua anak itu berkata: “Sudah pasti Viagra membantu menyelamatkan saya. Dalam masa 48 jam, ia membuka saluran dalam  paru-paru. Ubat itu berfungsi mengembangkan saluran darah’’.

Wanita yang menerima dua suntikan vaksin itu dijangkiti Covid-19 awal November lalu. Suaminya, Artur dan dua anak lelakinya turut disahkan positif.

Kira-kira seminggu kemudian, dia dibawa ke Hospital Daerah Lincoln kerana kesukaran bernafas. Pasukan perubatan memasukkannya ke ICU sebelum dia ditidurkan pada 16 November lalu.

Monica menandatangani dokumen yang mengatakan dia gembira berada dalam kajian untuk mencuba ubat eksperimen. Penggunaan Viagra menyebabkan keadaannya bertambah baik dan dia sedar pada 14 Disember lalu.

Monica, yang tinggal di Gainsborough, Lincs kini berazam untuk pulih sepenuhnya supaya boleh kembali bekerja.

Tambahnya, dia berhutang nyawa kepada kakitangan di Hospital Daerah Lincoln, tempat dia memulakan kerjaya kejururawatannya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 4-1-2022 07:31 AM
syukur la dah sembuh sis.. boleh jadi case study untuk rawatan covid, walaupun Viagra kekdahnya..
Quote jazaa100 4-1-2022 07:33 AM
Uwaaa ...viagra membuka saluran peenafasan.....semua saluran pun terbuka jugak ke....
Quote Simunggu 4-1-2022 08:19 AM
bagi DC
Quote zarulnazmi 4-1-2022 11:10 AM
jazaa100: Uwaaa ...viagra membuka saluran peenafasan.....semua saluran pun terbuka jugak ke....


Dia takde saluran tambahan untuk dibuka
Quote gigahertz 4-1-2022 01:24 PM
jazaa100 replied at 3-1-2022 11:33 PM
Uwaaa ...viagra membuka saluran peenafasan.....semua saluran pun terbuka jugak ke....

i rasa kan at future semua penyelesaian masalah perubatan mungkin macma ni .
jenis makan pil bukan utk dia.
Quote kakikuDibibirmu 4-1-2022 01:26 PM
Mesti bijik kelentit beliyau tegak keras berdiri
Quote Shazid 4-1-2022 01:42 PM
Rezeki die sembuh kot
Quote ninja9 4-1-2022 01:55 PM
Inilah yang dipanggil inovasi
Quote jazaa100 4-1-2022 03:40 PM
zarulnazmi replied at 4-1-2022 11:10 AM
Dia takde saluran tambahan untuk dibuka

Saluran bawah......

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.193554 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top