CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Negara Maju Dah Lama Buat - Shafie Apdal Syor Kerajaan Kenakan Cukai Kemewahan

2-11-2021 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3530| Komen: 25

Kerajaan disyorkan mempertimbang cadangan untuk mengenakan luxury tax atau cukai kemewahan bagi setiap pembelian barangan dan perkhidmatan mewah dan non-essential yang melepasi harga tertentu.


Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) ketika membahaskan Bajet 2022 berkata, pengenalan cukai tersebut membolehkan kerajaan meningkatkan hasil.


Kredit foto: IG Shafie 

Jelas beliau, tiada satu polisi yang menyeluruh diumumkan oleh kerajaan semasa pembentangan Bajet 2022, melainkan pengenalan Cukai Makmur yang dikenakan secara 'one-off'' kepada perusahaan yang mempunyai keuntungan melebihi RM100 juta setahun.


"Barangan mewah yang boleh dikenakan cukai adalah seperti supercar, kapal layar, jet peribadi, barang kemas bernilai tinggi dan barangan mewah lain.

"Untuk makluman, pengenaan luxury tax ini dilakukan oleh negara maju sejak sekian lama. Di rantau ASEAN, Thailand dan Indonesia juga turut mengenakan cukai kemewahan ini kepada rakyat mereka.

"Jadi sekiranya kerajaan bersetuju untuk melaksanakan cadangan ini, ia tidaklah menjadikan Malaysia satu-satunya negara yang akan mengenakan cukai sedemikian kepada rakyatnya," katanya ketika membahaskan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Membahas lebih lanjut, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu berkata cukai kemewahan juga bertujuan untuk mengurangkan jurang ekonomi antara golongan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan tinggi (T20), bersesuaian dengan aspirasi kerajaan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.


Kredit foto: IG Shafie 

Tambah beliau, mengikut Kementerian Kewangan (MoF), hasil negara pada 2020 adalah lebih rendah daripada perbelanjaan kerajaan.

"Makanya, sebagaimana yang dilaporkan oleh MoF dalam belanjawan baru-baru ini, defisit negara untuk tahun 2022 dijangka menghampiri RM100 bilion.

"Jika kita perhatikan pada tahun 2019 ketika Kerajaan Pakatan Harapan memerintah, hasil negara meningkat sebanyak 12 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada RM264.42 bilion.

"Pada 2020 terdapat penurunan sebanyak 14.9 peratus kepada RM222.08 bilion. Ini boleh dijelaskan memandangkan terdapat beberapa kali ekonomi ditutup pada 2020," ujar beliau.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 2-11-2021 03:10 PM
amboiii set2 mentri smua tazzabaarrr nak implement cukai itu ini utk tahun 2022 ye,, cukai kemewahan ni rasa seswai utk kaum kerabat menteri2 je and scammer kepam busuk mcm set2 ady kanna tinyah bubblee bee itew.. umah kepam busuk tak termasuk dlm list ni

pehtu ujung2 masuk tembolok korang, 9 keturunan kenyang makan duit tak berkat

takbirrr takbirrr takbirrr
Quote Skuau 2-11-2021 04:26 PM
Jangan dengki dengan orang kaya......aku pnh dgr..tp lupa sapa yg cakap.
Quote FOTHER-MUCKER 2-11-2021 04:36 PM
Tiada ke menteri ataupun lobai nak syor kepada kerajaaan hukum bunuh untuk rasuah melebihi RM1000?
Quote ultra78 2-11-2021 04:46 PM
Barang Apple masuk kategori mewah tak?
Quote Kitty_catz 2-11-2021 05:09 PM
FOTHER-MUCKER replied at 2-11-2021 04:36 PM
Tiada ke menteri ataupun lobai nak syor kepada kerajaaan hukum bunuh untuk rasuah melebihi RM1000?

alah sepakej la hukum hudud, potong tangan & kote trosss utk yg memberi dah menerima rasuah
ni la yg patot puak2 paspispus kejar.. bukan sibuk kejar bughitttt




