|
Pelakon dan pelawak Ebby Yus mencari seorang jururawat yang pernah merawatnya setelah pengsan akibat serangan jantung sewaktu dalam penerbangan untuk menunaikan ibadah umrah pada Oktober lalu.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Ebby atau nama lengkapnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, meminta jururawat tersebut supaya menghubunginya menerusi Instagram jika terbaca pesanan tersebut. Perkongsian pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut itu turut mendapat perhatian pengikutnya dalam Instagram apabila rata-rata mendoakan supaya usahanya untuk menjejaki jururawat tersebut dipermudahkan.
Difahamkan, Ebby sebelum ini dibantu jururawat terbabit yang memberikannya rawatan awal selepas dia mengalami serangan jantung akibat terkejut apabila pesawat yang dinaikinya bergegar ketika dalam penerbangan ke Mekah pada Oktober lalu. Disebabkan masalah kesihatan, dia terpaksa ditahan di sebuah hospital di Maldives hingga terlepas peluang untuk menyertai jadual rombongan umrahnya seperti yang dijadualkan. Sumber: Kosmo
|
makadek replied at 18-11-2021 05:26 PM
Manatau jodoh khens
Acikgomen replied at 18-11-2021 05:47 PM
Bengong tul bell komen nurse tuh tgh sebok naik unta

chekacheku replied at 18-11-2021 07:15 PM
Blm smpai rezeki lg eby yus ke mekah..
nolya replied at 18-11-2021 07:39 PM
Nak ke Mekah kenapa tersasar ke Maldives. Pesawat apenya boleh terbang ke Maldives sebelum ke Mekah ...



.gideoncross replied at 19-11-2021 01:15 PM
Transit kot tpi x dnafikn iol trktawa bila bca komen uol ni.
nolya replied at 19-11-2021 06:56 PM
Honestly I tak tau kalau ada pesawat yg transit kat Maldives sebeum direct ke Mekah. Dulu2 I gi um ...
nolya replied at 19-11-2021 06:56 PM
Honestly I tak tau kalau ada pesawat yg transit kat Maldives sebeum direct ke Mekah. Dulu2 I gi um ...
gideoncross replied at 19-11-2021 11:35 PM
Dlu iol gi Umrah, mula2 nak transit kat Colombo tpi lpas itu ini, transit kat Hong Kong. Tnggu utk ...
Acikgomen replied at 18-11-2021 05:47 PM
Bengong tul bell komen nurse tuh tgh sebok naik unta

nolya replied at 19-11-2021 11:45 PM
Biasanyalah, kalau kita naik any airline untuk umrah, kita tentu tau what airlinenya dan tau juga ...
gideoncross replied at 20-11-2021 12:37 AM
Kes iol ni, mula2 mmg plan utk transit kat Colombo tpi tu plan yg awl2. Bila dh tukar ke plan bru ...
ADVERTISEMENT