CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lima Tahun Menduda, Along Cham Teringin Nak Kahwin

9-12-2021 09:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5142| Komen: 62

Description: Lima tahun jalani kehidupan sebagai seorang duda, pelawak Along Cham memberitahu pintu hatinya masih terbuka untuk mendirikan rumah tangga.
Lima tahun jalani kehidupan sebagai seorang duda, pelawak Along Cham memberitahu pintu hatinya masih terbuka untuk mendirikan rumah tangga.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 37, berkata, dia tidak pernah menetapkan tempoh masa untuk kembali membina rumah tangga, namun menyerahkan urusan itu kepada takdir.

Along berkata, tumpuannya kini hanya pada kerjaya dan juga anaknya, Ahmad Danial, 9, yang kini berada di Johor.


Foto: IG

"Buat masa ini saya fokus 100 peratus pada karier. Selepas selesai kerja, saya start kereta dan balik ke Johor untuk tengok anak.


"Tipulah kalau tak terbuka hati untuk menerima jodoh, cuma sekarang ni saya tengah nak betulkan track kerja dan diri sendiri.

"Saya bukan nak kata saya perlukan masa yang lama atau tidak. Jodoh itu rahsia Allah... kalau dah sampai jodohnya, esok lusa pun boleh kahwin," kata Along kepada mStar baru-baru ini.



Along pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi yang juga bekas bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Zila Seeron, 32, pada 23 Januari 2010.

Bagaimanapun, pasangan ini bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016 setelah isteri pelawak ini ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas tuduhan khalwat pada pada 13 Ogos 2016.



Dalam perkembangan kerjaya, Along berkata, dia menjadikan Shaheizy Sam sebagi contoh untuk memperbaiki mutu lakonannya dan menggunakan ilmu tersebut ketika melakonkan filem arahan Mawi yang berjudul Tiada Tajuk.

Dalam perkembangan lain, Along bersyukur Tiada Tajuk tersenarai antara 55 filem yang layak merebut trofi Filem Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang bakal berlangsung pada Jumaat ini.



"Filem ini sebenarnya bermula daripada Rock Sangkut dan kita besarkan plotnya menjadi filem.

"Semasa pembikinan filem ini kita dah target sekiranya ia tidak mendapat sambutan, sekurang-kurangknya dapat menjadi filem yang terbaik dengan mesej yang ingin disampaikan.

"Setelah beberapa tahun menjadi pelakon, memang ini yang saya impikan. Menang atau kalah itu semua belakang cerita, ini juga sudah dikira sebagai satu pencapaian bagi saya," ujarnya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epullipan 9-12-2021 09:49 AM
lama tak dengar cite along ni..dulu dia cerai bini die yang buat hal kan?
Quote mamajawie 9-12-2021 10:08 AM
epullipan replied at 9-12-2021 09:49 AM
lama tak dengar cite along ni..dulu dia cerai bini die yang buat hal kan?

haah..bini bleh lak wat video ngan pakwe dia sbab tu kantoi kena tangkap basah..muka pakwe pun gila hauk cam muka bouncer je..



Quote mamajawie 9-12-2021 10:12 AM
rajin betul bini along ni wat smule ngan pakwe hauk dia tu..ni kat dalam kereta plak..




kesian tengok along ni..

hujung2 tak kawen gak ex bini ngan jantan muka pecah jamban tu..
https://iluminasi.com/bm/2lt.html


Quote KirazMevsimi 9-12-2021 10:25 AM
manisss anak bujang nya. moga membesar dengan baik ye nak. moga bapaknya pun bertemu jodoh yg baik baik
Quote KirazMevsimi 9-12-2021 10:26 AM
mamajawie replied at 9-12-2021 10:12 AM
rajin betul bini along ni wat smule ngan pakwe hauk dia tu..ni kat dalam kereta plak..



hahahaha puas pulak baca ayat kaka
Quote BarbiePink 9-12-2021 10:45 AM
mamajawie replied at 9-12-2021 10:08 AM
haah..bini bleh lak wat video ngan pakwe dia sbab tu kantoi kena tangkap basah..muka pakwe pun gil ...

