Ramai kaum wanita yang gemar dalam melakukan aktiviti bercucuk tanam dengan menggunakan sebaik mungkin ruang yang ada di rumah.
Dalam memastikan pokok bunga dan sayuran tumbuh dengan subur, pastinya pelbagai tips yang akan dipelajari oleh mereka agar hasilnya menggembirakan. Menerusi perkongsian video oleh @kakria di laman aplikasi TikTok, dia berkongsi tips menggunakan serbuk perasa bagi menggantikan penggunaan baja agar tanaman menajdi subur dan berbunga lebat. Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial turut mengaplikasikan kaedah dan tips yang dikongsikan serta memberi maklum balas yang positif.
“Saya dah buat ikut tips dari awak, memang menjadi dan pokok mangga saya yang tidak pernah berbuah terus beri hasil yang lebat,” ujar @tieeyaa. “Jiran saya pun guna cara ini tanam pokok cili , memang lebat buah cili. Terbaik,” kata @Nana. “Terima kasih kongsi tips, jimat kos nak tanam pokok bunga, kalau guna baja di kedai agak mahal,” komen @julianaharun pula. Sumber: K! ONLINE
|
mamajawie replied at 9-12-2021 10:22 AM
sape penah buat?betul ke gemok sbab pakai MSG ni?kalu betul iollss nak try
jazaa100 replied at 10-12-2021 06:53 PM
Akak campur air beras dgn ajinomoto.....tak de lah letak aji semata mata.....ok je pokok kailan ak ...
mamajawie replied at 13-12-2021 09:57 AM
woah..bestnye..nk try la camni sbab tgan ni memang x reti nak menanam namam..tnam byam brazil pun ...
mamajawie replied at 13-12-2021 09:57 AM
woah..bestnye..nk try la camni sbab tgan ni memang x reti nak menanam namam..tnam byam brazil pun ...
jazaa100 replied at 13-12-2021 02:51 PM
Akk beli brand adabi....klu masak memang tak letak pun msg...tapi nk buat baja, rajin dok cari yg ...
ADVERTISEMENT