CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah RM7.6 Juta Hangus Ular Punya Pasal

6-12-2021 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2888| Komen: 20

Seorang penduduk di Maryland yang cuba mengusir keluar ular daripada rumahnya dengan menggunakan asap dari bara api, dilaporkan secara tidak sengaja membakar kediamannya.


Tindakan pemilik rumah berkenaan menyebabkan kediamannya bernilai AS$1.8 juta (RM7.61 juta) di Dickerson, Maryland itu hangus dalam kebakaran.

Lapor Daily Mail, pegawai penyiasat berkata, pemilik itu menggunakan arang untuk menyalakan api dalam usaha mengusir reptilia tersebut, namun tanpa disedari meletakkannya terlalu dekat dengan bahan mudah terbakar lalu mencetuskan kebakaran.


Kredit foto: bazonline

Kejadian kebakaran itu berlaku pada 23 November lalu, kira-kira pada pukul 10 malam (waktu tempatan). 

Memetik laporan WJLA, kebakaran bermula di ruang bawah tanah kediaman bertingkat itu sebelum merebak ke seluruh bahagian rumah.

Apabila kira-kira 75 anggota bomba sampai di lokasi kejadian, sebahagian struktur kediaman dan bumbung rumah runtuh dalam kebakaran tersebut.

Pasukan bomba berhadapan kesukaran ketika memadamkan kebakaran kerana ketiadaan pili bomba di hartanah berkenaan. 

Sementara itu, Ketua Jurucakap Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat County Montgomery di Maryland, Pete Piringer berkata, pemilik tidak menyedari rumahnya terbakar selepas menyalakan api pada arang di ruang bawah tanah. 

Dilaporkan, tiada individu yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Kerugian akibat kebakaran dianggarkan mencecah lebih AS$1 juta (RM4.23 juta). 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 6-12-2021 04:14 PM
bodoh...halau ular siram air panas sure jadi sushi
Quote prettyuglybabe 6-12-2021 04:24 PM
insurance kan ada..

Quote Thunderclouds 6-12-2021 06:50 PM
Silap2 insurance dia saja 20mil. No hal lar.
Quote matchstick 6-12-2021 06:55 PM
Marahkan nyamuk kelambu dibakar..

Diorg tak tahu peribahasa ni
Quote keane.somewhere 6-12-2021 06:59 PM
Spray bygone ......
Quote Artemesiaa 6-12-2021 07:00 PM
Lain kali panggil bomba awal lagi senang dia orang boleh tolomg tangkapnya dari suruh dia orang tolong padamkan kebakaran lagi banyak kerja.
Quote forum5290 6-12-2021 07:31 PM
aishhh....np la xpgil bomba ke jpam ke?hala2....rumah besar2 pn...xkn la xde guard,maid ke ....suh la dorng settle kn...
Quote kakikuDibibirmu 6-12-2021 07:39 PM
ular kena sawan babi

[youtube]_Ahvd3pdzDE[/youtube]

http://youtu.be/_Ahvd3pdzDE
Quote edayildiz 6-12-2021 08:26 PM
mama abg i spray guna ridsect..ular tu pengsan sat sblm kena tngkp ngn abam bimba i love u..
Quote Decaffeinated 6-12-2021 08:32 PM
Simunggu replied at 6-12-2021 04:14 PM
bodoh...halau ular siram air panas sure jadi sushi

omputih ni animal lover kot. cuma guna scare tactic tapi makan diri.

kalau melayu memang dah lumat lah ular tu.

Quote Normabaru 7-12-2021 07:52 AM
Dh blh tukar peribahasa kerana marahkan ular satu rumah terbakar
Quote nononcrux 7-12-2021 08:10 AM
Decaffeinated replied at 6-12-2021 08:32 PM
omputih ni animal lover kot. cuma guna scare tactic tapi makan diri.

kalau melayu memang dah lumat ...

boleh jadi la kan.. asian style ni hard core siket dari omputih
Quote Simunggu 7-12-2021 09:02 AM
Decaffeinated replied at 6-12-2021 08:32 PM
omputih ni animal lover kot. cuma guna scare tactic tapi makan diri.

kalau melayu memang dah lumat ...

animal lover apa benda pakai bakar bakar ingat BBQ
Quote TomyamPuteh 7-12-2021 10:29 AM
Animal lover? Buaya pun buat bbq
Quote Decaffeinated 7-12-2021 11:57 AM
Simunggu replied at 7-12-2021 09:02 AM
animal lover apa benda pakai bakar bakar ingat BBQ
cuba mengusir keluar ular daripada rumahnya dengan menggunakan asap dari bara api

Quote Simunggu 7-12-2021 12:39 PM

ada rupanya cara bagi keluar ular dgn asap..tak tahu lah pula
Quote Jitu 7-12-2021 01:29 PM
edayildiz replied at 6-12-2021 08:26 PM
mama abg i spray guna ridsect..ular tu pengsan sat sblm kena tngkp ngn abam bimba i love u..

blh pengsan ular apa tu ?
sy guna guna ridsect tak pengsan pun ular tedung hitam tu
guna chop tanah baru selesai adoi seram lah bila ingat balik
Quote edayildiz 7-12-2021 08:03 PM
Jitu replied at 7-12-2021 01:29 PM
blh pengsan ular apa tu ?
sy guna guna ridsect tak pengsan pun ular tedung hitam tu
guna chop ta ...

xpasti pulak spesis mana..rasanya ular tedung...king cobra kan..
scaryy..euww tbyg muka dorg
Quote kakikuDibibirmu 7-12-2021 08:05 PM
Tu ularlidi ke lipas?

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.050702 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top