Guru besar dan sembilan guru sekolah kerajaan ditahan selepas disyaki merogol empat murid di daerah Alwar, lapor India Today.
Perbuatan keji mereka terbongkar selepas bapa kepada salah seorang mangsa rogol mendapati anaknya takut ke sekolah. Mangsa mengadu dia menjadi mangsa rogol berkumpulan oleh guru besar dan tiga guru lain lebih setahun lalu. Mangsa juga mendakwa dua guru wanita bersubahat dengan suspek dan merakam perbuatan mereka dalam telefon bimbit. Pegawai Balai Polis Mandhana, Mukes Yadav berkata, polis memfailkan tiga kertas siasatan berbeza dalam insiden rogol membabitkan murid sekolah itu dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut.
Semasa penyiasatan, tiga lagi murid sekolah yang menuntut di kelas 6, 4 dan tiga tampil dan mengaku mereka juga menjadi mangsa rogol berkumpulan oleh suspek sama. Kesemua mengsa mengadu mereka diugut bunuh jika menceritakan insiden itu kepada orang lain. Ekoran insiden itu, empat mangsa memfailkan laporan polis terhadap guru besar dan sembilan guru sekolah mereka. Salah seorang mangsa juga memaklumkan kepada polis mereka juga telah memanjangkan insiden rogol yang menimpa dirinya kepada guru wanita di sekolah berkenaan, namun guru itu menawarkan pembayaran yuran sekolah dan buku teks untuk mangsa secara percuma sebagai dorongan kepadanya tidak membocorkannya kepada pihak luar. Lebih menyedihkan apabila guru wanita yang sepatutnya bersuara dan melindungi mangsa memujuk supaya merahsiakan perkara itu. Seorang lagi mangsa juga mengadu salah seorang guru wanita di sekolah berkenaan membawanya ke rumah tiga guru terbabit beberapa kali. “Kesemua guru dan guru besar terbabit berada di bawah pengaruh alkohol di rumah tersebut sebelum menanggalkan pakaian mangsa dan mencabul serta merogol saya berulang kali,” keluhnya. Sementara itu, bapa kepada salah seorang mangsa berkata, apabila dia bergegas ke sekolah dan menyoal kepada guru besar mengenai insiden berkenaan, suspek mengugutnya dengan mendakwa abang dia merupakan seorang menteri yang berpengaruh. “Dia memberitahu jika saya membuat laporan polis mengenai insiden rogol membabitkan anak, dia akan membunuh saya,” dakwanya. Sebagai menafikan dakwaan itu, guru besar itu berkata dirinya tidak mempunyai pengetahuan dan maklumat mengenai sebarang insiden rogol seperti didakwa bapa mangsa. Sumber: MalaysiaGazette
|
syaz_lina replied at 9-12-2021 05:59 PM
Tu la minum mcm anjing sampai hilang akal lg, bdk sekolah pun ko rogol. Kerat je la tote tu
ifanonline replied at 10-12-2021 10:55 AM
negara keling ni ramai betul perogol...harap wanita2 malaysia tidak melancong ke india
ADVERTISEMENT