CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Curi Lamborghini Tetamu Kemalangan Lepas Berlumba

15-11-2021 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2109| Komen: 3

Description: Sepasang pengantin baharu terpaksa bermalam di hospital pada malam pertama perkahwinan mereka selepas pengantin lelaki menyebabkan kereta mewah Lamborghini bernilai 200,000 pound (RM1.11 juta) terbaka ...
Sepasang pengantin baharu terpaksa bermalam di hospital pada malam pertama perkahwinan mereka selepas pengantin lelaki menyebabkan kereta mewah Lamborghini bernilai 200,000 pound (RM1.11 juta) terbakar selepas terbabit kemalangan.


Lapor Daily Mail, Mahkamah Bradford Crown mendengar kes Ali Zaman yang memandu kereta mewah itu sehingga kemalangan selepas dia didapati berlumba dengan pengguna jalan raya lain.


Kredit foto: Daily Mail

Ketika kejadian, Ali, 26 bersama isterinya membawa Lamborghini milik seorang daripada tetamunya untuk keluar bersiar-siar selepas majlis perkahwinan mereka pada 15 Februari 2020.


“Semasa berhenti di lampu isyarat di Bradford, West Yorkshire, Ali tunjuk ‘hebat’ dengan kereta tersebut dan mencabar seorang pemandu untuk berlumba dengannya.  

“Ali kemudiannya memecut laju sebelum kereta yang dipandunya bertembung dengan kenderaan pemandu yang dicabarnya untuk berlumba,” jelas laporan itu.

Ali dan isterinya mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu.

Satu rakaman video selepas insiden rempuhan itu menunjukkan kereta sport tersebut terbakar dan anggota perkhidmatan kecemasan bergegas ke tempat kejadian.

Mahkamah dimaklumkan, Ali memandu kereta Lamborghini Huracan berwarna hijau itu tanpa pengetahuan tetamu yang hadir pada majlis perkahwinannya.


Kredit foto: Daily Mail

Tetamu itu meletakkan kereta Lamborghininya di luar dewan dan meninggalkan kunci kereta dalam poket kotnya ketika memasuki ke majlis perkahwinan itu.

Namun, apabila tetamu itu mahu bertolak pulang, dia menyedari kunci keretanya sudah hilang.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 15-11-2021 01:55 PM
Kasihan
Quote makneng 15-11-2021 09:19 PM
Infiniti bodoh dia ek... Padan muka.. Cash!
Quote sharlenetexas 15-11-2021 09:30 PM
Kesian tetamu tu.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.068855 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top