Penampilan pelakon jelita Anzalna Nasir ketika menghadiri majlis Mercedes Benz Fashion Week Kuala Lumpur 2021, membuatkan orang ramai terutama peminat teruja dan gembira.
Jika sebelum ini orang ramai melihat Anzalna mula perlahan-lahan berhijab di media sosial sahaja, kini pelakon cantik itu mula memberanikan diri berhijab ketika menghadiri majlis. Menurut Anzalna, ini merupakan pertama kali dirinya mengenakan hijab untuk ke sesuatu majlis, malah ibu kepada seorang cahaya mata itu juga mengatakan dirinya sangat gemuruh tatkala menghadiri pertunjukan fesyen dengan menyarung busana sopan hasil rekaan pereka fesyen terkenal Khoon Hooi, dan mengenakan hijab dari Loveta. Penampilan anggun Anzalna bukan sahaja mendapat pujian peminat, malah Khoon Hooi sendiri teruja melihat pelakon tersebut cantik berhijab. Dalam perkongsian Anzalna di Insta Stories, pelakon ini sebenarnya menerima puluhan tudung daripada penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah. Anzalna mengambil kesempatan itu untuk melahirkan sokongan terhadap produk Loveta kerana tudungnya sangat mudah untuk dipakai dan fabriknya juga berkualiti tinggi. Sumber: Murai
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|