Gara-gara sering ditolak untuk melakukan hubungan intim, seorang suami di Indonesia menetak isterinya sehingga mati ketika mangsa menoreh getah, lapor Suara.com.
Ketua Polis daerah Labuhan Batu, Anhar Arlia Rangkuti berkata, suspek berusia 59 tahun dari wilayah Sumatera Utara itu bertindak demikian kerana cemburu. “Mangsa sering menolak ajakan suspek untuk melakukan hubungan intim. Mereka juga sering bertengkar kerana masalah rumah tangga,” katanya. Menurut Anhar, insiden tersebut berlaku pada Selasa lepas sekitar pukul 7 pagi (waktu tempatan) ketika mereka menoreh getah di sebuah ladang.
Suspek dilaporkan menetak leher dan tangan mangsa menggunakan sebilah parang. Selepas mangsa meninggal dunia, suspek membuang parang yang digunakan ke dalam sebuah gaung tidak jauh dari lokasi pembunuhan, sebelum melarikan diri. Mayat mangsa yang berusia 55 tahun ditemui penduduk setempat sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan). Suspek kemudiannya diberkas polis di sebuah lokasi persembunyian pada keesokan harinya. Sumber: Kosmo
|
JunkMail replied at 23-11-2021 03:56 AM
Encik Cari-Mal ni suka betholllll dgn Indon. Hari² tanpa jemu tepek berita picisan Indon like we ca ...
Cik_jantung replied at 23-11-2021 08:36 AM
Dah 55 umur isteri tu.. dah menopos x lalu nk ngadap laki yg dh kedut pun.. dah la penat nk kena me ...
chacon replied at 23-11-2021 11:09 AM
kalau monopos memang langsung tak ada keinginan seks ke..sekadar bertanya
makadek replied at 23-11-2021 12:21 PM
Kan sbb tgk ramai je kawin balik umur 50an
Cik_jantung replied at 23-11-2021 08:36 AM
Dah 55 umur isteri tu.. dah menopos x lalu nk ngadap laki yg dh kedut pun.. dah la penat nk kena me ...
JunkMail replied at 23-11-2021 03:56 AM
Encik Cari-Mal ni suka betholllll dgn Indon. Hari² tanpa jemu tepek berita picisan Indon like we ca ...
ADVERTISEMENT