CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis Dipaksa Ukir Nama Pedofil Pada Payu Dara

15-11-2021 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2854| Komen: 11

Description: Seorang pedofil memaksa gadis remaja untuk mengukir namanya pada payu dara gadis terbabit selain mengugut 70 remaja lain dari seluruh dunia untuk melakukan aksi seksual memalukan, lapor akhbar Mirror ...
Seorang pedofil memaksa gadis remaja untuk mengukir namanya pada payu dara gadis terbabit selain mengugut 70 remaja lain dari seluruh dunia untuk melakukan aksi seksual memalukan, lapor akhbar Mirror UK.


Mahkamah Jenayah Liverpool dimaklumkan bahawa Elliot Nicklin, 22, mengugut untuk membunuh diri sekiranya mangsanya enggan melakukan aksi lucah  yang diminta.


Kredit foto: Liverpool Echo

Nicklin menggunakan sebuah laman web untuk menarik mangsanya sebelum mengugut mereka.

Polis  percaya bahawa dia melakukan penderaan terhadap lebih 70 remaja perempuan.


Ramai antara mangsa lelaki itu yang mengalami penderaan psikologi oleh tindakan Nicklin.

Nicklin dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Liverpool kelmarin di mana perbicaraan untuk menjatuhkan hukuman terhadapnya ditangguhkan apabila pasukan paramedik terpaksa dipanggil selepas tertuduh mengalami serangan panik dan mengadu sakit dada.

Nicklin mengaku salah terhadap 27 pertuduhan termasuk memiliki ratusan imej kanak-kanak dalam keadaan tidak senonoh.

Dia turut menghantar lapan  imej tersebut kepada kenalan lain.

Menurut pendakwa raya, Nicola Daley, peranti milik Nickley yang dirampas mengandungi lebih 1,500 imej tidak senonoh kanak-kanak.

“Dari segi skala dan sifat imej tersebut, ia adalah amat memalukan,” kata Daley. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 15-11-2021 03:35 PM
ye lor...dia plak ugut nk bunuh diri...lantak p lah...
Quote azimodin 15-11-2021 04:20 PM
Disgusting piece of shit.. sama la dengan budak genius paedophile malaysia tu. Elok ditembak dengan senapang gajah
Quote Decaffeinated 15-11-2021 05:48 PM
dia suruh ukir guna pahat ka?

Quote cheezel 15-11-2021 06:41 PM
mesti si gems ni catfish budak guna muka hensem
Quote angelofish 15-11-2021 07:22 PM
kalau aku tak ingin .nak mampus bunuh diri lantak kau la
Quote mizzmimi 15-11-2021 07:38 PM
Apooo dek.  Muka cenggini pon ko sanggup ke dek.. Lain kali suruh heshe gi mam posss aja dek..
Quote kucim 15-11-2021 08:41 PM
Dunia semakin menakutkan
Quote Queenmastani 16-11-2021 02:22 AM
azimodin replied at 15-11-2021 04:20 PM
Disgusting piece of shit.. sama la dengan budak genius paedophile malaysia tu. Elok ditembak dengan  ...

Si sofea ke
Quote azimodin 16-11-2021 09:58 AM
Queenmastani replied at 16-11-2021 02:22 AM
Si sofea ke

Bukan.. budak tajaan mara tu

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/why-are-we-supporting-bad-guy-59545

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/paedophile-issue-nur-fitri-obtains-green-light-be-extradited-home-mara-63008
Quote cikmi 16-11-2021 10:13 AM
bagi je dia bunuh diri...lg senang...x pyh susah2
Quote Artemesiaa 16-11-2021 10:21 AM
Mangsa dah dipsiko mana tak takut bila diugut

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.050414 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top