Quote lipans 2-11-2021 05:10 PM
cukai kemewahan utk yg mewah-mewah je. kita yg tak mewah takde kena mengena kot.
Quote ninja9 2-11-2021 05:14 PM
ultra78 replied at 2-11-2021 04:46 PM
Barang Apple masuk kategori mewah tak?

sesuai.. imej apel ni di cipta khas untuk status orang kaya... kalau ada yang tolak maka jatuhlah standard apel... best ker pakai apel kalau dah hilang status kayangan?  
Quote TeropongThaico 2-11-2021 05:32 PM
Masalahnya ada ke sanggup ke bayar?
Cukai perniagaan pun ada yg culas
Quote sharlenetexas 2-11-2021 05:48 PM
Heols dah bayar cukai mewah kat niyang rapik.
Quote Firenzza 2-11-2021 06:55 PM
Msia ni negara maju ke? Sdgkan najibun pun x nak bayar cukai, tp sibuk merempan sana sini siap blh pg obersee lg.....yg hutang ptptn plk blh mereput dlm negeri
Quote CiliPadiSedap 2-11-2021 07:07 PM
cara2 negara makin ke belakang laksana cukai2 tanpa ada usaha jadi negara pengeluar contoh sebut korea ingat samsung. sebut singapore ingat murtabak singapore, sebut indonesia teringat friska jusa c minus. kalau sebut malaysia atleast ada product yang boleh buat global.
Quote kakikuDibibirmu 2-11-2021 07:19 PM
Friska madu jusa c minus tersenyum sinis
Quote kakikuDibibirmu 2-11-2021 07:30 PM
Pemilik kapal  Equanimity tersenyum sinis
Quote FOTHER-MUCKER 2-11-2021 07:37 PM
Kitty_catz replied at 2-11-2021 01:09 AM
alah sepakej la hukum hudud, potong tangan & kote trosss utk yg memberi dah menerima rasuah
ni  ...

Jikalau laksanakan cukai kemewahan ni nampaknya satu lagi jalan untuk menuju ke arah rasuah, sebagai contoh... sebelum ni hanya 99 jalan cara untuk merasuah dan dirasuah.
Quote slyfynx 2-11-2021 07:41 PM
ultra78 replied at 2-11-2021 04:46 PM
Barang Apple masuk kategori mewah tak?

Hahaha, BTW td gi speedmart,
pekerja die tgh dok luar, VC ngn sape ntah pakai iPhone 12 pro.
Aku pakai Xiaomi ajek
Quote kam3n 2-11-2021 07:43 PM
Skuau replied at 2-11-2021 04:26 PM
Jangan dengki dengan orang kaya......aku pnh dgr..tp lupa sapa yg cakap.

Atok kesayangan penduduk langkawi.
Quote Firenzza 2-11-2021 07:44 PM
CiliPadiSedap replied at 2-11-2021 07:07 PM
cara2 negara makin ke belakang laksana cukai2 tanpa ada usaha jadi negara pengeluar contoh sebut kor ...

Sebut msia 1 dunia kenal najibun & jo low
Quote Adrif 2-11-2021 08:19 PM
slyfynx replied at 2-11-2021 07:41 PM
Hahaha, BTW td gi speedmart,
pekerja die tgh dok luar, VC ngn sape ntah pakai iPhone 12 pro.
Aku p ...

huwaw

mungkin itu anak datok, tapi lepas balik dari luar negara, habis study, papa nak dia ambil alih syarikat bernilai 3 billiun-yun-yun juta-juta lemon.
tapi Aiman kata nak berusaha sendiri. maka Aiman pun keje biase-biase je.



dramam pukul 7 maksimum
Quote CiliPadiSedap 2-11-2021 09:45 PM
Firenzza replied at 2-11-2021 07:44 PM
Sebut msia 1 dunia kenal najibun & jo low

satu dunia tahu jo low jd beruang

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.057828 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top