CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ikan Puyu Yang Hidup Tercekik Di Kerongkong!

15-4-2016 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 15984| Komen: 24

Description: Seorang lelaki sedang meraung kesakitan, kalau diperhatikan dengan betul-betul, memang tidak disangka-sangkakan terdapat seekor ikan yang masih hidup lagi tercekik di mulutnya yang sehinggakan doktor ...


Oleh : TS LOO




Baru-baru ini, terdapat sebuah video yang amat menakutkan tersebar meluas di media sosial sehinggakan menarik perhatian di kalangan pengguna media sosial.

Paparan visual tersebut kelihatan seorang lelaki sedang meraung kesakitan, kalau diperhatikan dengan betul-betul, memang tidak disangka-sangkakan terdapat seekor ikan yang masih hidup lagi tercekik di mulutnya yang sehinggakan doktor terpaksa menggunakan pengepit untuk mengeluarkan ikan tersebut.

Berikutan semua individu yang kelihatan dalam video tersebut bertutur dalam bahasa Melayu, dan paparan video dimuatnaikkan menerusi Malaysia YouTube dengan video yang berjudul " Ikan Puyu melompat masuk dalam mulut dan hampir tertelan" , jadi kejadian dalam video tersebut dipercayai berlaku di Malaysia. 



Dalam proses mengeluarkan ikan itu, selain kedengaran jeritan akibat sakit lelaki terbabit, kelihatan juga pegawai perubatan sedang berusaha menekan badan lelaki itu yang bertindak agresif akibat kesakitan yang sukar digambarkan sedang dialaminya. 

Pada masa yang sama, pegawai perubatan yang bertugas turut berulang kali meminta lelaki itu "tahan, tahan serta memandang ke hadapan", "kawal diri", termasuk juga ada orang mengatakan "Ya Allah!" kesemua situasi itu jelas dapat kita bayangkan mereka yang menyaksikan proses pembedahan tersebut memang kuat impaknya.



Selain itu, kedengaran juga ada orang yang bersuara : " Disebabkan ikan itu masih hidup lagi, jadi ianya terus mencederakan badan pesakit itu. Akhirnya, doktor terpaksa menggunakan pengepit untuk mengeluarkan ikan dari mulut mangsa. 


Berdasarkan papran visual, setelah ikan puyu yang bersaiz badan tidak sebesar mana pun itu dikeluarkan, ianya masih kelihatan melompat-lompat dan masih hidup lagi dalam keadaan seluruh badan ikan puyu itu dipenuhi darah. Lelaki tersebut kelihatan lega setelah berjaya diselamatkan.


Lepas itu, paparan visual juga terdapat penjelasan yang mengatakan rupa bentuk belakang badan ikan puyu yang berduri tajam dipercayai merupakan punca utama yang menyebabkan lelaki tersebut ras sakit. 

Pada masa yang sama, kelihatan seorang wanita yang dipercayai adalah jururawat, atas sifat ingin tahu macam mana ikan puyu itu boleh lompat masuk ke dalam mulutnya, tetapi disebabkan lelaki berkenaan masih lagi mengalami kesakitan, jadi tiada jawapan mengenai soalan itu. 

Walaupun video tersebut kini sedang tersebar meluas di media sosial, namun persoalan yang berkaitan masih belum memperolehi jawapan yang sewajarnya lagi.



Ikan Puyu atau Ikan Karuk (panggilan nama di negeri Sabah) atau nama saintifiknya (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak. 

Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair. 

Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga enam hasi selagi dikekalkan lembab. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25 cm atau 9.8 inci.

Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesies ini mampu menghalang tuan rumah dari dipukau oleh orang yang ingin masuk mencuri. Ini disebabkan ikan ini dipercayai tidak tidur. Kerana itu, masyarakat Melayu lama memelihara spesies ini di dalam rumah untuk tujuan itu.- CARI Infonet





sumber info: http://news.sinchew.com.my/
18

Bagus
12

Marah
10

Terkejut
6

Sedih
11

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cewekbopot 15-4-2016 12:14 PM
mataaaiii seram nya serangan ikan karuk!

