CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anjing Pengesan & Bomoh Gagal Cari Suami, Rupanya Balik Rumah Isteri Muda

22-11-2021 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2615| Komen: 10

Wanita di Indonesia berdepan detik cemas apabila menerima mesej suara yang kedengaran mirip suara suaminya seperti sedang menangis dan berada dalam keadaan ketakutan. 


Menurutnya, suaminya yang dikenali sebagai Yana Supriatna itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.



Setelah mendengar mesej suara berkenaan, si isteri dengan segera melaporkan perkara itu kepada pihak polis. 

Namun, lokasi sebenar suaminya itu menjadi tanda tanya kerana berdasarkan mesej suara tersebut dia seperti berada di kawasan hutan atau sungai.


Susulan itu, pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan misi mencari secara besar-besaran dengan bantuan anjing pengesan, lapor TribunNews.



Lebih mengejutkan apabila sekumpulan pengamal perubatan tradisional (bomoh) turut hadir untuk menyertai pencarian lelaki terbabit.

Kali terakhir Yana dikesan adalah di kawasan jurang yang dikatakan tempat berhantu dan hanya motosikalnya sahaja yang ditemui pada ketika itu.

Dalam pada itu, orang ramai percaya bahawa lelaki berkenaan ghaib selama dua hari adalah disebabkan disorok jin. Turut dikhuatiri, Yana menjadi mangsa tebusan penjenayah selepas dia gagal dihubungi ketika waktu Maghrib.

Walau bagaimanapun, seluruh Indonesia dikejutkan apabila misteri kehilang Yana itu sebenarnya adalah gurauan semata-mata. 

Lelaki berkenaan mengatakan bahawa dia sengaja menghantar mesej suara tersebut dengan niat untuk bergurau, namun tidak sangka isterinya menganggap perkara berkenaan serius sehingga melibatkan pihak polis.



Rupa-rupanya, motosikal berkenaan rosak lalu dibiarkan di situ dan dia kemudian menaiki sebuah kereta untuk pergi ke rumah isteri mudanya.

Selepas tular cerita mengenai dirinya telah hilang, akhirnya Yana menyerahkan diri kepada pihak polis dan misi pencarian terbabit ditamatkan.


Sumber: OHBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DayangKirana 22-11-2021 11:36 AM
what a complete waste of time!
nak gurau pon agak2 la..
mohon masuk lokap barang seminggu dua.. biar kenal erti sesal.
Quote Dwdrum 22-11-2021 11:37 AM
Patut pang sedas
Quote melinda_kerr 22-11-2021 11:39 AM
sewel...boleh sumbat masuk penjara.menyusahkan org. ternyata bomoh tu pun penipu
Quote KirazMevsimi 22-11-2021 10:35 PM
bang, jangan gurau cenggitu
Quote KirazMevsimi 22-11-2021 10:35 PM
geram pulak iols hahahaha
Quote ais_kosong 23-11-2021 08:13 AM
mujur pak bomoh tak bagi hasil tilikan. mau xboleh cari makan lepas ni
Quote cmf_premierleag 23-11-2021 08:15 AM
Mohon jokowi hukum bunuh je jantan tak guna ni sbb dah gunakan polis utk kerja yg sia2
Quote keane.somewhere 23-11-2021 09:55 AM
Hebat ilmu bini muda..bukan takat pandai kemut je
Quote Artemesiaa 23-11-2021 11:44 AM
Rancangan gagal malah sendiri tercyduk jadinya
Quote Suchi 23-11-2021 12:40 PM
Lepas ni bila dia hilang bebetul takde sapa nak kesah lagi.

Kasar sgt gurauan ko bang.
Menyusahkan ramai org sementelah ko bersedapan dgn binik muda

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.088515 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top