Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan di udara bagi menghentikan perbalahan melibatkan dua penduduk di Jalan By Pass Ir H Djuanda, Kota Tasikmalaya.
Lapor Tribunnews, sekiranya pergaduhan yang menyebabkan kesesakan jalan itu tidak dihalang akan menyebabkan serangan maut terhadap kedua-dua penyerang yang sudah bersiap sedia dengan senjata tajam. Seorang individu dilihat memegang gergaji, manakala, seorang lagi lelaki memegang parang dengan darah sudah memancut keluar dari leher salah seorang daripadanya akibat pergelutan sebelum itu.
Penduduk dan pengawal keselamatan yang berada di lokasi kejadian hanya mampu menjerit ke arah suspek, namun langsung tidak dihiraukan. Tanpa rasa takut, Asep Jojo menghampiri lelaki yang memegang gergaji dan mengarahkannya melepaskan senjata tersebut. Sementara seorang anggota polis lain berusaha menenangkan penyerang lain. Asep berkata, ketika kejadian dia sedang melakukan pemeriksaan di kereta sebelum terdengar bunyi pergaduhan. “Jika saya tidak melepaskan tembakan, kedua-dua mereka sudah pasti akan menyerang antara satu sama lain. “Kalau hanya dileraikan seperti biasa, tidak akan berhasil serta membahayakan nyawa sesiapa sahaja,” katanya. Sumber: Utusan
|
musangbodoh: darah pahlawan btol...kalo dib ...
Mopiko replied at 19-11-2021 09:30 AM
Kalau ngak penuh penuh ilmu didada tidak kami berparang parangan
stingerfossils replied at 19-11-2021 09:36 AM
Dialog pak salam erwin joko anwar kewww ini?
Kahkahkahkah
ADVERTISEMENT