Quote JENABREJAM89 15-4-2016 12:17 PM
tred dah ada lahhh ...
Quote blackwidowbae 15-4-2016 12:23 PM
Makcik hairan acaner boleh masuk mulut? Tader full story dari lelaki tersebut ker
Quote JENABREJAM89 15-4-2016 12:26 PM
blackwidowbae replied at 15-4-2016 12:23 PM
Makcik hairan acaner boleh masuk mulut? Tader full story dari lelaki tersebut ker

dia selpie ngangga acah2 ikan tu masuk mulut kot makcik ...
Quote blackwidowbae 15-4-2016 12:28 PM
JENABREJAM89 replied at 15-4-2016 12:26 PM
dia selpie ngangga acah2 ikan tu masuk mulut kot makcik ...

Alaaaaa jenab sayang, makcik baru nak percaya cerita jenab nii tetiba ending ayat ader "kot" pulaaa, adess


Ehehe
Quote JENABREJAM89 15-4-2016 12:32 PM
blackwidowbae replied at 15-4-2016 12:28 PM
Alaaaaa jenab sayang, makcik baru nak percaya cerita jenab nii tetiba ending ayat ader "kot" pulaa ...

kot yg buat macik kiciwa ye macik .... kot tu sebab iols yg imajin ... cerita asal iols xtau cane macik ... hihihihih ...
Quote Artemesiaa 15-4-2016 12:45 PM
Ngerinya ikan puyu ni suka menlompat dan mengembangkan siripnya mana tak tersekat dalam tekak.  
Quote gerbera.memopad 15-4-2016 12:52 PM
Injured teruk tak lelaki tu?
Quote Jajabeans 15-4-2016 12:55 PM
aku yg tercekik ikan bilis pun dh rasa cm nak mati
Quote sabar_sabariah 15-4-2016 12:58 PM
sakit wo
sirip dah la keras
kena kat tangan pun sakit
ni pulak kat kerongkong
Quote manjalara_01 15-4-2016 01:01 PM
Jajabeans replied at 15-4-2016 12:55 PM
aku yg tercekik ikan bilis pun dh rasa cm nak mati

ahahhahah....
joke of the day....

nasib baik mamat tu ok...cume skrg kisah disebalik...
kite x tau...
Quote barfi 15-4-2016 01:05 PM
Macammana ikan sebesar itu boleh masuk kedalam mulut
Quote Jajabeans 15-4-2016 01:06 PM
manjalara_01 replied at 15-4-2016 01:01 PM
ahahhahah....
joke of the day....

btul la.. jolok2 bg muntah xnk jgk kua. ikan bilis berada di kedudukan horizontal. aku pulak time tu budak lagi sekolah rendah. kerongkong besar mana kan. mmg hazab
Quote manjalara_01 15-4-2016 01:24 PM
Jajabeans replied at 15-4-2016 01:06 PM
btul la.. jolok2 bg muntah xnk jgk kua. ikan bilis berada di kedudukan horizontal. aku pulak time  ...

horizontal?..patut la...
kadang kalau tersedak air pun rasa nak mati...
sbb air tu termasuk kat paru2...
Quote whadda 15-4-2016 01:33 PM
hishhhh... tetibe aku membayangkan kesakitan kerongkong yg dialami lelaki tu...
Quote missfake 15-4-2016 03:27 PM
ikan ni memang aktif  dan tahan lasak, dulu-dulu mak iols bela ikan puyu dlm akuarium, bila balik kampung seminggu nak raya, lupa bagi ikan ni makan, balik tengok dalam akuarium dah hilang ikan puyu tu, tgk2 ade melompat2 tepi karpet rumah..hidup lagi uols..dekat seminggu tak makan, duduk luar akuarium nye, bahaya kalau kita tidur dekat2 dengan akuarium kalau bela puyu, mau die lompat masuk mulut sebab nak dapatkan air untuk hidup.
Quote red_cattleya 15-4-2016 05:35 PM
aku penah tercekik daging liat..mcm di ambang maut dah gayanya..nasib baik dpt tarik keluar..
Quote rosasa 16-4-2016 11:40 AM
akak yg tengok ni pun rasa ngilu2 leher
Quote UmbrellaCorps 16-4-2016 06:45 PM
besar jugak ikan puyu setara tu.... macamana la buleh masuk...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.056367 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top