CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek Maut Dirempuh Penghantar Makanan Ketika Pulang Dari Surau

10-12-2021 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2503| Komen: 9

Wanita warga emas maut dirempuh sebuah motosikal ditunggang seorang penghantar makanan ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menunaikan solat isyak di Jalan Selising-Kok Lanas, semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 malam itu, mangsa, Fatimah Che Kub, 73, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.


Motosikal penghantar makanan yang merempuh seorang wanita warga emas semasa melintas jalan di Jalan Selising- Kok Lanas, Kota Bharu semalam. FOTO IHSAN PDRM

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai memakai telekung solat dan berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya.


Menurutnya, mangsa dipercayai baru selesai menunaikan solat isyak di sebuah surau di Kampung Banggol Chica di sini.

“Semasa sedang berjalan kaki dan melintas jalan, sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang penghantar makanan berusia 23 tahun dari arah Selising ke Kok Lanas dipercayai gagal mengawal motosikalnya.

“Akibat jarak yang terlalu dekat, motosikal itu merempuh mangsa yang ketika itu sedang melintas dari kiri ke kanan jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Abdul Rahim, insiden itu menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami pendarahan yang teruk pada bahagian kepala. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 10-12-2021 07:34 PM
gaya macam arwah main lintas je ni…  Allahu…
Quote mikasa 10-12-2021 07:37 PM
Kemungkinan motor pun laju. Biasa org tua kalau nak seberang jalan .diorg akan jalan perlahan. Bukak laju mcm budak sekolah.
Quote makneng 11-12-2021 08:22 AM
Innalillahiwainnailaihiraji'un
Quote 3chanceno 11-12-2021 08:46 AM
Innallilah..semuga 1 pelajaran untuk budak penghantaran makanan yg suka pecut tak tentu hala
Quote Suchi 11-12-2021 09:00 AM
Budak penghantar makanan suka langgar lampu merah.
Kita plak berdebar takut gedebummmm sekali dia kena tapi tak kena2 juga la lagi
Quote tikusmontok 11-12-2021 09:06 AM
Innalillah. Simpati kedua2nya
Quote jas7512 11-12-2021 09:07 AM
Kdg2 pelanggan nak cepat mana x bawa laju rider tu..jd pelanggan especially klu tunggu kat umah tu..pesanlah kat rider..biar lewat sikit asalkan selamat....utk nenek..moga syurga buatmu
Quote nononcrux 13-12-2021 11:53 AM
baru dapat solat kat masjid.. Innalillahiwainnalillahirojiun
Quote eely_shana 13-12-2021 08:08 PM
Kesiannya kat dua2 ni

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.072335 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top