Pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro ,37,menyifatkan tindakan juri tidak memberikan 'Ha' walau satu kepada peserta yang bertanding di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) adalah keputusan sangat tidak patut dibuat.
Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi menerusi hantaran di Instagram, menyelar tindakan berkenaan yang disifatkannya tidak adil buat peserta yang bertanding kerana bukan mudah mencari idea untuk dipertontonkan. "Jika tak suka sangat pun berilah satu 'Ha' tanda menghargai usaha mereka di atas pentas menghiburkan penonton. Nilailah mereka seadilnya dan letaklah mereka yang benar-benar layak di situ," tulisnya.
Shahrol berkata apa yang menjadi keresahannya mengenai industri komedi tanah air sudah pernah diungkapkan dari awal pertandingan itu. Malah, apabila dia menonton insiden yang berlaku pada minggu kelima persaingan malam kelmarin, diakuinya amat menyedihkan. Ujar Shahrol lagi, pada komen juri pula sepatutnya kalau dirasakan kurang mantap maka beritahulah kepada peserta bahagian mana yang kurang itu agar mereka boleh memperbaikinya untuk persembahan seterusnya nanti. Shahrol juga berkata dia tampil bersuara dengan satu niat untuk melihat industri komedi terus maju. Apatah lagi, persembahan peserta untuk pertandingan berprestij seperti MLM hanya dibuat setahun sekali untuk membuka pintu kepada pelawak berkarya. Terdahulu, anggota kumpulan Taici iaitu Chiwan di Instagramnya meluahkan perasaan kesal terhadap tindakan juri yang tidak memberikan 'Ha' kepada mereka dalam persembahan di MLM 2021, malam Jumaat lalu. Kegagalan Taici yang tidak menerima sebarang 'Ha daripada juri, sekali gus menyebabkan mereka tersingkir dan secara tak langsung ia turut mencipta sejarah buat pertama kali tiada 'Ha' di pentas MLM. Sehubungan itu, barisan juri di MLM 2021 terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Diana Danielle, Noh Salleh, Uqasha Senrose dan seorang juri misteri dikenali 'Sang Bara'. Sumber: Harian Metro
|
KamikuP: Juri misteri tu meolss spkeu T ...
ADVERTISEMENT