CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Doktor Dipenjara 10 Tahun Pakat Campak Rakan Dari Tingkat Empat Pangsapuri

4-1-2022 06:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2029| Komen: 9

Description: Mahkamah Jenayah di Thailand menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada seorang doktor dan rakan jenayahnya selepas didapati bersalah membunuh rakan karib mereka yang juga seorang doktor dengan menca ...
Mahkamah Jenayah di Thailand menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada seorang doktor dan rakan jenayahnya selepas didapati bersalah membunuh rakan karib mereka yang juga seorang doktor dengan mencampak mangsa dari sebuah pangsapuri empat tingkat di Lat Phrao di sini, 11 tahun lalu.


Portal Bangkok Post melaporkan mahkamah dalam penghakimannya, pada Khamis lalu mendapati Dr Pramote Manmuang dan Jitwimol Suksuwan bersalah atas tuduhan melakukan pakatan dalam pembunuhan darjah pertama.


Ibu mangsa (berbaju coklat) ketika hadir ke mahkamahKredit foto: js100.com

Dr Pramote adalah defendan pertama dan Jitwimol, defendan kedua.


Mahkamah mendapati kedua-dua defendan mencampak Dr Sarut Thaweerujjana, 28, pakar patologi di Hospital Memorial Raja Chulalongkorn dari tingkat empat sebuah bangunan di Lat Phrao, daerah Bang Kapi, pada 18 April 2010.

Mangsa yang terkena terkena permukaan konkrit meninggal dunia di tempat kejadian.

Mahkamah berkata, saksi dan bukti forensik menunjukkan kedua-dua defendan bersalah membunuh dan seterusnya menolak dakwaan mangsa membunuh diri.

Mahkamah memutuskan motif pembunuhan membabitkan cinta tiga segi, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Hakim memerintahkan defendan untuk bersama-sama membayar pampasan lima juta baht (RM627,076) dengan tambahan 7.5 peratus faedah tahunan kepada ibu mangsa.

Ibu Sarut dan ahli keluarganya yang lain berada di mahkamah untuk mendengar penghakiman itu, lapor media Thailand.

Ibu mangsa ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia berpuas hati dengan keputusan itu dan percaya keadilan akhirnya ditegakkan.

Katanya, bukti menunjukkan anaknya tidak membunuh diri seperti yang didakwa, sebaliknya dibunuh.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 4-1-2022 07:18 AM
Mahkamah Jenayah di Thailand menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada seorang doktor dan rakan jenayahnya selepas didapati bersalah membunuh rakan karib mereka yang juga seorang doktor dengan mencampak mangsa dari sebuah pangsapuri empat tingkat di Lat Phrao di sini, 11 tahun lalu.


Wow. First degree murder pun 10 tahun je?

Quote jazaa100 4-1-2022 07:31 AM
Jahatnya.....

Pompuan telend ramai yg lawa lawa kau nk berebut yg sorang tu pun.....
Quote Simunggu 4-1-2022 08:20 AM
gila...bukan jahat...
Quote batmana 4-1-2022 03:06 PM
Doktor pn gila juge.
Quote Artemesiaa 4-1-2022 05:17 PM
Nekadnya melakukan tapi lupa akan hukuman yang menanti
Quote angelofish 4-1-2022 09:26 PM
dia orang rebut perempuan ke rebut lelaki
Quote sukacactus 4-1-2022 09:35 PM
Bodoh la rebut2 ni
Ramai lg kat luar tu, buka la mata skit
Quote I.K.A888990 4-1-2022 11:02 PM
doktor pn bodoh
bagus la kau masuk dlm tu
Quote sharlenetexas 4-1-2022 11:04 PM
Berebut gf ke bf?


Lihat semua komen(9)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-12-2022 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.074647 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top