CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pergi Tandas Pun Tak Boleh- Macam Hamba, Pekerja Amazon Alami Tekanan Mental

22-11-2021 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4241| Komen: 30

Description: Washington – Seorang bekas pekerja Amazon mendedahkan keadaan operasi di syarikat gergasi e-Dagang itu yang disifatkan ‘seperti hamba’, ‘ mengalami tekanan mental’ serta ‘dipaksa untuk tidak per ...
Washington – Seorang bekas pekerja Amazon mendedahkan keadaan operasi di syarikat gergasi e-Dagang itu yang disifatkan ‘seperti hamba’, ‘ mengalami tekanan mental’ serta ‘dipaksa untuk tidak pergi ke tandas’ bagi memastikan bungkusan pelanggan dapat tiba tepat pada masanya, lapor akhbar The Sun kelmarin.


Olivia (bukan nama sebenar) berikrar tidak akan membeli barangan secara online lagi selepas menjalani syif yang memenatkan selama lapan bulan dengan hanya dibayar sebanyak £9.70 (RM 54.56) sejam sebagai pemilih pesanan. 

Dia menganggap stesen kerjanya sebagai sebuah sangkar berukuran 2.74 meter dan mempunyai komputer yang menunjukkan jumlah bilangan barang yang telah dibungkusnya.

Foto: PA


Setiap pergerakan pekerja di syarikat itu diperhatikan oleh kamera selain terdapat pemantau yang sering memberi amaran terutamanya sekiranya prestasi mereka menurun.

Olivia yang berasal dari Manchester, Britain dan berusia dalam lingkungan 30 tahun itu ditugaskan untuk mencari, mengimbas dan membungkus semula barangan dengan sasaran 360 barangan dibungkus dalam masa satu jam, bersamaan dengan satu barang dalam masa 10 saat.

“Ia adalah salah satu pekerjaan paling teruk yang pernah saya lakukan dan saya berasa kasihan kepada semua orang yang bekerja di sana.

‘’Mereka (Amazon) mengharapkan pekerja untuk menjadi seperti robot, sentiasa mengekalkan kelajuan bekerja tanpa berhenti atau memerlukan rehat di tandas. Ia tidak realistik untuk manusia,’’ katanya. 

Tambah Olivia, dia pernah diberi amaran kerana terlewat satu minit setelah pulang dari makan tengah hari selama 30 minit. 

Selama dua bulan pertama bekerja, lututnya mula membengkak kerana berdiri sepanjang hari. – CARI

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 22-11-2021 12:06 PM
Dah macam abangla nasib mereka
Quote kakikuDibibirmu 22-11-2021 12:28 PM
Lazada tersenyum sinis
Quote lattehazelnut 22-11-2021 12:31 PM
Xkan la jadi orang kaya di alam semesta kalau xbuat pekerja macam hamba..
Quote Dwdrum 22-11-2021 12:39 PM
Min wage berapa di london?
Shortage staff maybe selalu nya begitu..... Sama saja seperti alibaba.... Workload issue... Nanti lambat customer juga complain.... Better jangan kerja dengan online shopping company cari kerja lain....
Quote airmineral 22-11-2021 12:40 PM
org Msia bole amik keje sana la pastu brag gaji tinggi
Quote prettyuglybabe 22-11-2021 01:20 PM
kat malaysia sejam paling tinggi rm8.50 kot..
so gb9.70 tu kira ok lagi la dari malaysia..
cuma keadaan bekerja tu la nampak cam teruk..
but itu cerita dari dia..
Quote Kitty_catz 22-11-2021 01:48 PM
boleh lah umah meleis pi sana.. sejam rm54 henggettt tuuu

kut sebulan ada la rm11K++ ekk kut keja 8 jam sari 26 hari seminggu

pocit kayoooooooooooooooooooooooooooo
Quote DayangKirana 22-11-2021 02:31 PM
nothing new...rasa pernah baca this kind of mistreatments kat Amazon years ago..
Cant remember the details but something like if u happened to fall sick or not able to come to work or refused to work overtime, they will happily sacked you and get you replaced the next day..
Something along that line..

So, not really surprised if this still continue...
Quote white_musk 22-11-2021 02:41 PM
Management bermata sepet belaka
Quote bloodyamuk 22-11-2021 02:43 PM
ceo kan kongsi trait dengan psychopath...kerah manipulate take advantage pekerja2 selagi boleh...

I kid you not, kalau Jeff Bezos mati nobody shed a tear huhuhu
Quote KucaiHijau 22-11-2021 02:46 PM
Pekerja gomen yg pemalas & obese gemok2 tu elok dihantar kursus kat sini
Quote Babai 22-11-2021 03:00 PM
Artemesiaa replied at 22-11-2021 12:06 PM
Dah macam abangla nasib mereka

Hahahahaha
Quote nononcrux 22-11-2021 03:21 PM
Aih teruknya break time 30min saje, nak berak mkn minum tak sempat tercekik mati saje je.. stress nyeeh
Quote supermum 22-11-2021 03:53 PM
Selalu baca Amazon kerah pekerja dia teruk macam ni.
Quote Adrif 22-11-2021 03:53 PM
macam tempat kerja lama aku. cctv merata.

buat kerja separuh mati penat. bila kita slowdown rehat, lebih 5 minit, nanti HOD datang pegang phone. suruh sambung buat kerja. HQ akan hantar whatsapp bergambar dekat HOD kalau staff berhenti bergerak. kerah selagi orang tu bernyawa.

aku daripada sihat, masuk kerja dapat sakit darah tinggi. terus letak jawatan.
tapi tu la, bos pelik kenapa turnover rate tinggi. LOL. sah geng psikopat semua. tak faham manusia lain. pentingkan diri semua

kerja kalau nak penat, biar berbaloi
better cari kerja lain gitu. gaji basic ja pun
tapi tu la, ekonomi merudum punya pasal, staff majoriti ada diploma, degree, master.
semua diamkan aje sebab susah cari kerja lain
Quote Acikgomen 22-11-2021 04:14 PM
KucaiHijau replied at 22-11-2021 02:46 PM
Pekerja gomen yg pemalas & obese gemok2 tu elok dihantar kursus kat sini

Heyyyyyyy acik baru je bekobar2 dpt email nak pi bengkel ujong taun
Weols tgh buat list nak tido kat htl mana
Quote white_musk 22-11-2021 04:42 PM
Semoga amzon melingkup
Quote liyamariska 22-11-2021 05:00 PM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental....  
Quote GummyBear123 22-11-2021 05:19 PM
Apa susah.
Geng mata sepet kat Tanah Besar boleh bekerja pantas seperti robot. Recruit diorang masuk GB secara pukal.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.057907 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top