Gadis berusia 23 tahun maut selepas diserang sekumpulan anjing liar ketika keluar berjoging.
Mangsa, Florencia Ledesma ditemui dalam keadaan berlumuran darah. Insiden ngeri itu berlaku kira-kira pukul 7 petang Isnin di Albardon berhampiran bandar San Juan di barat Argentina, lapor The Mirror. Mangsa sempat menelefon abangnya yang merupakan anggota polis, Enzo selepas diserang sekumpulan anjing di kawasan pembuangan sampah berhampiran rumahnya.
Abangnya bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menakutkan haiwan terbabit dengan menembak menggunakan pistol apabila haiwan itu cuba menerkamnya. Florencia yang juga pelajar kolej hampir tidak sedarkan diri dengan kesan luka gigitan di lengan, kaki dan dada semasa ambulans tiba. Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia sejurus selepas tiba di hospital. Sumber: mStar
|
MissVixen replied at 3-11-2021 12:39 PM
Ngerinya. Kalau jogging, bawak la kayu golf atau batang besi ke. Kalau ada apa2, ada benda nak lawan ...
KamikuP replied at 3-11-2021 12:36 PM
I hate dogs i really do
pxlbb replied at 3-11-2021 12:22 PM
Aku tunggu harith iskander dan geng urban berkerak defend anjing ni.
MissVixen replied at 3-11-2021 12:39 PM
Ngerinya. Kalau jogging, bawak la kayu golf atau batang besi ke. Kalau ada apa2, ada benda nak lawan ...
Decaffeinated replied at 3-11-2021 05:58 AM
Tell that to the dogs and they'll hate you back!
ADVERTISEMENT