CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tentera Uae Jalin Kerjasama Dengan Syarikat Senjata Israel

15-11-2021 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2216| Komen: 3

Description: Pembuat peralatan senjata dari Israel, Elbit Systems pada Ahad mengumumkan bahawa pihaknya mengadakan satu kerjasama bagi tempoh jangka panjang dengan Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Pembuat peralatan senjata dari Israel, Elbit Systems pada Ahad mengumumkan bahawa pihaknya mengadakan satu kerjasama bagi tempoh jangka panjang dengan Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE).


Pengeluar dron dan teknologi pemantauan bersama produk-produk lain itu menganggap kerjasama tersebut dilakukan sebagai hasil daripada termeterainya hubungan diplomatik dengan UAE dan negara-negara dari Liga Arab pada tahun lalu.


Kredit foto: Times of Israel

Ekoran termeterainya hubungan diplomatik tersebut, Naib Presiden Elbit Systems berkata, ia membuka peluang baik untuk kerjasama dalam bidang perniagaan dilakukan di rantau Arab tersebut.


Beliau berkata, UAE merupakan salah satu daripada pasaran baharu untuk Elbit.

Komander Tentera Udara Israel, Amikam Norkin berada di UAE baru-baru ini bagi menghadiri Pertunjukan Udara Dubai selepas rakan sejawatannya dari negara beraja tersebut melawat Israel pada bulan lalu bagi menyaksikan latihan ketenteraan terbesar rejim Zionis.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 15-11-2021 08:00 PM
kat sini pulak... atlet paralimpik yahudi datang nak bertanding, diperambat keluar mcm hanjeng.
Quote rashiman 15-11-2021 08:21 PM
dani-rox replied at 15-11-2021 08:00 PM
kat sini pulak... atlet paralimpik yahudi datang nak bertanding, diperambat keluar mcm hanjeng.

kedaulatan negara masing2.....berbeza cara pentadbirannya.

Quote TOPwind 15-11-2021 09:32 PM
Edited by TOPwind at 15-11-2021 09:34 PM

rasanya dah kena UGUT ni tak ikut Amerika akan cari hal dan attack. itu y g berlaku pada Irag dan Libya serta negara2 teluk lain.
Kat Msia ada kaum pedatang yg ugut sbb tu kuil ada dimerata tempat.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.056659 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top