CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ugut Jatuh Talak Sebab Isteri Leka Main TikTok, Dapat Banyak Tanda Suka

27-10-2021 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3199| Komen: 23

Tidak suka melihat isteri leka bermain TikTok mendorong seorang suami mengugut untuk menceraikan pasangannya. 

Ketua Pendaftar  Nikah, Cerai dan Rujuk negeri, Moktar Salleh berkata, perceraian membabitkan pasangan berusia 30-an itu bagaimanapun berjaya dielakkan menerusi syarat yang dikemukakan suami. 

Katanya, lelaki berkenaan bersetuju memberi masa kepada isterinya untuk berubah sebelum kes itu dirujuk ke mahkamah syariah. 


Gambar hiasan

“Lelaki itu cemburu apabila ramai yang memberikan tanda suka kepada hantaran isterinya yang viral.


“Walaupun disuruh berhenti TikTok, tetapi isterinya enggan. Jadi, lelaki itu mengugut mahu menjatuhkan talak jika pasangannya masih berterusan bermain aplikasi itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Terengganu hari ini.

Moktar berkata, kes perceraian dengan alasan remeh-temeh dan tidak munasabah lazim berlaku dalam masyarakat hingga kini.

Sehubungan itu, katanya, mana-mana pasangan seharusnya bertolak-ansur dan memperbanyakkan bersabar, di samping tidak menggunakan lafaz talak sesuka hati jika menghadapi masalah dengan pasangan masing-masing.

“Saya minta setiap pasangan mencontohi Rasulullah SAW dan  berpegang  kepada  hukum syarak bagi mengekalkan keharmonian rumahtangga,” katanya.

Sebanyak 1,617 kes perceraian direkodkan di Terengganu sepanjang tahun lalu manakala tahun sebelumnya pula adalah 2,691 kes. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 27-10-2021 01:55 PM
Nak ceraiiiiiii memanjang
Aku cerai aku cerai aku cerai
Macam zikir dahh
Yang lagi sorang dok bertiktok
Hmm entah laa
Quote musangbodoh 27-10-2021 01:56 PM
cuba bg AKAUN nye...nk like byk2
Quote spankee_fili 27-10-2021 02:29 PM
Senangnya nak cerai, baik takyah kahwin kalau tak reti setel masalah
Tau ugut je
Quote ninja9 27-10-2021 02:33 PM
join sajalah main tiktok... barulah bahagia kerana ada minat yang sama... tak boleh asyik benda-benda serius sahaja.. sekali sekala tak apa kita minta pujian dengan netizen...
Quote nononcrux 27-10-2021 04:20 PM
ape guna jadi laki kalau tak reti nak jaga bini, takda solution lain ke selain cerai hmm
Quote glump 27-10-2021 04:29 PM
Entah si isteri tu Tak dapat perhatian suami tu yang lapar like kat tiktok..suami pun sesuatu la ni tapi ramai puan2 malu nak bercerita sibuk kena urus umah tangga so tak banyaklah cerita suami2 sesuatu ni.yang maklum ramai menderita suami ambik dadah Dan seangkatan dengannya
Quote Artemesiaa 27-10-2021 04:32 PM
Mesti dah lama bermasaalah kan guna tik tok untuk dijadikan alasan
Quote Friska 27-10-2021 04:35 PM
“Walaupun disuruh berhenti TikTok, tetapi isterinya enggan. Jadi, lelaki itu mengugut mahu menjatuhkan talak jika pasangannya masih berterusan bermain aplikasi itu,”
Istri harus akur sama suami demi menjaga keharmonisan rumah tangga.

BTW, dari judul beritanya saya kira berita luar negeri, berita lokal ternyata.
Quote shernazz 27-10-2021 04:39 PM
Awat?
Bini terkinja ka depan kamera?
Kalau masak2 depan kamera tiktok.takpe la
Kalau show badan.meliangmliuk tu..elok la ko talkin sebelah dia.masuk.dlm.tiktok.skali
Quote syaz_lina 27-10-2021 04:42 PM
Ala lakinya pun bodoh, ko join la bini bimbo tu terliuk2 dlm tiktok. Emo jeles sikit terus nk cerai
Quote capiloton 27-10-2021 05:21 PM
Moktar berkata, kes perceraian dengan alasan remeh-temeh dan tidak munasabah lazim berlaku dalam masyarakat hingga kini.

apa pulak reason remeh temeh.
betul la tu ceraikan bini main tiktok,
bini nusyuz tak dengar kata.

bini yang perangai sengal, laki dapat nama buruk nanti,
orang gak yang mengata laki dayus tak reti didik bini

lagipun suami dayus di harom kan masuk syurga,
ingat tu, ada dalam hadis.

yang tak matang ni tak payah la kawen,
menambahkan statistik cerai jer.
dah kawen pun nak joget tiktok lagi, dasar tak sadar diri
Quote capiloton 27-10-2021 05:24 PM
Edited by capiloton at 27-10-2021 05:25 PM
Friska replied at 27-10-2021 04:35 PM
Istri harus akur sama suami demi menjaga keharmonisan rumah tangga.

BTW, dari judul beritanya saya  ...

itu pasal aku minat cewek indonesia,
dah la comel, submissive, feminine, dengar kata dan hormat suami

di malaysia ni pompuan nya memang moden dan educated,
tapi ramai yg jauh dari agama dan tak sadar diri

Quote ultra78 27-10-2021 05:26 PM
Pakai pakaian ketat-ketat dan menari dalam tik tok, banyak la dapat like...

Quote edayildiz 27-10-2021 07:21 PM
laki pun..kalau nk cerai tu ckp jer la terang2 xyah la nk salahkn tiktok..tp i xsuka tiktok ni
paling suka ig..xupdate ig story sehari xaman hidup
Quote Adrif 27-10-2021 07:21 PM
dolu-dolu cerai salahkan facebook.. 10 tahun lepas.. jadi dating app pulak waktu tu, jejak kasih kekasih yang tak terjejak.

tiba2 cerai salahkan Candy Crush.. addicted katanya.. tak boleh stop main game.

tiba2 cerai salahkan partner. hidup tak seindah dan semewah kawan2 lain di media sosial. memang ler orang share yang wangi2 je, mana ada orang share busuk pekung sendiri kat media sosial.

ni dah cerai sebab tiktok pulak.

besok lusa, ada media social baru, ada app baru, cerai lagi

haaaa..
kalau dah bodoh tak ke mana. eh silap
kalau dah jodoh tak ke mana
Quote cahaya_almas 27-10-2021 09:05 PM
Ada kes cerai sbb tik tok kan
Quote Lentera 28-10-2021 08:34 AM
Cerai kan je bini yg menggedik kt tiktok banyak lagi pempuan yg boleh dijadikan bini. Kalau tak ada yg lokal, yg import pun ramai sanggup dibinikan. Dimadukan pun diorang sanggup
Quote copy_paste 28-10-2021 08:50 AM
krng cerai menyesal,
lagi la galak bila dah janda,
didik la elok2,slow2, gunakan cara halus ke,menyamar jd lelaki gatal dlm tiktok bg bini tu serik
Quote Lavender85 28-10-2021 12:42 PM
Setuju. Perempuan kena ada sifat malu. Kita ni membawa maruah suami. Taat pada suami. Suami dayus akan biarkan dan suka isteri ditonton oleh ramai2 lelaki. Jgnlah biasa normalisasikan apa yg dilarang dlm Islam

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.076973 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top