View: 1904|Reply: 10
|
Anjing Pengesan & Bomoh Gagal Cari Suami, Rupanya Balik Rumah Isteri Muda
[Copy link]
|
|
Wanita di Indonesia berdepan detik cemas apabila menerima mesej suara yang kedengaran mirip suara suaminya seperti sedang menangis dan berada dalam keadaan ketakutan.
Menurutnya, suaminya yang dikenali sebagai Yana Supriatna itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.
Setelah mendengar mesej suara berkenaan, si isteri dengan segera melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
Namun, lokasi sebenar suaminya itu menjadi tanda tanya kerana berdasarkan mesej suara tersebut dia seperti berada di kawasan hutan atau sungai.
Susulan itu, pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan misi mencari secara besar-besaran dengan bantuan anjing pengesan, lapor TribunNews.
Lebih mengejutkan apabila sekumpulan pengamal perubatan tradisional (bomoh) turut hadir untuk menyertai pencarian lelaki terbabit.
Kali terakhir Yana dikesan adalah di kawasan jurang yang dikatakan tempat berhantu dan hanya motosikalnya sahaja yang ditemui pada ketika itu.
Dalam pada itu, orang ramai percaya bahawa lelaki berkenaan ghaib selama dua hari adalah disebabkan disorok jin. Turut dikhuatiri, Yana menjadi mangsa tebusan penjenayah selepas dia gagal dihubungi ketika waktu Maghrib.
Walau bagaimanapun, seluruh Indonesia dikejutkan apabila misteri kehilang Yana itu sebenarnya adalah gurauan semata-mata.
Lelaki berkenaan mengatakan bahawa dia sengaja menghantar mesej suara tersebut dengan niat untuk bergurau, namun tidak sangka isterinya menganggap perkara berkenaan serius sehingga melibatkan pihak polis.
Rupa-rupanya, motosikal berkenaan rosak lalu dibiarkan di situ dan dia kemudian menaiki sebuah kereta untuk pergi ke rumah isteri mudanya.
Selepas tular cerita mengenai dirinya telah hilang, akhirnya Yana menyerahkan diri kepada pihak polis dan misi pencarian terbabit ditamatkan.
Sumber: OHBulan |
|
|
|
|
|
|
|
what a complete waste of time!
nak gurau pon agak2 la..
mohon masuk lokap barang seminggu dua.. biar kenal erti sesal. |
|
|
|
|
|
|
|
sewel...boleh sumbat masuk penjara.menyusahkan org. ternyata bomoh tu pun penipu |
|
|
|
|
|
|
|
bang, jangan gurau cenggitu |
|
|
|
|
|
|
|
geram pulak iols hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
mujur pak bomoh tak bagi hasil tilikan. mau xboleh cari makan lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon jokowi hukum bunuh je jantan tak guna ni sbb dah gunakan polis utk kerja yg sia2 |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat ilmu bini muda..bukan takat pandai kemut je |
|
|
|
|
|
|
|
Rancangan gagal malah sendiri tercyduk jadinya |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni bila dia hilang bebetul takde sapa nak kesah lagi.
Kasar sgt gurauan ko bang.
Menyusahkan ramai org sementelah ko bersedapan dgn binik muda |
|
|
|
|
|
|
| |
|