1.Boot Runcing Mexico
Dikenali sebagai Botas Picudas (boot berparuh), ini adalah antara stail yang pelik yang dihimpunkan oleh ladyLista. Popular sekitar 2009, boot runcing ini meruncing ke atas dan biasanya dipakai oleh lelaki. Apa kata anda? 2.Cermin mata tanpa kanta
Sangat biasa untuk melihat muda-mudi untuk memakai cermin mata tanpa kanta. Cermin mata kan sememangnya dibuat untuk orang yang rabun. Tapi apabila kamu tidak rabun, maka timbulah idea pelik sebegini. 3. Seluar Sweater Omputih panggil Swants, ini merupakan trend hipster masa kini. Rasanya bagus juga, sudah ada baju sweater, masakan tak ada seluar pula kan! Apa pun, jika anda berminat untuk memiliki swant ini, bolehlah korbankan baju sejuk anda dan cuba buat sendiri dirumah. Walaupun kepala anda berkata 'JANGAN'. 4.Janggut Palsu LadyLista tak tahu lah, rasanya orang Asia kebanyakkannya jenis berbulu. Tetapi bagi mereka yang sukar tumbuh bulu atau bukan dalam gen berbulu, opsyen ini harus anda cuba. Bagi lelaki yang suka membela janggut tetapi susah sangat bulu nak tumbuh 'fauz chin pubes' adalah alternatifnya.Pilihan dari sekasar-kasar bulu sehingga sehalus-halus bulu. 5.Aksesori Binatang Peliharaan Lupakan untuk membawa anjing atau kucing anda didalam beg, seorang artis Dutch, Ceclilia Valentine telah keluarkan satu konsep kapsul yang pelik lah kot! tengok sendiri, jika anda sayang sangat kepada burung peliharaan anda, pada tikus anda, sekarang jangan takut lagi, mereka boleh berlegar-legar dan lebih dekat dengan kamu. Terfikir LadyLista, jika haiwan berkenaan mahu melepaskan hajat. Bagaimana ya! 6. Ekor Robotik Tak heran jika kita melihat haiwan yang berekor untuk menggerakkan ekornya jika haiwan tersebut rasa 'eksaited' tapi, bagaimana pula jika manusia memakai ekor robotik ini?Jangan lah hairan sebab kerana kecerdikkan manusia mereka lah, mereka mampu mereka fesyen seperti tak masuk akal ini. Bayangkan hasil rekaan ini, ekor robotik ini dapat menggerakkan ekor jika pemakai itu berasa 'eksaited'. Jadi apa beza kamu dan haiwan tersebut?? Fesyen lah kot. 7. Pemanas Kemaluan Mungkin mereka di negara yang sejuk memerlukan sedikit sentuhan sebegini barulah rasa 'up-to-date'. Seorang wanita yang suka mengait kini menjadi popular kerana telah mendapat tempahan Willy Warmer (pemanas khas untuk lelaki) ini. Oleh kerana dia tiada masa untuk memenuhi setiap tempahan, dia kini memuat naik tutorial bagaimana mengait Willy Warmers sendiri, mengikut saiz sendiri.
|
18
Bagus |
31
Marah |
20
Terkejut |
24
Sedih |
21
Lawak |
35
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT