CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kalau Teruskan Jual Arak Di Kaunter, Saya Rakam Dan Lapor Polis'

7-12-2021 05:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8820| Komen: 177

Seorang bilal berkongsi mengenai tegurannya kepada seorang juruwang muslim yang ingin menguruskan transaksi penjualan arak di sebuah kedai serbaneka.

Melalui perkongsian Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Bangi, Bilal Jailani di laman Facebooknya semalam, kejadian berlaku ketika dia sedang beratur untuk membuat pembayaran sebelum menyedari kehadiran seorang warga asing yang menunggu giliran untuk membayar enam tin arak.



“Selesai membayar, saya bertanya kepada juruwang itu adakah dia menguruskan transaksi arak tersebut.

“Saya bagitahu dia, jika awak meneruskan transaksi itu, saya akan rakam dan membuat laporan polis. Di Selangor, jual arak adalah jenayah syariah,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya.


Tambah beliau, dia turut memaklumkan kepada warga asing itu bahawa juruwang yang bertugas tersebut tidak boleh meneruskan jualan ke atas barangan yang dibeli disebabkan dia beragama Islam.

“Kemudian seorang lagi pekerja datang dan memaklumkan kepada saya bahawa mereka juga tidak mahu menjual arak itu tetapi ia merupakan tugas kerja yang perlu diikuti,” katanya.



Selain itu, beliau memberitahu kepada mereka bahawa pihak majikan tidak boleh mengarahkan pekerja Islam melakukan sesuatu kerja yang bercanggah dengan undang-undang negara.

“Anda juga tidak boleh buat kerja yang melanggar undang-undang negara, walaupun ia tertulis dalam kontrak pekerjaan anda,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan perkara itu kepada pengurus kedai agar transaksi tidak dijalankan dan mereka akan melaporkan perkara ini kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya.


Kredit foto: FB

“Ini adalah kali keempat saya menegur juruwang muslim berkenaan jualan arak di kaunter pembayaran. Alhamdulillah, berjaya halang satu kemungkaran,” katanya. 


Sumber: K! ONLINE
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 7-12-2021 05:51 PM
Ini bukan Perlis lah bilal
Quote Samerosie 7-12-2021 06:34 PM
Edited by Samerosie at 7-12-2021 06:36 PM

Tapi kedai tu ada lesen jual arak di dalam selangor so tangkap la adik tu sebab dia melayu islam bukan sebab kedai tu yg ownernya pun bukan Islam.  Bzbody betul mamat nih. Pi la beli kat ebit liew ke malakat ke.
Quote becir 7-12-2021 06:37 PM
Meluat la hai.
Quote Thunderclouds 7-12-2021 07:00 PM
Beli kt tpt lain je la dikkkk..kt tiptop umah i hah wpun yenna pnye bisnes xde lak jual liquor. Merata2 ada kedai tiptop. Gigih p bbeli kt kedai yg sah2 licensed & fefeeling halang kemungkaran. Carik kedai BMF. 100% halalan toyyiban. Xdak kusut2. Haihh
Quote Orenn1 7-12-2021 07:02 PM
Adoiiii kebodohann apakahh ini. Agak2 lah pun batakk like sgttt. Jgn ko pulakk pandaiii2 jd penguatkuasa, negara ni ada undang2 bukan siapa2 blh ambik tindakan sesuka hatiii. Bangsatttt punya manusia nak kucar kacirkan keadaan ionon dia lah palingg molia huh
Quote M5 7-12-2021 07:11 PM
Kebodohan melampau mamat ni tidak lain tidak bukan kerna gemar pi minum air kencing unta pak ereb padang pasir
Quote angelofish 7-12-2021 07:15 PM
kedai acheh jual rokok yang di fatwakan haram kau tak tegur.
Quote pinksarah 7-12-2021 07:15 PM
bodoh nya la hai bilal ni..

sgt bodoh!

Quote umbut 7-12-2021 07:17 PM
Kecohlah..bukan cashier minum pun. Yg beli bukan islam pun. Yg ko kecoh lebih knp..yuckkkss
Quote Kitty_catz 7-12-2021 07:22 PM
amenderrr je IMG_2573.JPG ko bilal...? apa kata dr ko gertak mamat cahsier tu, ko offer la dia keja,, bayo gaji setimpal or lg byk dr speedmart to bagi,, baru ko kecoh2 mkayyy
Quote kakikuDibibirmu 7-12-2021 07:23 PM
Kitty_catz replied at 7-12-2021 07:22 PM
amenderrr jeko bilal...? apa kata dr ko gertak mamat cahsier tu, ko offer la dia keja,, bayo gaji se ...

Kucing amenda:

54-3000-0.jpg
Quote nuryakmal 7-12-2021 07:25 PM
Payah benor la hai. Move forward speedmart buat la jualan arak ni via mesin jual air tu. Kat jepun bersepah vending machine. Spend la sikit to avoid bad rep macam ni.
Quote umbut 7-12-2021 07:31 PM
Kalo harammmm...tu rokok belakang cashier tu pun jgn jual. Beraniii
Quote Samerosie 7-12-2021 07:33 PM
So at the end dia sendiri pun membeli dari kedai yg part of the revenue is dr. penjualan arak juga kan.  Ingat dia post dgn harapan org akan puji dia  la kan sebenarnya menampakkan bodoh tak boleh diajar org macam ni.  Nak ditegur adik tu kerja kat kedai ada jual beer tapi dia sendiri pun beli kat kedai tu.  Poodah!
Quote Normabaru 7-12-2021 07:58 PM
Semoga Allah bg kekuatan pada org Islam seperti encik Bilal ni..jais jakim mufti sume tagune..xblh harap..bukan xde org complaint tp macam biasala..jawapan skema..bukan bidang kuasa..merangkak la ko kt akhirat esok bila tuhan tanya Apa kamu buat dgn amanah yang diberikan oleh rakyat
Quote kakikuDibibirmu 7-12-2021 07:59 PM
Take beer!

Allahu Akbar!

Quote Normabaru 7-12-2021 08:01 PM
Samerosie replied at 7-12-2021 09:33 PM
So at the end dia sendiri pun membeli dari kedai yg part of the revenue is dr. penjualan arak juga k ...

Ikut syariah council..less than 5% income yg Haram Masih consider blh dpt status halal..Itu yang terjadi pada bank2 yang ada bt transaksi riba Dan juga Tesco yang jual Arak..so isu pembelian kat kedai ada jual Arak tu xjadi isu..

Qiyas sama juga utk kedai non Muslim oversea yang mana ko beli barangan kosher vegan semua..isu nya Skrg ni majlis agama jakim menteri agama mufti sume buat apa???smpaikan seketul IKRAM kena tegur n snap pic
Quote Normabaru 7-12-2021 08:02 PM
umbut replied at 7-12-2021 09:31 PM
Kalo harammmm...tu rokok belakang cashier tu pun jgn jual. Beraniii

Rokok blkg tu ikut ijtihad kan ada Dua..satu Haram satu makruh..so org msia yang jumud shadid jgn beli..sbb Haram..simple..
Quote Normabaru 7-12-2021 08:05 PM
umbut replied at 7-12-2021 09:17 PM
Kecohlah..bukan cashier minum pun. Yg beli bukan islam pun. Yg ko kecoh lebih knp..yuckkkss


Hadis sahih kot pasal Haram Arak ni sama level dgn riba...

https://stgsinarplus.sinarharian.com.my/agama/haram-pekerja-terlibat-jual-beli-arak-meskipun-di-kaunter/

Ko ni Komen spm habis x?

Lihat semua komen(177)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.055518 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top