Oleh: CMFreporter2 Jika dahulu ikan jerung sering menghantui ketika berada di tengah lautan, kini ikan puyu juga memberi ancaman di perairan di Australia.
Berita yang dilaporkan dalam Harian Metro hari ini mengatakan bahawa Jabatan Pertanian dan Perikanan Australia mengambil langkah berjaga-jaga selepas satu spesies ikan pyu mula menawan perairan negara itu. Memetik laporan itu lagi, saintis Dr Nathan Waltham percaya ikan puyu yang boleh membesar sepanjang 25 cm itu berasal dari Papua New Guinea dan kini menjadi ancaman kepada hidupan air tempatan. "Ancaman ikan ini sangat besar kerana ia boleh bergerak dari Selat torres menuju ke utara Australia," ujarnya yang dipetik menerusi portal Harian Metro. Gambaran ikan puyu yang memiliki sirip tajam, berbahaya kepada manusia dan haiwan lain. (Sumber foto: Portal MYsains)
Ternyata ikan puyu atau nama saintifiknya Anabas testudineus bukanlah ikan sebarangan dan langkah keselamatan sentiasa diberikan. Menurut portal MYsains, ikan puyu dikategorikan sebagai haiwan pemangsa. Ia boleh menyebabkan kematian di kalangan haiwan lain kerana memiliki sirip yang sangat tajam. "Bertambahkan sifat pemangsa ikan puyu, ikan ini diharamkan di beberapa tempat di luar habitat asalnya seperti di Queensland, Australia di mana denda yang tinggi akan dikenakan jika ikan ini dimiliki tanpa lesen," memetik laporan portal MYsains. - CARI Infonet Sumber berita: Harian Metro / MYsains
|
18
Bagus |
21
Marah |
16
Terkejut |
11
Sedih |
22
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Artemesiaa replied at 3-6-2015 06:37 PM
Wah 25 cm lebih besar dari puyu biasa tapi kalau dapat kat orang Malaysia habis dah di asam pedaskan ...
Artemesiaa replied at 3-6-2015 06:37 PM
Wah 25 cm lebih besar dari puyu biasa tapi kalau dapat kat orang Malaysia habis dah di asam pedaskan ...
ADVERTISEMENT