Rugi betul gozila neh ya
Lepaskan along neh
5thn dh menduda belum carik penganti
Sejenis setia dan syg dier delulu
Plus murah rezeki along neh
Msa deyols bersama dulu
Job non stop hidup senang sgt
tp syg buat hal lak bininya
Bodo betul bila bini buat hal
Pada laki yg baik
Padan muka sheols tak jadian gan jantan tuh
Quote mizruncing 9-12-2021 10:53 AM
ex wife dia kawen ke dgn pakwe nye ituuu. dah elok dgn along pegi cari lain plakkk terang2
Quote MistrezHermanaz 9-12-2021 10:58 AM
zila tu apa cerita sekrg..bodoh p ikut mamat muka pecah..along ni even masuk pertandingan lawak selalu kuar awal2, tp dia rajin,kwn2 pelawak pon ok je dgn dia
Quote asfaz 9-12-2021 11:00 AM
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/8/2016/07/178711/along-cham-beri-penjelasan-krisis-rumah-tangga

Sebelum kes khalwat, Zila ni macam nak salahkan along kan keretakan rumahtangga. Teruk jugak Along kena kecam masa tu. Tuptup tak lama tu Zil kena tangkap basah. Konon nak aibkan laki, lastnya aib dia sendiri habis terbukak

Screenshot_2021-12-09-10-58-16-22_e4424258c8b8649f6e67d283a50a2cbc.jpg

Quote jas7512 9-12-2021 11:01 AM
BarbiePink replied at 9-12-2021 10:45 AM
Rugi betul gozila neh ya
Lepaskan along neh
5thn dh menduda belum carik penganti

Ada sesetgh pompuan mmg suka vibe bad boy...apa pun moga along murah rezeki..dpt pengganti isteri
Quote mamajawie 9-12-2021 11:02 AM
BarbiePink replied at 9-12-2021 10:45 AM
Rugi betul gozila neh ya
Lepaskan along neh
5thn dh menduda belum carik penganti

tau takpe..tapi apapun kesian kat along sebenarnya sbab dia paling terkesan lagi2 tang job..sbab x silap iolllss kontrak dj radio dia x disambung sbab ada kena mengena dgan masalah dia ngan si ex minik sewel tu gak..jadi DJ sbenarnya masyuk pe siap dpat gaji bulan2 lagi..rasa ada penah orang spill tea dia dpat dapat rm12k msa jadi dj dlu...kalau iollss pun nak kalu cmtu

Quote cmf_PariS 9-12-2021 11:10 AM
nafsu kt kepala otak dia je masa tu
Quote asfaz 9-12-2021 11:15 AM
mamajawie replied at 9-12-2021 11:02 AM
tau takpe..tapi apapun kesian kat along sebenarnya sbab dia paling terkesan lagi2 tang job..sbab x ...

Pasal bini dia buat hal, dia yg kena. Syuk yg berkali2 buat hal masih lagi ada muncul kat tv.
Quote ezacbee 9-12-2021 11:22 AM
Bukan dulu dia kata ada awek. Yg rajin tolong dia ketip kuku. Mana hilang awek tu?
Quote NFBZCantik 9-12-2021 11:49 AM
moga bertemu pengganti yg lebih baik
Quote dudaberhias 9-12-2021 12:15 PM
harap2 dia berjumpa jodoh yang lebih baik... amin...

pilih yang lebih ayu dan cantik... bukan jenis rempit macam ex bini tu yang hujung hujung kelindan lori jua jadi pilihannya kalau dah rhoper pun rempit hanya satu rhoper je pilihan mereka, mat rempit, kelindan lori, pembancuh simen dan bangla macam jahlop...
Quote She-Ra 9-12-2021 12:29 PM
baru tau kisah penceraian dia
boleh tahan busuk jgk zila tu ekkk.. memalukan je

along ni bagus.. nampak disenangi semua org termasuk rakan2 pelawak
berlakon pun ok..  moga dimurahkan lg rezekinya dan bertemu jodoh yg lebih baik
Quote ketupatnasi 9-12-2021 12:34 PM
takpe dekk.. bagus cenggitu. muhasabah diri je kan. kadang kita tengok aib orang tersingkap tak semestinya kita ni baik nau nau. hanya karna belum waktunya lagi.

semoga dapat jodoh sekufu ya.
Quote orkidorkido 9-12-2021 01:29 PM
mamajawie replied at 9-12-2021 10:08 AM
haah..bini bleh lak wat video ngan pakwe dia sbab tu kantoi kena tangkap basah..muka pakwe pun gil ...

Dia ada skandal pastu tunjuk openly, tengah mabuk ke apa time ni? Gila betul la

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.226931 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top