Itulah yang menjadi pegangan gadis ini sehingga dia memberanikan diri untuk memberi makanan kepada anjing jalanan.
Menurut Nur Saffa Azwani Zohary, 21, segalanya bermula selepas dia menemui seekor anjing di kawasan pejabatnya di Shah Alam, Selangor, pada awal tahun ini. Biarpun takut, dia tetap memberanikan diri untuk memberi makanan sehingga lama-kelamaan mula terbiasa dan akrab dengan haiwan tersebut. "Saya jumpa anjing itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal tahun ini. Ketika saya datang bekerja, anjing tu pandang-pandang macam minta makanan.
"Mula-mula anjing tu macam ketakutan. Saya sendiri pun takut sebab tak biasa. Tapi saya tetap beranikan diri sebab kesian. "Awalnya, saya hanya letak makanan, kemudian terus saya lari. Bermula hari itu, saya simpan makanan anjing di pejabat. "Setiap hari saya akan bagi makan kepadanya. Rumah saya dengan tempat kerja pun hanya lapan minit perjalanan," ujarnya kepada mStar. Mesra disapa Saffa, kerani di sebuah syarikat pembinaan itu mengakui turut kasihan melihatnya kerana anjing itu mengalami kecederaan, dipercayai terseliuh pada bahagian kaki. Atas cadangan orang ramai, dia turut membalut kaki anjing itu dengan halia sehingga ia sembuh dan kini dapat berjalan seperti biasa. Dedah Saffa lagi, anjing itu kini cukup selesa dengannya sehingga dia turut memberi nama gelaran untuk haiwan tersebut. "Ramai orang tanya kenapa saya bagi nama Jantan kepada anjing itu. Sebenarnya nama itu saya bagi random saja. Nampak macam jantan, jadi saya panggil Jantan. "Uniknya mengenai Jantan, ia tak pernah menyalak dengan saya. Kalau dengan orang lain, ia akan menyalak," ujarnya lagi. Menurut Saffa, dia juga terkejut apabila perkongsian video mengenai anjing itu meraih lebih sejuta tontonan menerusi aplikasi TikTok Selain menerima pujian, ada individu turut memberi sumbangan untuk dia membeli makanan haiwan. "Mulanya saya sekadar kongsi video Jantan di TikTok. Tak sangka ia akan viral. Ramai yang minta video seterusnya. "Alhamdulillah, saya terharu dengan semua komen. Tiada yang negatif. Ramai yang doakan saya dimurahkan rezeki. "Selain itu, ada juga hamba Allah yang bank in duit untuk beli makanan. Saya terima mesej individu yang mahu bantu juga," ujarnya lagi. Selain Jantan, Saffa kini turut aktif memberi makanan kepada anjing-anjing serta kucing lain yang ditemuinya saban hari. Kata Saffa, dia percaya akan aturan rezeki Allah dan tidak kisah mengeluarkan modal untuk membeli makanan haiwan.
|
musangbodoh replied at 15-11-2021 11:35 PM
kalo buleh jg kucing dah lahhh
Kitty_catz replied at 16-11-2021 01:24 AM
tajuk bebenang punnnn...
alah anjin jewww... ingat jantan keparats
doubleharmonic replied at 18-11-2021 08:50 PM
kan chuolss? hengatkan bagi makan heshe punya nasi lemak ke apam ke kat jantan gituh? biasa belanj ...
musangbodoh replied at 15-11-2021 11:35 PM
kalo buleh jg kucing dah lahhh
ADVERTISEMENT